Adakah Dolah Badawi menjadi orang haram?

Terlebih dahulu saya memohon maaf  kerana sehingga kini tidak dapat menyiarkan artikel saya yang ke III tentang Asas Pedoman Kepimpinan. Insyaallah, ianya akan di siarkan setelah beberapa perubahan kecil siap dalam beberapa hari lagi.

Saya tertarik dengan ruang akhbar harian 3/12/2001 bahawa Dolah Badawi telah menolak usul memorandum yang di keluarkan oleh Persatuan Ulama Malaysia yang menyatakan Amerika dan lain-lain negara yang bersekutu dengan serangan ke atas Afghan itu adalah haram. Prinsipalnya ialah keputusan persatuan itu berlandaskan kepada kearifan mereka dalam ugama Islam, AlQuran dan Hadis. Jika usul persatuan itu benar mengikut AlQuran dan Hadis, maka haram tetap haram. Malah reaktor Universiti alAzhar telah pun mengeluarkan fatwa yang selari atau seiring dengan keputusan persatuan ulama tersebut. Mereka membuat usul tersebut setelah merujuk dengan teliti kepada AlQuran, hadis dan segala nilai intelektual serta pengalaman mereka dalam Islam. Usul mereka itu boleh di katakan satu fatwa. Tetapi Dolah Badawi tak boleh terima fatwa itu maka samalah dia tak percaya kehendak AlQuran dan Hadis. Bukankah AlQuran itu daripada Allah s.w.t. Apakah jadinya jika umat Islam itu tak mempercayai AlQuran dan hadis. Tepuk dada tanda selera.

Saya tak hairan perkara ini terjadi pada orang-orang UMNO kerana mereka ini sememangnya FASIK! Tok Guru golongan fasik ini tentulah si Mahathir yang tak percaya kepada hudud, menghina hukum hakam Allah, menghina Nabi dan menghina golongan ulama.

Patutlah golongan fasik ini takutkan sangat dengan 'Amanat Haji Hadi' kerana jika terlampau fasik boleh jadi KAFIR! Nauzu billah. Saya nasihatkan kepada semua umat Islam termasuk diri saya sendiri, walau apa bentuk perjuangan kita, kerja kita, makan minum kita dan sebagainya kita wajib akur kepada Rukun Iman dan Islam. Jangan kita membabi buta menafikan sesuatu tanpa usul periksa, silap-silap diri sendiri menjadi HARAM! 

Teman saya pernah berkata jangan kita di lihat "Kepala saja besar tapi isi dalamnya kosong"!

Dr.Yusof MD

Hits: