Mahathir nak patuk dan perlekehkan Persatuan Ulama pula!!!?

Sudahlah Mahathir, tak habis habis nak perlekeh orang. Tanpa meneliti resolusi tersebut, terus sepantas kilat buat komen. Jangan ingat hang tu pandai semua. Kalau takut cakap takut dengan si Bush tu, dasar tak ada te**r punya manusia. Memanglah kita tak dapat nak Boikot semua barangan, tapi wajar sebagai bantahan kita boleh memboikot barangan bukan perlu dalam kehidupan seharian.

Apakah salah sebagai manusia bermaruah menyatakan bantahan mereka secara ini. Macam kapal terbang Boeing tu, macam mana nak boikot? kan kita dah beli bertahun tahun dulu nak boikot binatang apa? Bagilah contoh yang sesuai dengan tahap mentaliti kamu macam,  kalau kita tak makan McDonald nanti lidah kita keras tak boleh cakap mat saleh .. Kita mesti minum Coke/Pepsi agar kelihatan kuat ... Baru sesuai dari bercakap pasal Boeing dan naik haji.

Senjata menggunakan boikot ini sebenarnya adalah sebaik dan sehikmah hikmah tindakan dalam kita menyatakan sesuatu tentangan, seperti yang kita lihat betapa berkesannya kempen boikot kibar bendera tempoh hari, tersepuk sikadiak dan dollah bedawai kerana gagal mengajak rakyat kibar bendera dalam misi mereka membodek Mahathir. Inilah kesan Boikot yang kita rasa kalau semua umat Islam sambut saranan tersebut, nescaya pihak kuffar tak kan berani angkat muka pada umat Islam.

Walau apapun, sebagai rakyat yang cinta kepada Islam dan orang yang seagamanya, ayuh teruskan hasrat P/Ulama tersebut, jika tak berjaya sekalipun, setidak tidaknya kita telah melaksanakan satu fardhu kifayah dalam memelihara maruah kesatuan Islam serta imej para ulama yang telah memerah otak berlandaskan Al-Qur'an dan sunnah serta ijmak ulama untuk merumuskan resolusi tersebut. Persetankan merepek si munafik nyanyuk dan timbalannya. Nak harap majlis fatwa depa buat kenyataan sebegini? sorry berlori sorry tak kan ada yang bertel*r berani melakukannya. Mail Barahim pondan tu lagilah, kat beach cafe ada pelayan dedah dedah pun dia lagi syok bukan ada hati nak bantah, KLCC ada lesbian lantak pi lah buakan anak dia. tu dia mentaliti ahli majlis fatwa nak di sandarkan harapan. 

Adalah disarankan agar semua ahli persatuan Ulama Malaysia mengadakan juga sembahyang hajat dan berdoa agar dilaknat manusia manusia sebegini haprak dan derhaka terhadap Allah dan Rasul-Nya. Teruskan usaha kalian wahai ahli P/Ulama sebagai benteng terakhir umat dalam membela agama Islam yang dah berkecamuk dek kerenah nyanyuk Mahathir si munafik sekor dan kuncu pencacainya.

Mulai sekarang perhati dahulu barangan yang nak dibeli kemudian tepuk dada tanya IMAN anda.

 

P'kayu

Hits: