Arafat Akan Sabar Menantikan Kecundangnya  Perang Israel
(Arafat  Will Gamble On Israel’s  ‘War’ Failing  Again)
The  Independent – London. 5/12/01


Ariel Sharon telah  mencetuskan satu  kerlipan sinar  yang  menerangi kegelapan  yang sedang diharungi oleh Osama bin Laden ketika dia  mengisytiharkan  ‘peperangan membasmi keganasan.’  George Bush Senior  telah  berjaya   mengenepikan Israel  daripada terlibat dalam Perang Teluk 1991 dulu  dan berjaya  mengekalkan  pakatan  negara Islam untuk terus menyokongnnya.Tetapi anaknya  George Bush Jr.  pasti telah memaki seranah kemunculan  Israel yang  sama  menenggek usaha  Amerika dalam  melancarkan perang salibnya  memerangi  keganasan.  Kemarahan itu  nampak jelas apabila  Mr. Sharon  membandingkan   kecelakaan yang menimpa  Israel disebabkan  serangan   pejuang rela mati Palestin yang dikatakannya  sama-berat bencananya   dengan peristiwa ngeri  yang ditanggungi Amerika pada  September 11.  Kerana itu  Presiden AS tidak  ada sebab  untuk berterima kasih kepada  Perdana Menteri Israel kerana  retorik terbarunya.

Yasser  Arafat tidak boleh disamakan dengan Osama bin Laden, walaupun  Israel bertungkus lumus   mendesak seluruh dunia menyamakan  mereka berdua.  Beliau tidak begitu   cekap,  dan  jelas lebih korup  dan sudah pasti tidak mengancam kehidupan kita  ini.

Oleh itu apakah Mr. Arafat   “akan  bertindak tegas  menghentikan keganasan...” alangkah  mudahnya  kita menggunakan  perkataan yang diluahkan oleh Israel  -  ataupun apakah Palestin sekarang ini sudah ditakdirkan   akan semakin kehilangan harapan mendirikan  negaranya  tersendiri  disebabkan  tindakan  ganas Israel menyerang-balas?  Kenyataan bahawa   serangan bom   pejuang rela mati   adalah  gara-gara  balas dendam Hamas  terhadap tindakan Israel  membunuh seorang pemimpin Hamas  -  yang merupakan satu serang balas  terhadap pengeboman  Hamas yang lain  yang  juga merupakan satu tindakan serang balas terhadap serangan Israel  - semua itu tidak akan merubah  segala  “penderitaaan   orang Palestin.”  Israel kini sedang mengasak Mr. Arafat dan   ‘Palestianian  Authority’ (PA)  dan beberapa   kumpulan  keselamatannya  dengan tuduhan  semua itu adalah  institusi  mafia yang  jahat,  dan penuh ‘keganasan’  ‘tidak berotak  hanya tahu  mengganas sahaja,’  an banyak lagi.  Kini Mr. Arafat  dikehendaki  menangkap  orangnya  dan arahan itu bukan sahaja datang  daripada kerajaan Sharon  tetapi daripada   European Union dan  juga Amerika Syarikat.


Seperti lumrah, kita sengaja  melupakan  sejarah terdekat dengan mudah.  Hamas yang kini menjadi sasaran utama  Sharon dalam  kempen ‘perang membasmi keganasan’  sebenarnya  adalah satu pertubuhan yang  ditaja oleh  Israel.    Seawal   1980-an,   ketika  Mr. Arafat dicop sebagai ‘super terrorist’  (Raja Pengganas) dan Hamas diberikan takrifan sebagai   sebuah  pertubuhan    amal Islam,  kerana tidak  berbisa  kepada Israel,  kerajaan   Israel telah   menggalakkan   ahli  Hamas  membina  masjid di  Tebing Gaza. Beberapa   pegawai yang  pintar dalam tentera Israel  telah membuat keputusan  bahawa cara terbaik  untuk  mensabotaj kebangkitan nasionalisme PLO  ialah dengan  berlakon  memajukan  Islam di   kawasan  taklukan  mereka. Malahan setelah  tercapainya   perjanjian Oslo,  ketika berlakunya  pertelagahan dengan Mr. Arafat, beberapa   pegawai tinggi Tentera Israel membuat pengumuman bahawa mereka  mahu berunding  dengan pemimpin Hamas. Ketika  Israel  menghalau secara haram  ratusan   anggota  Hamas  ke Lebanon  pada 1992,  salah seorang pemimpin  ini, setelah mengetahui saya  sedang  menuju  Israel, telah menawarkan nombor telefon rumah Shimon Peres  daripada buku catatannya.

Israel kini sedang cuba  berdakwah satu  pengajaran yang pernah dicuba oleh  Yizhak Rabin ke atas  Mr. Arafat untuk   mengajarnya; bahawasanya  kenegaraan yang  tulen boleh  mencetuskan   perang saudara;  seperti mana  kerajaan Israel terpaksa   menembak mati   ahli  Irgun yang mengganas. Kerana itu  Mr. Arafat  mungkin terpaksa   memusnahkan  orang-orangnya yang mahu menghancurkan  Israel. Tetapi sekarang ini kita berada  pada 2001, dan bukannya  1948. Kalau tercetus perang saudara  antara  bangsa Palestin, ia mungkin membawa manfaat kepada  Israel – mungkin akan berlaku  pemilihan   ketua  PLO  yang   baru -  tetapi ia tidak akan mendatangkan faedah kepada Mr. Arafat   dan sudah tentu  tidak kepada bangsa Palestin.  Apa pun, seandainya  Israel    benar-benar mahu  menyengat Mr. Arafat  untuk   menumpaskan   para penentang dalaman,  ia bukan dengan cara mengebom dan memusnahkan  balai polis dan  pusat keselamatan,  kerana  inilah  institusi dan  alat  jentera  yang diperlukannya  untuk  mengesan  segala musuh  Israel  di kalangan orang Palestin.

Mr. Arafat  memang arif akan  perkara  ini dengan masaknya. Walaupun  satu ketika dulu dia   mengurus pertubuhannya  melalui  satu   kawasan buangan di Lebanon, dia membunuh  hanya  militan Palestin  yang benar-benar mengancam  kedudukannya.  Dia adalah seorang yang penyabar,  seorang  pemimpin guerilla  yang amat arif  betapa pentingnya untuk menunggu masa  sehingga musuhnya  membuat sedikit  kesilapan. Berapa lama lagikah  sebelum  peperangan membasmi  keganasan yang dicetus oleh Sharon akan  menyebabkan  tangan-tangan Israel bergelumang dengan darah rakyat Palestin? Berapa lama lagikah  agaknya baru Amerika sedar betapa   tipu-muslihat mereka di Afghanistan akan  terlondeh disebabkan  sokongan Israel terhadap   ‘peperangan  membasmi keganasan’ yang tidak pun dikehendaki  oleh Washington?  Hari ini, pujuk akhbar di Pakistan sudah  memaparkan  kisah peluru berpandu Israel yang menghunjam Gaza dan  bukan lagi nasib Osama bin Laden.


Lagipun, Mr.Afrafat  memang  tahu,  betapapun ramai wartawan  yang akan percayakan  muslihat  Israel itu,  tindakan  Israel untuk “berperang membasmi keganasan” selalu sahaja  kecundang.   Mr. Sharon pernah melancarkan “perang   membasmi keganasan” di Lebanon pada 1982 yang berkesudahan dengan jenayah perang  -penghapusan  pelarian  Palestin di  khemah pelarian Sabra dan Chatila.  Sejak  1970  Israel telah menggunakan  pejuang perang F-16, keretaka kebal dan  peluru berpandu   untuk beribu kali  menyerang  Palesin di Lebanon, semata-mata untuk   “peperangan membasmi keganasan.” Itulah yang dilakukannya  berbulan lamanya di Gaza dan Tebing Barat.   Itupun kecundang.  Orang Arab sudah tidak takutkan  Israel lagi, dan apabila  ketakutan itu sudah menghilang ia tidak dapat disuntik  kembali.  Usaha  Sharon melancarkan “peperangan  membasmi keganasan” lantas kehilangan bisanya  sebaik sahaja ia  dilancarkan. Itu semua akan dibuktikan oleh satu lagi  serangan bom pejuang rela mati  yang AKAN EBRLAKU LAGI.

Kerana itu  Mr. Arafat hanya  perlu menunggu   Dia akan  menaruh harapan kepada satu perkiraan  yang amat  mudah:  bahawa kemarahan  Amerika terhadapnya akan  lambat laun  disejukkan oleh  keaiban yang ditanggungi oleh Amerika  disebabkan Mr. Sharon, bahawa  “peperangan  membasmi keganasan” di  Afghanistan  akan diancam oleh   “peperangan membasmi keganasan” cetusan Sharon di  Palestin.  Mr. Arafat faham benar, akhirnya nanti betapapun berpengaruhnya   kumpulan pelobi Yahudi  di  Rumah Putih,   nyawa rakyat Amerika adalah dikira  lebih berharga  dari  nyawa orang  Israel.  Kalau adapun kecacatan dalam   perdebatan ini ialah rumusannya,  betapapun Amerika mampu   mengawal semua sekutunya di Timur Tengah,  apakah  Israel  mampu   mengawal  Mr. Sharon.

Tamat.SPAR

Hits: