Perang  Penjajah  Yang Terakhir

(This Terrible Conflict Is The Last Colonial War)

 Robert  Fisk

 

Mampukah Ariel Sharon mengawal orang-orangnya? Bolehkah dia menegah mereka  dari membunuh kanak-kanak, membiarkan jerangkap samar di kebun ataupun melepaskan tembakan peluru kapur terhadap perkampungan  pelarian? Mampukah  Sharon menyekat  gerombolan   askar yang  yang kejam meneruskan usaha  membunuh ratusan  rumah  kediaman Palestine di Gaza?  Mampukah Sharon  ‘melancarkan’  kerja-kerja  pemusnahan penempatan  Yahudi  dan menyekat mereka dari terus mencuri tanah kepunyaan  Palestin?   Mampukah dia   menegah  pasukan  perisik yang gemar membunuh itu meneruskan  kerja membunuh  musuh Palestin  mereka? Ataupun meneruskan ‘targeted killings’ (pembunuhan  yang dirancang) seperti  yang disebut oleh BBC ketika mempertahankan kritikan  Israeli terhadap  program media  mereka.

 

Sememangnya, semua soalan ini adalah dianggap  soalan haram yang ditegah untuk ditanyakan. Kerana itu marilah  kita  menghalalkannya. Cara orang Palestin melakukan pengeboman melalui pejuang  rela mati  mereka di Jerusalem dan Haifa  adalah  perbuatan yang   menakutkan, kejam, dan tidak boleh diampunkan. Pada Ogos dulu, saya  pernah melihat kesan mendadak  terhadap pengeboman relamati Pizzaria di  Jerusalem. Mayat wanita  Israeli dan kanak-kanak  berkecai disebabkan  ledakan  yang  mengandungi  serpihan paku. Tujuannya  ialah  menentukan sesiapa yang terkena ledakan itu  dan mampu bernyawa lagi  akan menanggung parut luka untuk sepanjang hayatnya.

 

Saya masih  teringatkan kiriman  belesungkawa Arafat dan pernah  memikirkan sendirian  - seperti juga  setiap  orang Yahudi, agaknya  -  betapa saya tidak  percaya  setiap patah  kiriman balasangkawa  itu. Arafat  pernah mengirimkan kata-kata kedukaannya   ketika para pejuang beliau  membunuh  warga Lebanon  yang tidak berdosa ketika  perang-saudara mereka  dulu. Haprak sungguh, fikir saya ketika itu dan begitulah  pendapat saya  sekarang  ini.

 

Andaian  kepada  masalah sebenar jelas terbayang hanya beberapa  jam selepas belakunya   serangan  yang  terbaru.   Collin Powell, Setiausaha  Negara  Amerika telah disoal dalam rencana CNN dengan cara yang sungguh berhemah dan  lemah-lembut , tentang reaksi beliau terhadap  pembunuhan kejam  itu. Tidak ada sesuatu pun, kata beliau, yang dapat  menghalalkan  ‘keganasan’.  Kemudian dia  merujuk kisah warga Palestin yang mengikutnya  “mempunyai kadar  pengangguran sekitar 50 persen.” Saya  tersentak  ketika itu. Pengangguran?  Apakah itu yang difikirkan oleh Powell sebagai puncanya?

 

Ingatan saya berlari kepada  ucapan Powell  di Universiti  Leisusberg  pada  20 November, ketika   beliau melancarkan, seperti yang sepatutnya kita  semua  mesti mempercayainya,  apa  yang disebut sebagai   inisiatif di Timur Tengah:  Tema ucapannya ialah “Palestians  must....”  (Orang  Palestin mesti.....):

 

Orang Palestin mesti  “hentikan keganasan,”  Palestin mesti  “menangkap, mendakwa dan   menghukum mereka yang melakukan   keganasan,” Palestin “mesti memahami  walaupun mereka  mempunyai tuntutan yang sah”, dan   catatkan  perkataan  ‘WALAUPUN’  “semua  itu tidak boleh  diselesaikan  melalui keganasan”;  Palestin “mesti sedar betapa keganasan  mencetuskan imak yang dahsyat keatas  orang Israel.” Hanya  selepas General Powell  memberitahu para hadirin bahawa Israel mestilah menghentikan   penaklukan  wilayah West Bank dan Gaza, menyerlahkan hakikatnya  betapa  Israel yang  menjajah  tanah orang Palestin, dan bukan sebaliknya.

 

Hakikatnya  ialah pertelagahan antara Palestin dan Israel ini  merupakan perang  penjajah  yang terakhir.  Satu ketika dulu  orang Peranchis  beranggapan   bahawa  mereka berperang semacam ini untuk kali yang terakhir. Sebelum itu mereka sudah lama  menjajah  Algeria. Di sana mereka terokai ladang dan   tubuhkan perkampungan  di kawasan yang paling indah  pemandangannya di seantero  Utara Afrika. Apabila   rakyat Algeria meminta  kemerdekaan, Penjajah Peranchis   mengecam mereka  sebagai ‘pengganas’ dan menembak  peribumi yang   menunjuk perasaan,  menzalimi musuh mereka yang bersikap sebagai gurilla dan menembak  ‘sasaran  yang  dirancang’ rakyat  yang   membantah.

 

Inilah cara yang sama kita bertindak  setelah mendengar  berita  kekejaman  terbaru di Israel   mengikut  peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Negara,  CNN, BBC, dan Downing Street (London).   Araft  sudah didesaagar  bertegas  menjalankan  tugas sebagi seorang  ketua polis bagi  pihak Barat  di Timur Tengah.  Presiden  Mubarrak  melakukan tugas ini di  Mesir, Raja Abdullah  melakukannya  di  Jordan, dan Raja Fahad melakukannya  di  Arab Saudi.  Mereka  mengawal  rakyat  mereka  untuk  kepentingan  kita. Inilah tugas  mereka.  Mereka  mesti  menjalankan  peranan  ini tanpa  merujuk kepada  sejarah  ataupun kepada  penderitaan  dan keaiban  rakyat  jelata  mereka.

 

Izinkan saya  merakamkan satu   cerita  pendek. Beberapa jam sebelum saya menulis  artikel ini, bertepatan  empat jam  selepas  ledakan bom pejuang rela mati  meledak di haifa – saya telah  pergi  ke sebuah hospital di   Quetta  yang penuh dengan lalat  yang  dihembus  bayu  untuk berkerumun di situ. Quetta ialah sebuah  pekan sempadan  di mana   rakyat Afghan yang dimangsakan oleh  pengeboman Amerika  dibawa untuk  rawatan. Di katil nombor 12 yang penuh dengan  lalat, Mahmat  sedang  terbaring  dan  menceritakan  pengalaman yang ditanggungnya.  Tidak ada  kamera CNN, ataupun  wartawan BBC di situ merakam ceritanya. Mahmat  sedang  tidur di rumahnya di sebuah kampung di Kazikarez enam hari yang lalu  apabila sebutir  bom digugurkan oleh  B-52. Dia  sedang nyenyak tidur di sebuah kamar, isterinya tidur bersama anak-anaknya.  Anak mereka Nourali mati terbunuh,  begitu juga  Jaber berusia  10 tahun, Janaan(8), Salamo (6), Tawayir (4), dan satu-satunya  anak perempuan mereka Palwasha (2). 

 

Pesawat pengebom itu terbang tinggi sehingga tidak kedengaran bunyinya dan diketahui hanya setelah  bumbung tanah liat  jatuh  merudum,”  kata  Mahmat.  Isteri beliau  Rukia, yang dapat kami  lawati dengan keizinannya,    terbaring di  sebuah bilik  bersebelahan (katil bernombor 13),  Dia tidak pun   tahu  bahawa semua anaknya  sudah terkorban.  Umurnya baru 25 tahun tetapi  wajahnya  kelihatan 45 tahun. Sehelai  kain menutupi   kepalanya. Semua anaknya yang terkorban, seperti juga  semua   mangsa Afghan yang tidak berdosa,  tidak akan diperakui oleh Bush dan Blair. Ketika melihatkan keadaan Mahmat, dia  memerlukan wang disebabkan  bom yang telah  memusnahkan segala pakaian yang ada  pada badannya, dia  bertelanjang bogel  di bawah  gebar  hospital yang menutupi tubuhnya.  Saya dapat melihatkan sesuatu yang sungguh kejam, dia dan  sepupunya yang berada di sisi  dengan penuh kemarahan,  bersama  paman dan adik iparnya  yang berada  di hosptal itu, semuanya  mengutuk Amerika  yang  sungguh kejam  melakukan pembunuhan  terhadap  ahli keluarganya.

 

Saya  khuatir, satu hari nanti, saudara  mara Mahmat akan begitu marah  untuk  bertindak  balas  terhadap Amerika,  dan  dalam hal ini mereka akan dianggap sebagai pengganas dan  manusia yang buas. Kita juga akan bertanya apakah  pemimpin merka  mampu  mengawal  mereka. Mereka bukannya  saudara mara Osama Laden,  demikian kata  ahli keluarga  Mahmat. “Kami bukan Taliban ataupun orang  Arab.”  Tetapi, secara berterus terang, apakah kita  mampu  menyalahkan mereka  kalau mereka bertindak  menyerang  Amerika Syarikat  kerana  jenayah  berdarah yana  ditanggung oleh  keluarga mereka?   Bolehkah  Amerika Syarikat hentikan pengeboman  perkampungan?  Mampukah Washington mengerahkan  askar pasukan khas   melindungi  para  tahanan perang? Mampukah Amerika  mengawal  rakyat  mereka  sendiri?

 

Tamat.

Hits: