Dua  Orang Bekas Ketua Bantuan Kemanusiaan  PBB

Mengecam Rencana Amerika  Mengecam Iraq

(Two Former UN Relief Chiefs Speaks Against US Attack..)

 

The Guardian  London..12.1.01

 

 

AS sudah pun  menukar dasar luarnya  mengenai Iraq. Jelas, Washington mahu  mengakhiri  dasar mementingkan dirinya sendiri yang  berusia  11 tahun mengekang regim Iraq dan menukarnya dengan satu dasar kekerasan  menggulingkan Saddam Hussein.

 

Dasar sekatan  ekonomi sudah pun menghancurkan masyarakat Iraq dan menyebabkan kematian beribu  kanak-kanak dan warga tua. Banyak buktinya dalam laporan  pertubuhan antarabangsa yang berwibawa seperti ‘Caritas,  UNICEF dan Save the Children.’ Satu pertukaran dasar penggantian kuasa secara paksa akan meningkatkan segala  penderitaan.

 

Pencetus dasar itu tentu tidak lagi mampu memuaskan para pengundi  dengan cara menyatakan  kebencian  terhadap golongan  penentang  mereka. Masalahnya  bukanlah disebabkan masyarakat  tidak  memahami  gambaran  yang lebih besar,  seperti  yang disebut  oleh  bekas Setiausaha  Negara Amerika, Madeline Albright, disebabkan berlakunya keadaan  yang bertentangan  senario yang lebih besar yang disaluti  agenda  terpendam, adalah sesuatu yang semua orang biasa  sudah faham takkan kita boleh lupa  pengakuan  totok Henry Kissinger : “Bahwa minyak   adalah satu  komoditi  terpenting  untuk dibiarkan orang Arab  menguasainya.”

 

Berapa lama lagikah  kerajaan demokratik yang dipilih rakyat  mampu  mempertahankan dasar   mendera rakyat Iraq  kerana tuduhan yang tidak mereka  lakukan  melalui sekatan ekonomi  yang mempunyai tujuan  agar mereka yang masih bernyawa  mampu  menyingkirkan regim yang  sedang  berkuasa? Apakah   undang-undang  antarabangsa  hanya layak untuk pihak yang tertindas? Apakah Majlis Keselamatan PBB  berfungsi untuk  berkhidmat  kepada  puak yang  berkuasa?

 

AS dan UK adalah anggota tetapi Majlis Keselamatan PBB yang memang sedar  betapa sekatan ekonomi PBB  itu  amat bertentangan dengan   piagam PBB  mengenai  hak asasi manusia  Bukannya  ia merupakan satu anti-UK ataupun anti-US, seandainya wujud kenyataan  betapa  Washington dan  London,  berperanan  besar berbanding pihak lain  sejak dekad  dulu lagi cuba melakar usaha  dalam sejarah Iraq untuk  membantu  mengelakkan  tragedi yang mengaibkannya.

 

Britain dan AS  telah sengaja   mengusahakan satu dasar  mendera sejak mereka menang Perang Teluk pada 1991.  Mereka telah  bertungkus-lumus  menentang  usaha  Majlis Keselamatan PBB  menjalankan  tugas  rasmi  untuk  mengkaji kesan sekatan ekonomi itu terhadap  masyarakat awam Iraq. Kami memang amat faham  perkara ini berdasarkan usaha  bertalu-talu dua buah   kerajaan  itu menyekat  kami   daripada  memberikan taklimat kepda  Majlis Keselamatan.  Peraturan  asas  yang memperuntukkan  had tahunan  berasaskan US$1 untuk setiap insan, dalam perkiraan  bantuan kemanusiaan,   yang ditentukan oleh dua kerajaan ini   sepanjang  tiga tahun pertama  dasar ‘minyak-untuk-makanan’,  adalah  bukti betapa dasar itu  boleh dipertikaikan.

 

Kita sudah lihat kesannya   yang nyata  dan tentu tidak faham bagaimana  Duta AS  James Cunningham,  berani  bertentangan mata dengan rakannya  setahun yang lalu sambil berkata: “Kami (kerajaan AS ) berpuas hati bahawa minyak-untuk makanan adalah program yang berjaya dan mampu  memuaskan keperluan rakyat Iraq.” Selain bekalan  makanan dan  perubatan, masalah sebenar masa kini  ialah  penentuan agar  hasil penjualan minyak Iraq  digunakan untuk   pembangunan  infrastruktur   yang telah dimusnahkan dalam Perang Teluk.

 

Selain teruknya   keadaan  kekurangan hasil  pendapatan minyak  untuk  memuaskan keperluan  rakyat Iraq,  sebanyak  30 cents Amerika  (kini  dikurangkan  menjadi 25 cents) bagi setiap  dollar  yang diperolehi oleh Iraq daripada  1996 hinggalah 2000 telah dilencongkan oleh PBB, atas desakan kerajaan AS dan Britain  untuk bayaran pampasan kepada pihak luar yang mendakwa menanggung kerugian  disebabkan  penaklukan  Iraq  terhadap  Kuwait. Seandainya  wang itu diserahkan  kepada Iraq,   lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan.

 

Hakikatnya yang tidak menyenangkan kita, ialah Barat  telah menculik kebebasan rakyat  Iraq,  untuk  mengugut  Saddam Hussin  yang sentiasa  merubah  tuntutannya. Setiausaha Agong PBB yang  ghairah mahu menjadi  orang-tengah telah disekat  melaksanakan  peranan ini oleh   AS dan Britain.

 

Resolusi PBB  terhadap Iraq yang sentiasa berdolak-dalik  itu (constructive  ambiquity) seperti yang didalangi oleh   AS dan Britain – dilihat oleh  dua buah kerajaan itu sebagai satu alat  yang amat berkesan.  Mereka  mencemuh  kritikan  dengan helah  bahawa rakyat Iraq  sengaja  didera oleh  kerajaan Baghdad. Jika demikian kenapa pula kita mesti terus  mendera  mereka?

 

Laporan  terbaru  Setiausaha Agong PBB, pada  Oktober 2001, menyebut  betapa sekatan AS dan Britain  membabitkan  bekalan  perikemanusiaan  bernilai $4bilion  adalah  penghalang terbesar terhadap kejayaan   program   minyak-untuk-makanan.  Lapuran itu menyebut, sebagai perbandingannya, betapa  kerajaan  Iraq  melaksanakan  program pembekalan itu  dengan  memuaskan (ketika kami yang mengetuai program tu).  Kematian   sekitar 5000 hingga 6000  kanak-kanak  setiap bulan, adalah  disebabkan  bekalan  air yang  tercemar,  kekurangan bekalan perubatan dan  kurang  zat dalam makanan. Perbuatan   sengaja melecehkan  bekalan kelengkapan  dan bekalan  oleh  kerajaan AS dan Britain, adalah  penyebab yang  menyumbang  kepada  tragedi ini, dan bukannya  disebabkan   kerenah Baghdad.

 

Kemungkinan AS menyerang  Iraq  tidak  menyediakan satu suasana  mesra dalam Majlis  Keselamatan PBB  untuk  membincangkan   masa depan sekatan  ekonomi itu. Cadangan  tahun ini yang ditaja oleh Britain yang disebut  sebagai  “smart sanction” (sekatan  pintar) akan dibentangkan.  Semakin ramai orang yang sedar  apa yang kelihatan satu pembaikan  terhadap  masyarakat awam, sebenarnya  merupakan satu  usaha  untuk menguasai tali pengekang  dasar sekatan yang ada; yang menghalang  pelaburan asing dan hak rakyat Iraq  untuk mengurus pendapatan  jualan  minyak mereka  sendirian.

 

Cadangan agar  sempadan Iraq  ditutup rapat,   adalah bertujuan mencekik  rezeki rakyat Iraq. Dalam suasana  politik masa kini, sebarang lanjutan  dasar  yang ada  dianggap  sebagai  penderaan  yang paling  dahsyat  oleh Washington. Kemungkinan  semakn rakyat Iraq yang akan  mati dan menderita  sengaja  diketepikan  sebagai sesuatu yang tidak boleh  dielakkan.

 

Apa yang digambarkan id  sini bukannya  merupakan satu andaian. Terlalu banyak  fakta yang tidak dapat  diketepikan kerana  kami pernah  bergelumang dengan segala  kerja  itu. Kami merasa tertekan melihatkan  rakyat Iraq terus  menanggung  beban  kesan pedagangan  kelengkapan perang  dan   mainan kuasa politik Kami masih teringat  kata-kata martin Luther King: “Masanya akan tiba  seperti ketika ini apabila  sifat  berdiam akan mendedahkan  sikap membalas dendam.”

 

Kami mahu menggalakkan  orang ramai  di mana jua  membantah  segala dasar  yang  kebinatangan ini dan menyanggah   gelagat  menyebarkan  maklumat songsang  mengenai Iraq oleh orang yang sepatutnya lebih arif  lagi, tetapi  lebih rela   mengorbankan nyawa orang lain  dengan  maklumat  jahat yang penuh kepalsuan.

 

Jabatan Negara  AS dan Richard Butler,  ketua  pasukan pemeriksa  senjata PBB di Baghdad,  memang mahukan  Iraq dituduh dengan   kisah serangan anthrax.  Tetapi mereka harus  menyedari betapa   serangan itu bermula di AS.

 

Jabatan risikan AS dan Britaih memang  amart arif bahawa Iraq  sebenarnya  sudah  tidak  berapa  kuat  dalam persediaannya  untuk berperang,  dan mereka tentu  tidak lupa  kenyataan  Collin Powell  ketika  memberi taklimat kepada  Presiden George Bush pada  Januari  dulu:  “Iraq tidak lagi  memiliki bahan ketenteraan yang  membahayakan  jirannya.” Itulah juga   kesimpulan yang  ditulis  oleh  bekas pemeriksa senjata  PBB. Tetapi untuk mengakuinya  bererti  memperlekehkan keseluruhan dasar  PBB,  kerana ia  telah dimajukan dan diselia oleh  kerajaan AS  dan  Britain.

 

Kami  memang  ketakutan  mengenai  kemungkinan  serangan  yang  diterajui  oleh AS  terhadap  Iraq. Niat  untuk  “menyudahkan   tugas  yang belum selesai”  di Iraq adalah  terlalu serius untuk   diabaikan oleh masyarakat sejagat. Kami mengharapkan segala amaran para pemimpin di Timur Tengah  dan semua kita yang amat  perihatin akan  hak asasi manusia  tidak  diabaikan oleh  kerajaan AS.  Yang paling kita perlukan ialah  serangan  terhadap ketidakadilan, dan bukan terhadap rakyat  Iraq.


Hans von Sponek (von_sponeck@yahoo.com)  pernah menjadi  penyelaras kemanusian PBB   untuk Iraq daripada  1998-2000.

 

Denis Halliday (djhalliday@msn.com) memegang jawatan yang sama pada 1997-1998.

 

Tamat.

Hits: