Misi Bantuan Kemanusiaan Di Kawasan Parlimen Yan Kedah


Pada 30/11/2001, wakil dari Barisan Alternatif (BA) DUN PANDAN, Ampang Jaya Selangor yang diketuai oleh Dr.Hj.Basmullah Hj.Yusof , Naib Ketua KeADILan Ampang Jaya telah berada di Pondok Pak Ya, Batu 16 Kedah untuk menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan berupa pakaian, makanan, wang untuk keperluan harian.

Sumbangan tersebut berupa dari sumber wang zakat, bayaran fidyah serta sedekah dari para penduduk Kg.Pandan, Desa Pandan serta seluruh Dun Pandan untuk disumbangkan kepada fakir-miskin serta asnaf 8 sempena ketibaan Idul Fitri kepada penduduk kawasan Parlimen Yan Kedah.

YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai wakil rakyat Parlimen Yan telah sudi hadir untuk menerima sumbangan BA Dun Pandan bagi pihak para asnaf 8. YB Ustaz Nasharudin Mat Isa telah mengadakan majlis khusus untuk menagih-agihkan sumbangan kemanusiaan ini selepas solat asar kepada para asnaf 8.

Yb Ustaz Nasharudin sedang menerima sumbangan dari BA Dun Pandan
Dr. Hj. Basmullah Hj. Yusof di Pondok Pak Ya Batu 16. Kedah.

Para wakil BA Dun Pandan bergambar kenangan bersama Yb Ustaz Nasharudin,
turut serta Pak Amjal.

 

Wakil BA Dun Pandan bersama YB Ustaz Nasharudin selepas solat Jumaat
di Parlimen Yan.

Hits: