Tepak Bersulam dan Lutfi bersekongkol ?

Setelah meneliti tulisan dan pembongkaran Tepak Bersulam tentang isu rasuah Khir Toyo dan dakwaannya bahawa Lutfi terima duit RM200,000 dan sedang tunggu duit dua juta lagi dari salah seorang Exco Selangor, saya buat kesimpulan bahawa Tepak Bersulam ada agenda tersembunyi. Mula-mula ada tuduhan konspirasi ini dimulakan di Selatan Thailand dan Lutfi dah dapat 3/4 daripada beratus-ratus ribu ringgit. Sebelumnya kata PAS yang bayar kepada Lutfi. Kemudian ada cerita Lutfi dapat tanah atas nama Zaini dan pernah dilihat dengan seorang Exco di Riverside. Lepas tu timbul pula kes konspirasi dirancang di Medan, libatkan tiga pemimpin kanan Selangor. Seorang darinya kemudiannya tarik diri. Dan Tepak Bersulam sudah namakan ketiga-tiga pemimpin itu, tapi laman web Umno pun tak berani nak siarkan.

Saya pun tak faham apa yang Tepak mahukan dari pendedahannya itu. Ini kerana beliau seperti mahu membesar-besarkan lagi cerita Khir walaupun dengan cara yang songsang. Iaitu dia hentam Lutfi dan cabar Lutfi macam-macam, tapi isu utama iaitu Khir didakwa rasuah akan terus dihebohkan kepada umum. Kalau tepak mahu mahu bela Khir tentu itu bukan caranya. Bila dia hentam keromo tulis tiga pemimpin kanan Selangor upah Lutfi, dia langsung tak buat kajian. dia main serkap saja. dan ini boleh lemahkan Umno Selangor sendiri. Tapi bagi saya, yang lebih utama, dia seperti mahukan isu rasuah Khir ini hangat dan heboh dibincangkan oleh orang Umno sendiri.

Kita kena ingat, Khir lebih mudah jatuh bila ada tekanan daripada Umno, bukan orang luar. Jadi cara Tepak sokong Khir seperti sokong bawa rebah, macam juga Memo 15 palsu itu. Tepak pun kata tak ramai yang baca Memo karangan Lutfi, jadi bila dia sebarkan, senanglah orang macam Hassan Ali nak jadi isu ceramah di mana-mana dan sekarang orang pun cari suratkhabar yang sebenar, Memo 15 lutfi. Jadi, apakah kemungkinan Tepak dan Lutfi ada pakatan sendiri. Masing-masing boleh agihkan duit dua juta nanti.

Lagi satu, siapalah Exco yang bodoh sangat nak upah Lutfi sampai dua juta sebab kalaupun Khir jatuh mereka tak mestinya naik. Hai, orang Umno ni banyak duit sangat ke? Tak apalah kita tengok macam mana cerita ni berlanjutan.

AKTIVIS PEMUDA UMNO

Hits: