Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan Peristiwa 11 September
(How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)

Oleh David Duke – National President. (EURO) November 21, 2001.

Bahagian Kedua

Pertama, eloklah kita imbas sejarah keganasan Israel terhadap orang Palestin.
 
Israel: seorang pembunuh kejam sebagai Ketua Negara
 
Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, adalah salah seorang pengganas yang banyak dosanya di dunia ini. Dia bertanggungjawab mendalangi pembunuhan kejam yang melibatkan sekurang-kurangnya 1,500 manusia di khemah pelarian Chatila dan Sabra di Beirut. Malahan satu Suruhanjaya Israel pernah mendapati Sharon telah terlibat secara peribadi terhadap pembunuhan beramai-ramai itu.
 
Pada 1982, sebagai menteri pertahanan Israel, Sharon telah mengarahkan Israel menceroboh Lebanon dan menembak rambang serta menjadikan Beirut sebuah padang jarak padang terkukur. (Di Lebanon jumlah wanita dan kanak-kanak yang mati adalah lima kali ganda ramainya berbanding jumlah manusia yang terkorban ketika berlakunya serangan ngeri 11 September di New York). Pembunuhan dahsyat ini dilakukan oleh Yahudi dengan menggunakan jet pejuang dan menggugurkan bom secara merata dan jet serta bom itu adalah dibekalkan oleh Amerika Syarikat).
 
Selepas tentera Israel memusnahkan dan menakluki Lebanon, Sharon telah mengnyahkan kumpulan pejuang pembebasan Palestin daripada bumi Lebanon. Ramai kaum wanita, kanak-kanak dan warga tua yang ditinggalkan di Lebanon dan ditempatkan di khemah pelarian di pinggir Beirut. Amerika Syarikat telah membuat pengumuman lantang bahawa mereka yang berada di khemah pelarian itu akan dijamin keselamatan mereka sambil berbuat janji bahawa mereka akan disatukan semula dengan orang kesayangan mereka. Ketika Sharon merancang pembunuhan mereka, dia bukan sahaja telah merancang satu tindakan keganasan terhadap para pelarian itu, dia sedar sebenarnya bahawa itu adalah satu tindakan mengkhianati Amerika Syarikat yang boleh mencetuskan kebencian yang sungguh dahsyat terhadap Amerika. 
 
Pada malam 16 September, 1982, Sharon telah mengarahkan kumpulan ‘Phalangis’ memasuki khemah pelarian Palestin itu untuk membunuh para penghuni di kem pelarian Sabra dan Chatila. Kerja kejam membunuh beramai-ramai itu dibantu oleh pasukan kereta kebal dan askar Israel yang mengepung khemah pelarian itu untuk mengawasi sesiapa yang cuba melarikan diri. Kumpulan pembunuh kejam Phalanges itu telah menggunakan mesingan dan menembak secara taburan dan menggunakan benet tajam untuk menikam serta menghentak kepala penghuni di sepanjang malam ia dimulakan, keesokan harinya, dan berterusan pada malam berikutnya. Semua itu dilakukan dengan kejam sambil penduduk Israeli yang menetap di persekitaran khemah itu mendengar segala laungan yang diseksa dengan penuh ketenangan. Kemudian Sharon mengerahkan jentolak untuk menyungkup sebanyak mana segala kesan kekejaman itu. Sekurang-kurang 1500 mangsa yang terkorban, lelaki tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Satu siasatan rasmi Lebanon menyatakan jumlah yang dikorbankan ialah melebihi 2500 orang. Kerja-kerja jentolak Sharon tidak menyudahkan semua kerjanya dan ini membolehkan petugas Persatuan Palang Merah menjumpai ramai ahli keluarga yang bergelimpangan dengan leher mereka disembelih ataupun perut mereka dirabak, tidak kiralah lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak. Jumlah wanita dan gadis yang dirogol sebelum disembelih memang tidak dapat dikira. 
 
Ariel Sharon telahpun dikehendaki oleh Mahkamah ‘Hague Tribunal’. Inilah dia mahkamah yang berjaya mengekstradisi bekas presiden Yugoslav Slobodan Milosevic dengan tuduhan jenayah di Kosovo. Sharon enggan terbang ke Belgium kerana takut ditangkap oleh mahkamah dunia kerana pembunuhan kejam itu (5).
 
Walaupun dia dikehendaki kerana pembunuhan di Chatila dan Sabra, Sharon boleh didakwa berasaskan beberapa dozen pembunuhan kejam sepanjang kerjaya beliau yang bermula sejak 1953. Akhbar Israel, Ha’aretz, pernah merakamkan kisah Sharon memimpin satu pembunuhan beramai-ramai di sebuah kampung di Libya pada 1953; “Askar yang dipimpin oleh Major Ariel Sharon telah membunuh 70 rakyat Palestin dalam serangan balas itu. Kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.” (6).
 
Amerika yang begitu ghairah mahukan Mahkamah Hague menangkap dan mengadili Molosevic, sengaja berlagak bodoh tidak tahu-menahu kerja jijik Sharon. Sepatutnya Sharon ditangkap dan digari serta diberikan waran tangkap seperti yang layak kepadanya, tetapi Presiden Bush sebaliknya telah menerima ketibaan Ariel Sharon dengan salaman erat dan pelukan musibat! Apakah tindakan dunia melihatkan senario Bush berbincang dengan Sharon perihal membasmi keganasan?
 
Seandainya Presiden Bush benar bersungguh menghukum negara yang menyokong para pengganas, dia terpaksa memulakannya dengan Israel. Inilah sebuah negara yang telah melantik salah seorang pengganas paling kejam di dunia ini sebagai Ketua Negara mereka. Apakah Dewan Senate Amerika yang dikuasai oleh Israel itu menghukum Israel kerana menyimpan pengganas? Tidak....sebaliknya kita bekalkan para pengganas itu dengan berbilion hasil cukai bayaran rakyat Amerika dan segala kelengkapan perang untuk mereka membunuh secara gila-babi.
 
Pembunuhan pelarian perang oleh Israel sejurus selepas Amerika mengeluarkan janjinya secara terbuka untuk mengawasi keselamatan mereka, bukan sahaja satu kelakuan jenayah terhadap keinsanan tetapi merupakan satu pengkhianatan besar terhadap Amerika. Sharon dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pembunuhan kejam itu memang amat sedar akan kewujudan jaminan Amerika mengenai perkara itu.
 
Pembunuhan kejam khemah Saba dan Chatila di Beirut itu merupakan tunggak motivasi yang merangsang pelancaran serangan bom pejuang rela mati yang pernah membunuh seramai 241 orang komando Amerika di Beirut satu tahun kemudiannya. Inilah satu tanda jelas betapa sokongan Amerika di Israel menjadi penyebab utama yang membawa kesan buruk terhadap Amerika Syarikat. Akhbar ‘The Los Angeles Times’ pernah mendedahkan kisah sebuah buku yang ditulis oleh seorang bekas petugas Mossad yang menceritakan bagaimana Mossad sudahpun mempunyai maklumat kemungkinan berlakunya serangan ganas ke atas berek komando ‘Marines’ di Lebanon pada 1983, tetapi sengaja enggan memaklumkan maklumat itu kepada Amerika.(7)
  
“......Antara pendedahan Ostrovsky yang lebih mengejutkan ialah dakwaan betapa Mossad enggan berkongsi dengan AS bahan risikan yang terperinci yang berkemungkinan menepis serangan bom 1983 ke atas berek komando Amerika di Beirut yang mengorbankan 241 orang askar Amerika.”
  
Israel: mengganas terhadap Britain dan masyarakat Palestin.
 
Dalam usaha merampas kuasa mentadbir Palestin daripada British, pihak Zionis telah melancarkan satu kempen keganasan yang bertalu-talu termasuk mengebom Hotel King David yang mengorbankan 94 orang (kebanyakan jururawat Britain – penterjemah). Mereka telah melancarkan serangan kejam membunuh pegawai Britain dan askar mereka. Puak Zionis membunuh sesiapa yang cuba menghalang agenda mereka, termasuk menggunakan khidmat pembunuh upahan. Antara yang menjadi sasaran mereka termasuklah seorang tukang runding yang amat disegani di PBB, Count Folke Bernadotte, yang telah berani memberitahu dunia akan kisah keganasan dan kezaliman Zionis. Ada satu taktik yang amat disukai oleh pasukan ganas Irgun dan Stern yang menculik askar British dan menyeksa mereka secara perlahan sehingga mati. Israel juga merupakan negara pertama di dunia ini yang menggunakan taktik mengirim surat yang mengandungi bom, dan sejak bertahun lamanya Israel telah mengirim ratusan surat berbahaya seperti itu yang telah mengorbankan berdozen musuh mereka dan orang yang tidak berdosa di seluruh dunia. Kisah pengiriman surat yang mengandungi bakteria anthrax merupakan satu kaedah yang meniru taktik asal Israel itu.
 
Keganasan di Deir Yassin
 
Sememangnya, selama setengah abad yang lalu, orang Palestin telah menjadi mangsa terbesar keganasan Israel. Malahan, Israel berjaya membesarkan luas kawasan negaranya dengan tipu helah yang disadur keganasan yang menghukum ramai rakyat Palestin. Inilah kaedah betapa 800,000 rakyat Palestin dihalau daripada rumah kediaman, dinafikan punca perniagaan dan dirobek asas kekeluargaan (9). Dalam bukunya berjodol ‘The Revolt’ (10), bekas perdana menteri Menachem Begin, pernah menulis dengan angkuhnya betapa dia berperanan membunuh dengan kejam 254 orang Palestin di Deir Yassin. (Kebanyakan yang menjadi manga adalah warga tua, wanita dan kanak-kanak kerana mereka sanggup tinggal di perkampungan orang Yahudi). Dalam bukunya itu, Begin menceritakan bagaimana Deir Yassin dan banyak lagi serangan ganas di perkampungan lain mencetuskan keadaan kelam-kabut di kalangan penghuninya. Inilah yang menyebabkan mereka lari ketakutan dan membiarkan rumah mereka tidak dijaga. Keganasan yang dirancang itu membolehkan Zionis mengambil-alih tanah kepunyaan orang Palestin. Harus diingat dan dirakamkan di sini, para pelarian peristiwa yang ngeri itu masih lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka lebih setengah abad selepas kejadian itu! 
 

Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh pengganas kejam Zionis di Deir Yassin dan beberapa perkampungan Palestin yang lain sehinggakan mereka lari lintang-pukang dengan penuh ketakutan? Seorang doktor Palang Merah, Jacques de Reynier, yang menjadi ketua perwakilan Palang Merah di Jerusalem telah merakamkan satu laporan yang mengejutkan dalam laporan rasminya mengenai peristiwa kejam itu (11):
 
De Reyner tiba di kem pelarian itu pada hari yang kedua dan nampak “kerja-kerja menghabiskan operasi”, seperti yang disebut oleh seorang pengganas Israel kepadanya. Kerja-kerja jijik itu dibuat dengan menggunakan mesingan, disusuli dengan bom tangan dan akhirnya dengan pisau tajam. Orang Yahudi memenggal beberapa kepala mangsa dan menyeksa 52 orang kanak-kanak di hadapan ibu mereka. Mereka telah membelah perut 25 orang wanita yang sedang mengandung dan menyembelih anak dalam kandungan itu di hadapan mereka.
 
Penduduk Israel yang menetap di Dir Yassin telah mengesahkan kisah kejam ini. Selepas persaraannya pada 1972, seorang pegawai Haganah Israel, Kolonel Meir Pa’el telah mengulangi kisah Deir Yassin dalam sebuah terbitan utama Yahudi yang bernama “Yediot Ahronot”:
 
“.....pasukan Irgun dan LEHI muncul dari tempat persembunyian mereka untuk ‘membersihkan’ rumah yang ada. Mereka menembak sesiapa sahaja yang mereka nampak, termasuk wanita dan kanak-kanak. Komander yang memerintah tidak menyekat serangan ganas itu, ....kemudian mangsa yang bernyawa dibawa ke satu kawasan kuari antara Deir Yassin dan Giv’at Shaul untuk ditembak mati tanpa sesiapa mampu melawan.....(12).
 
Komander pasukan Haganah yang menguasai Deir Yassin selepas peristiwa kekejaman itu, Zvi Ankori, telah membuat kenyataan ini di akhbar Israeli, ‘DAVAR’:
 
“Saya telah memasuki enam hingga tujuh buah rumah. Saya telah melihat kemaluan lelaki yang telah dikerat dan kandungan perut wanita hamil yang telah dikelar-kelar. Kalau dilihat bekas tembakan ke atas badan mangsa memang jelas pembunuhan kejam yang telah mengena mereka (13).
 
Pernahkah anda melihat sebarang dokumentari TV ataupun filem Hollywood mengenai kisah ngeri kekejaman Israel di Deir Yassin ataupun ribuan lagi kerja keganasan Israel terhadap orang Palestin? Anda telah mendengar banyak muzik gesekan biola untuk orang Yahudi yang dimangsakan oleh Hitler. Pernahkah anda mendengar irama biola untuk kaum wanita Dier Yassin yang telah dirobak perutnya oleh kumpulan ganas ‘Supermasis Yahudi’? Adakah gesekan biola di mana-mana untuk ribuan orang Palestin yang dimangsakan oleh Begin, Shamir, Barak dan Sharon? Kalau dilihat sejarah panjang yang penuh keganasan terhadap rakyat Palestin, rakyat Israel mempunyai satu perangai memilih pengganas yang paling kejam menjadi Ketua Negara mereka. 
 
Amerika mempunyai satu jabatan khas di Jabatan Pengadilan Negara yang menumpukan usaha menjejaki anggota nazi yang pernah melakukan kerja-kerja jenayah ketika Perang Dunia Kedua dulu. Sambil Amerika meneruskan kerja menghambat bekas penjenayah perang Jerman yang sudah tua hangkoi, Presiden Amerika kerap menaja jamuan negara untuk menghormati pembunuh kejam Yahudi!
 
Mr. Bush memang amat gemar bercakap tentang membasmi pengganas yang kejam, tetapi apakah pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin bukannya satu perbuatan kejam yang penuh kesyaitanannya?
 
Seperti yang disebut oleh Begin dalam ‘The Revolts’ keganasan terhadap kaum Palestin adalah penyebab penting sebagai asas penubuhan Israel. Itulah yang membolehkan penubuhan negara Israel dan sebenarnya melancarkan rentak dan ragam keganasan berterusan yang menghenyak Bangsa Palestin.
 
Bersambung ke Bahagian 3.

Terjemahan oleh SPAR - 06.12.01

Hits: