The Afghan King and the Nazis
A German Dispatch From 1940 Shows
King Mohammed Zahir Shah's True Colors
By Tariq Ali
Some weeks ago, I predicted a rapid defeat of the Taliban . It was obvious that without the military and logistical support of their creators--the Pakistan Army--they would collapse, but the price being paid for this "victory" is unacceptable.
The Northern Alliance is a confederation of
monsters. Attaching dissidents to the chains of a tank and crushing them in
public view, executing defenceless prisoners, extracting gold teeth from
corpses, raping men and women, are all part of a day's work for these guardians
of the heroin trade. Blemishes of yesteryear? No such luck. Much of this is
going on today under the approving gaze of US marines, CIA agents and the
handful of SAS men that Blair was allowed. And where will the 2000 German troops
now be sent? To Iraq? Europe has been spared pictures of most of these
atrocities, because the perpetrators are "our friends", but Arab
viewers knew what was going on long before the massacre of Mazar Sharif. The
Geneva Convention is being violated every single day.
From being told that they were not allowed to take Kabul, the Alliance have now
been promoted to the full status of "our allies". Just like Osama Bin
Laden and his praetorian guard in the glory days of the Cold War. Learn nothing.
Forget nothing.
The facts are these: the situation in Afghanistan is inherently unstable. Only fantasists could suggest otherwise. The notion that the Alliance in its present form could last out a few years is risible. Turf wars have already begun in "liberated" Kabul, though open clashes have been avoided. There is too much at stake. The West is watching. Money has been promised. Putin and Khatami are urging caution. But the dam will burst sooner rather than later. Once the Marines depart with or without the head of Bin Laden, the Alliance will discover that there is no money for anything these days except waging war. The boy-scout propaganda that "we're re-making the world" is designed for domestic consumption. Schools and hospitals and homes are not going to be sprouting next spring or the one after in Afghanistan or Kosovo. And if the 87 year-old King Zahir Shah is wheeled over from Rome, what then? Nothing much, thinks the West, except to try and convince the Pashtuns that their interests are being safeguarded.
Judging from past form indicates that Zahir Shah might not be satisfied with the status quo. His people were in fine fettle at the Afghan summit in Bonn, where they were put up in the hotel where Neviille Chamberlain used to stay. A document from the German Foreign Office, dated 3 October, 1940 (cracked by the Enigma decoder during the Second World War) makes fascinating reading. It is from State Secretary Weizsacker to the German legation in Kabul and is worth quoting in some detail:
"The Afghan Minister called on me on September 30 and conveyed greetings from his Minister President and the War Minister, as well as their good wishes for a favourable outcome of the war. He inquired whether German aims in Asia coincided with Afghan hopes; he alluded to the oppression of Arab countries and referred to the 15 million Afghans [Pashtuns, mainly in the North West Frontier Province ---TA] who were forced to suffer on Indian territory. My statement that Germany's goal was the liberation of the peoples of the region referred to, who were under the British yoke, as well as the restoration of their rights, was received with satisfaction by the Afghan Minister. He stated that justice for Afghanistan would be created only when the country's frontier had been extended to the Indus; this would also apply if India should secede from Britain...The Afghan remarked that Afghanistan had given proof of her loyal attitude by vigorously resisting English pressure to break off relations with Germany. Today he wanted to present Afghanistan's wishes as a matter of precaution, but he requested strict secrecy; he called a fulfilment of these wishes a matter for the future."
The King who had dispatched the Minister to Berlin was the 26-year old Zahir Shah. The Minister-President was his uncle Sardar Muhammad Hashim Khan. What is interesting in the German dispatch is not so much the hatred for Britain, which was normal at that time. It is the desire for a Greater Afghanistan by the incorporation of what is now Pakistan's North-West Frontier Province and its capital Peshawar. Zahir Shah's return is being strongly resisted by Pakistan. They know that the King never accepted the Durand Line, not even as a temporary border. They are concerned that he might encourage Pashtun nationalism.
Islamabad's decision to hurl the Taliban into battle and take Kabul was partially designed to solve the Pashtun question. Religion might transcend ethnic nationalism. Instead the two combined. A proto-Taliban group, Tehrik-e-Nifaz-i-Shariah-e-Mohammed (TNSM) seized a large chunk of Swat during Benazir Bhutto's government. It forced women to veil themselves in "burqas", banned watching television and had a public bonfire of TV sets and videos (in Italy this could be seen as a protest against Berlusconi, but not in Pakistan!) imposed "Islamic punishments" including amputations.
Bhutto was helpless and paralysed, but last week Musharraf imprisoned the TNSM leader, Soofi Mohammed Saeed. Coming on the heels of the Taliban defeat this could create an ugly atmosphere in parts of the country, especially since many Taliban have returned to Pakistan.
Not all the repercussions of this crude war of revenge have come to the fore, but the surface calm in Pakistan is deceptive. With armed fundamentalists of the Lashkar-e-Taiba threatening to "take on the government" if attempts are made to disarm them, the question of how much support they enjoy within the military establishment becomes critical. The inflow of US military aid and the lifting of sanctions has persuaded Musharraf's opponents within the Army to leave him in place, but for how long?
Add to that the appalling situation in Kashmir with a monthly casualty rate higher than Palestine, where Indian soldiers and Pakistani-infiltrated jihadis confront each other over the corpses of Kashmiri innocents. If Delhi were to use the "war against terrorism" as a precedent and decide to bomb the terrorist bases in Pakistan, the sub-continent could implode.
Kisah Seorang Raja Afghan dan
Nazi
Beberapa minggu dulu saya pernah meramalkan kekalahan
mendadak Taliban. Perkara itu memang amat jelas kerana ketiadaan
sokongan ketenteraan dan logistik para pencipta
mereka – Angkatan Tentera Pakistan - pasukan Taliban mudah lumpuh
, tetapi harga yang telah dibayar untuk kejayaan mereka dulu
adalah sesuatu yang tidak mudah diterima.
Pakatan Utara adalah satu rangkuman persekongkolan para
penyamun. Ini dapat dilihat cara mereka merantai
para penentang untuk dilanyak oleh kereta kebal sambil
disaksikan oleh orang ramai, membunuh dengan kejam banduan yang
tidak bersenjata, menyungkil sumbi emas daripada mulut
mayat, merogol lelaki dan perempuan. Semua kegiatan
bajingan ini adalah merupakan sebahagian kerja harian
para pengawal industri dadah heroin. Kebanyakan kerja-kerja
kebinatangan ini dilaksanakan dengan disaksikan oleh
askar komando AS , agen CIA dan segelintir askar SAS British
(pasukan komando) yang telah dihantar oleh Blair.
Bagaimana pula dengan 2000 askar Jerman yang akan dihantar ke
Afghanistan? Ataupun ke Iraq? Eropah tidak pun tahu-menahu
segala kisah kekejaman ini, kerana yang melakukannya
kini dianggap para ‘sahabat’. Tetapi dunia Arab tahu apa yang
sedang berlaku sebelum tercetusnya pembunuhan kejam beramai-ramai di Mazar
Sharif. Peraturan perang Konvensyen Geneva memang
sengaja diperlekehkan setiap hari.
Pada mulanya Pakatan Utara telah diberi ingatan agar
tidak masuk bandar Kabul dan menguasainya. Tetapi walaupun
mereka mengingkari janji itu, Pakatan Utara sudah diberi status
‘sekutu kita’. Begitu juga halnya dulu ketika Osama bin Laden
dan para pengawal muda yang membantunya
ketika zaman kegemilangan mereka waktu Perang Dingin dulu.
Nampaknya keadaan itu semua tidak memberi pelajaran kepada
sesiapa dan tidak memberi peluang untuk mengimbau peristiwa
lama.
Yang paling jelas, keadaan di Afghanistan adalah memang tidak
tenteram. Hanya mereka yang pintar berangan-angan yang mampu
menceritakan sebaliknya. Sebarang tanggapan bahawa Pakatan Utara
dapat bertahan lama adalah merupakan bahan ketawa. Perang untuk menguasai
wilayah sudah pun bermula di kawasan yang ‘dibebaskan’ daripada kuasa
Taliban di Kabul. Terlalu banyak benda yang menjadi bahan
percaturan. Barat terus menyaksikan semua ini. Wang yang lumayan
banyaknya sudah menjadi bahan janji manis. Putin dan Khatami sudah pun
menyatakan semua pihak berhati-hati. Tetapi masalah yang lama
membengkak sudah tentu akan meledak kerana nanah yang semakin
banyak. Apabila komando keluar meninggalkan tempat itu, sama ada
bersama Osama Laden ataupun tanpa iringannya, Pakatan Utara akan
sedar betapa wang yang dijanjikan itu tidak kunjung tiba
dan terpaksalah peperangan diteruskan juga. Segala propaganda
ala ‘boy scout’ (budak pengakap) betapa ‘kita akan
membina dunia’ hanyalah satu bahan untuk
santapan oranga sebangsa sahaja. Bangunan untuk sekolah,
hospital ataupun rumah kediaman tidak akan mula dibina pada
musim bunga tahun depan seperti yang telah dijanjikan. Itu juga
kisahnya yang pernah dijanjikan dulu di Kosovo. Seandainya
bekas raja yang sudah pun berusia 87 tahun itu diusung dengan kereta
beroda daripada Rome, apakah yang akan jadi seterusnya? Tidak banyak yang
akan dilakukan, kata Barat, kecuali usaha mereka untuk mencuba
meyakinkan puak Pashtun bahawa segala kepentingan mereka
akan dijaga dengan baiknya.
Kalu diambil kisah lama, ada petanda menunjukkan Zahir Shah
tidak akan berpuas hati dengan kisah lama. Orang-orang
perwakilannya sedang keresahan di persidangan Afghan di Bonn,
walau pun mereka diberikan layanan di sebuah hotel yang pernah menjadi
tempat penginapan Nevillie Chamberlain. Ada satu dokumen daripada
jabatan luar Jerman bertarikh 3 Oktober, 1940 (yang telah dipintas dan
ditafsirkan makna kodnya oleh alat ‘Enigma’ semasa Perang Dunia
Kedua dulu) yang menarik untuk dibaca isi kandungannya. Surat
itu dikirim oleh Setiausaha Negara Weizsacker kepada
kedutaan Jerman di Kabul dan eloklah kita petik sedikit
kandungan isinya
“Seorang menteri Afghan ada bertemu saya pada September 30
dan mengirim salam Presiden dan Menteri Perang, sambil mendoakan
kejayaan kita dalam peperangan ini. Dia bertanya apakah
rencana Jarman di Asia sama alirannya dengan harapan Afghan. Dia telah
membayangkan kisah penekanan negara Arab dan merujuk perihal 15 juta
Afghan (Pashtun kebanyakannya yang menetap di North West
Frontieer – Tariq Ali) yang terpaksa merana di wilayah yang
dikuasai oleh India;. Saya menyatakan bahawa adalah
matlamat Jerman untuk membebaskan penduduk di wilayah itu
yang masih dijajah oleh British, dan mengembalikan semula hak
mereka. Pendapat saya ini telah menggembirakan menteri Afghan ini.
Beliau menyatakan bahawa keadilan hanya akan dirasai oleh Afghanistan
seandainya wilayah negara mereka dapat diluaskan sampai
ke tebing Indus, dan ini seharusnya diambil kira apabila India
dilepaskan oleh Britain......Menteri Afghan itu menjawab
betapa Afghan telah menunjukkan bukti kesetiaannya dengan
menolak desakan Britain agar memutuskan hubungan dengan Jerman. Hari
ini dia mahu menyerahkan ingatan Afghanistan itu sebagai satu
ingatan dan dia minta perkara ini dirahsiakan; kerana dia
menganggap segala harapan Afghanistan dalam hal
ini ada kaitannya dengan masa hadapan.
Menteri khas yang menjadi perutusan Raja Afghanistan ke Berlin dulu itu
ialah seorang muda yang bernama Zahir Shah. Yang disebut Menteri
Presiden itu ialah pamannya Sardar Muhammad Hashim Khan.
Yang amat menarik dalam perutusan Jerman itu bukanlah kisah
kebentian terhadap Britain, kerana itu adalah satu perkara biasa
ketika itu. Yang menarik ialah keinginan untuk
menubuhkan ‘Greater Afghanistan’ dengan mengambil kira tanah
Pakistan yang kini disebut North West Frontier Province dan ibukotanya Peshawar.
Itu sebabnya kemunculan semula Zahir Shah amat ditentang oleh
Pakistan. Mereka tahu betapa raja itu tidak pernah akur kepada
keputusan ‘Durand Line’ walau pun sebagai satu garisan
sempadan sementara. Pakistan amat risau kalau-kalau beliau
mencetuskan kebangkitan nasionalisme Pashtun.
Keputusan Islamabad untuk menghumban Taliban agar
berperang dan membiarkan Kabul tumpas adalah sebahagian satu
rencana untuk menyelesaikan masalah Pashtun. Agama
merupakan satu amalan yang merentasi nasionalisme perkauman. Sebaliknya
dua unsur ini sudah bertaut. Satu kumpulan yang pro Taliban,
Tehrik-e-Nifaz-e-Shariah-e-Mohammaed (TNSM) telah bertindak tegas di
zaman pemerintahan Benazir Bhutto. Kaum wanita dipaksa
mengenakan ‘burqa’ yang menutupi seluruh muka, TV
telah diharamkan dan kalau dijumpai dibakar. Begitu juga
perakam video. Undang-undang tegas seperti pemotongan tangan telah
dikuatkuasakan.
Bhutto tidak berdaya untuk membantah dan hampir
lumpuh pemerintahnya kerana itu. Tetapi pada minggu lalu, Musharraf telah
memenjarakan pemimpin TNSM itu, Soofi Mohammed Saeed. Di
waktu yang sama Taliban kalah teruk di Afghanistan dan penangkapan
Soofi Mohammed Saeed mencetuskan keadaan huru hara di beberapa
bahagian Pakistan, terutama sekali sejak ramai pejuang Taliban
pulang ke Pakistan.
Bukan semua tindakan balas perang yang dahsyat ini
dapat diketahui sepenuhnya Tetapi, keadaan tenang yang dapat dilihat
di Pakistan adalah sesuatu yang amat mencurigakan. Kumpulan
fundamental ‘Lashkar e-Taliba’ pernah mengancam
memerangi kerajaan seandainya ada usaha untuk merampas senjata
mereka. Soalnya sekarang berapa kuatkah pengaruh mereka di
kalangan tentera Pakistan, masih menjadi tanda tanya.
Kemasukan bantuan tentera AS dan penarikan
sekatan ekonomi telah membuatkan para penentang
Musharraf dalam angkatan tentera Pakistan mengalah untuk sementara dan
tidak mengacaunya. Tetapi untuk berapa lama?
Akan tetapi, keadaan di Kashmir menunjukkan aktiviti kekecohan
yang mencetuskan bencana bulanan yang semakin tinggi
berbanding keadaan di Palestin. Ini berlaku ekoran pertempuran
antara askar India dan pejuang jihad daripada Pakistan
yang berantakan sambil menyeksakan penduduk Kashmiri yang
tidak berdosa. Kalaulah Delhi bertindak menggunakan konsep
“peperangan membasmi keganasan” sebagai contohnya tindakannya, dan
membuat keputusan untuk mengebom pengkalan pengganas di Pakistan,
keseluruhan rantau benua itu akan meledak dan bergolak.
Tamat.SPAR.
Hits: