Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat Untuk DSAI di Gombak 3/12/2001 serta sambutan hari jadi Yb Datin Seri Wan Azizah (Presiden KeADILan)

Majlis berlansung dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 300 orang di Pejabat KeADILan Gombak pada petang tadi.

Rata-rata para pendokong serta pejuang reformasi menunjukkan kecerian mereka kerana dapat berbuka puasa dengan kepimpinan parti serta menunaikan solat hajat untuk DSAI.

Pemimpin yang hadir pada petang ini adalah

1. Yb Azmin Ali
2. Yb Saifuddin Nasution
(Mengimamkan Solat Hajat serta Tazkirah)
3. Yb Abd.Rahman Yusof
4. Sdr. Abd.Rahman Othman ( Timb. Presiden KeADILan)
5. Sdr. Sahari Bahari (S/U Agung KeADILan)
(Mengimamkan Solat Magrib)
6. Datuk Kamarul (Bendahari KeADILan)
7. Puan Fauziah Salleh ( Ketua Wanita KeADILan)
8. Ustaz Idris Ahmad ( Pemuda PAS)
9. Sdr. Zukifli Nordin
10. Pimpinan MPT / Pemuda / Wanita KeADILan
11. Pimpinan Pemuda / Muslimat PAS
12. Wakil NGO
13. Para Pendokong BA, Pejuang REFORMASI. 

Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar tanpa gangguan pihak POLIS (PDr.M), Majlis bermula dengan berbuka puasa dan solat magrib.

Majlis solat hajat dipimpin oleh Yb Saifuddin serta tazkirah sementara menunggu waktu Isyak.

Majlis Solat Tarawih telah dipimpin oleh imam muda dari Keramat, selesai sehaja solat Tarawih, Yb Azmin memberikan ucapan serta takzirahnya dan selepas itu Yb Saifuddin memberikan Tazkirahnya sementara menunggu ketibaan Yb Datin Seri Wan Azizah.

Yb Datin Seri Wan Azizah memberikan ucapan ringkas serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana mengadakan majlis pada hari ini dan menyediakan kek harijadi buat beliau.

Majlis berakhir dengan bacaan doa selamat dan memotong kek harijadi oleh Yb Datin Seri Wan Azizah.

Psarafhq. (3/12/2001)  
REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

Hits: