Muslihat Besar  Dari  Mula  Lagi

(A Setup  from the  Beginning)

 

oleh: Robert  B.Stinnett (The Independent  Institute)

Disember 7,1941: 

 

 

Ketika  Amerika  mengingati dan menghormati  2403   lelaki, wanita dan kanak-kanak  yang terkorban – serta 1178  yang  cedera – ketika Jepun  menyerang  Pearl Harbor, Hawaai pada Disember 7, 1941, beberapa   dokumen kerajaan yang baru  didedahkan  telah  mencuit   beberapa  soalan yang   meragukan.

 

 

Yang menjadi  isu utama ialah  perihal Amerika  mengetahui lebih awal lagi  rencana Jepun mahu menyerang  Hawaii dengan menggunakan  satu  kapals elam dan  satu  ketumbukan  armada  tentera laut, 59 tahun  dulu. Terdapat dua  soalan teratas di senarai pengetahuan awal  itu:  (1) Apakah  Presiden Franklin D. Roosevelt  dan  ketua turus  tentera beliau   telah sengaja   mengacah  Jepun untuk  berperang secara terbuka  di  Hawaii, dan (2)  rencana ketenteraan  Jepun itu  telah diperolehi  lebih awal lagi oleh  Amerika Syarikat tetapi  sengaja  diperam  daripada pengetahuan  para  pemimpin tentera  di Hawaii, Admiral Husband E. Kimmel dan Lieutenant General Walter Short, supaya  mereka tidak  menyekat  tindakan  perang  itu.

 

Soalan yang terakhir tadi, telah  terjawab  dan diperakukan  pada  30Oktgober, 2000, apabila Presiden Bill clinton menandatangani satu undang-undang  baru, dengan sokongan  Kongres,  maka diluluskannya  ‘The National Defense Authorisation Act.’ Antara beberapa peruntukan  yang dimaktubkan, akta  itu   telah  mengenepikan  rumusan   sembilan siasatan  Peral Harbour sebelum  itu dan  mendapati  bahawa  Kimmel dan Short telah dinafikan  bahan risikan tentera yang  penting    yang memantau  pergerakan  angkatan tentera  Jepun  menuju Hawaii  yang ada dalam simpanan  pentadbiran Roosevelt  beberapa  minggu  sebelum berlakunya  peristiwa  serangan  Jepun  itu.

 

Keputusan  Kongres memang amat khusus   terhadap  gelagat  Rumah Putih  pada  1941 itu:  Kimmel dan Short menjadi mangsa  tindakan  menafikan  saluran  risikan  yang mengesan kedudukan  pasukan Jepun  ketika  mereka  menuju  Hawaii.   Apabila  serangan  Jepun itu menerima  kejayaannya, dua orang  komander  itu telah  dinyahkan daripada tugas mereka serta  dituduh cuai  dan tidak cekap  menangkis  serangan  dan mereka pun  dijatuhkan  pangkat.

 

Kini, Clinton  terpaksa  memutuskan  sama ada  mengizinkan permohonan Kongres  untuk  mengembalikan  pangkat lama  kepada  dua   orang  panglima itu  sebelum mereka  diaibkan dengan turun-pangkat pada  1941. Tidak kiralah apa yang akan dilakukan oleh  Panglima Utama (Clinton)  di  bulan-bulan terakhir  tempohnya,  pendapat Kongres itu  harus dilihat  sebagai satu  usaha  membetulkan  kesilapan 59 tahun dulu   yang mengaibkan  Kimmel dan Short.

 

Cuma ada  satu lagi soalan yang tidak berjawab:  Apakah tuduhan  kecuaian  Pearl Harbor  dan kemusnahannya itu   berpaling pula  kepada  Presiden Roosevelt?

 

Ada  satu    filem wayang  berdasarkan  serangan itu  yang dalam pembikinan  oleh  Walt Disney Studios dan dijangka akan  ditayangkan bermula Mei 2001. Jery  Bruckheimer, produser  filem itu, enggan   megnambil kira   kisah  amaran awal yang diketahui  oleh pentadbiran Roosevelt dalam skrip beliau. Ketika mengulas  kisah FDR  mempunyai  pengetahuan awal dalam temu bualnya  yang diterbitkan pada awal  tahun ini, dia berkata  “That’s   all b..l  shit.”

 

Akan tetapi, Roosevelt beranggapan bahawa  gelagat beliau  merangsang  Jepun melancarkan seranan  keatas hawaii  adalah  merupakan satu  jalan pilihan  yang  ada  padanya pada 1941 untuk   melumpuhkan   pengaruh  ‘First non-interventionist movement’  (pergerakan yang tidak suka Amerika campur tangan  dengan  hal ehwal  negara luar) yang dipimpin oleh   wira  angkasa  Charles Lindbergh.  Sikap tidak suka  berperang itu   telah mendapat sokongan  sekitar 80 persen penduduk Amerika  semenjak  1940 hingga   1941.Walaupoun Jerman sudah menakluk  sebahagian besar   Eropah,dan  kapalselamnya  Kelas U-Boat, telah pun  menembak  beberapa kapal milik Amerika di Lautan Atlantik – termasuk kapal perang -  Amerika  tidak mahu  campur tangan  dengan  “Perang Eropah”.

 

Namun,  Jerman  telah  membuat satu kesilapan.  Jerman telah  bersekutu dengan Itali  menandatangani  satu perjanjian  dengan Jepun  dalam satu perjanjian  yang  dinamakan  ‘The Tripartie Pact’ pada 27 September 1940.   Sepuluh  hari kemudiannya,  Lt. Commmander  Arthur  Mccollum,  seorang pegawai  kanan tentera laut  di pejabat risikan, telah mendapat satu  ilham  bagaimana  menumpulkan  pergerakan anti-perang rakyat Amerika itu dengan  mengacah Jepun supaya  melatah  dan mengisytiharkan berperang  dengan  Amerika Syarikat. Inilah yang mencuit  perjanjian Tripartite Pact, dan  menjerumuskan  Amerika  terlibat dengan Perang Dunia  Kedua.

 

Semua maklumat ini telah dirakamkan dalam satu  memo rahsia  McCollum   bertarikh 7 Oktober, 1940  yang baru-baru ini dapat  diamati melalui peruntukan yang termaktub dalam ‘Freedom of  Information Act’. Cadangan ONI (Office of Naval Intelligence)  mencadangkan lapan bentuk provokasi  terhadap  Jepun. Muslihat utamanya ialah  mengekalkan ketumbukan  armada  Amerika di rantau Hawaaii  sebagai umpan untuk  menaikkan keghairahan  Jepun  datang  menyerang.

 

Presiden Roosevelt telah bertindak pantas. Pada keesokan harinya, 8 Oktober, 1941,  Ketua turus Ketumbukan  AS Admiral  james O.Richardson,  telah dipanggil mengadap di ‘Oval Office’  dan diberitahu akan rencana  bermuslihat  itu  oleh  Presiden. Dalam satu   perbalahan yang hangat dengan presiden FDR,  admiral itu enggan  menyabung nyawa  anggota  pasukannya dan membahayakan   kelengkapan perang  di bawah kawalannya. Richardson telah  dipecat dari jawatannya, dan FDR telah melantik seorang  pegawai yang tidak berapa dikenali,   Rear Admiral Husband E. Kimmel,  untuk mengambil alih teraju memerintah  di Hawaii. Kimmel dinaikkan pangkat  dengan empat  bintang  untuk  memulakan tugas pada  1 Februari 1941.  Pada waktu yang sama Waler Short  telah dinaikkan pangkat  menjadi  Lt.General dan diberi kuasa  memerintah  pasukan  tentera darat  di Hawaii. 

 

 

Sepanjang  1941,  FDR telah melaksanakan  tujuh unsur provokasi yang lain itu.  Kemudian dia memantau  reaksi Jepun   melalui  perhubungan  komunikasi  risikan (yang dapat dipecahkan kod rahsianya) antara masyarakat diplomatik dan  pemimpin ketenteraan Jepun.

 

Para perancang  tentera Jepun telah  menggunakan   provokasi itu  untuk mengambil alih kuasa  dan  mengatur kekuatan tentera mereka   untuk sedia  berperang dengan  Amerika Syarikat, Britain dan Belanda. Serangan  utama mereka, Hawaii,  telah  dibocorkan kepada AS  pada  Januari  1941.  Sepanjang 11 bulan  kemudiannya,  Rumah Putih telah memantau  rancangan perang Jepun itu  melalui segala maklumat  perhubungan komunikasi mereka yang  dapat dipecahkan kod rahsianya.

 

Para pemimpin Jepun tersilap dalam  mengikuti   kewaspadaan  keselamatan. Sekurang-kurangnya  1,000  laluan pesanan   setiap hari  dapat  dikesan dan dipantau serta  difahami oleh  pengkalan  pemantau   yang dikendali oleh  AS dan  sekutunya  dan segala   maklumat itu telah  diserahkan  secara  ringkasannya  kepada Rumah Putih.  Mesej yang dikesan itu  memang  amat jelas:  Pearl harbour akan diserang pada Disember 7, 1941 oleh angkatan  tentera Jepun  yang  mara melalui  Lautan   Pasifik  Utara,  Pada 27 dan 28  November, 1941, Admiral Kimmel dan General Short   telah diberi arahan untuk  bersiap siaga kerana “Amerika Syarikat mahukan  Jepun  melancarkan  serangannya  dulu.”  Arahan  itu  datang  secara terus  daripada  Presiden Roosevelt.

 

 

Seperti yang pernah saya jelaskan kepada  para hadirin yang   mengikuti  satu  forum di ‘The Independent Institute’  di Oakland,  California,  yang  telah dirakamkan  dan  disiarkan  secara meluas merata negara  pada   cuti   4 Julai  dulu,  siasatan  saya  terhadap  segala  rekod tentera laut Amerika  menunjukkan,   bukan sahaja Kimmel dan Short dinafikan butiran  komunikasi risikan  Jepun itu,  malahan rakyat Amerika pun tidak tahu-menahu akan perkara itu. Inilah dia tipu muslihat  yang  bertahan selama  hampir  59 tahun.

 

Sejurus berlalunya   7 Disember, 1941,  semua dokumen  yang ada kaitan dengan  komunikasi  ketenteraan yang merakamkan  kisah  pengetahuan awal  Amerika   mengenai serangan  Pearl Harbour telah  dikunci rapat dalam peti besi  untuk mengelakkan sesiapa  yang cuba  mengetahuinya. Walaupun  ‘The Freedom of Information Act’mengizinkan  segala dokumen itu   untuk   dialihkan kepada  Arkib Negara  pada 1995,  masih wujud  satu industri  belakang-rumah   yang terus berusaha  menutup  maklumat lain  yang ada  sangkut paut dengan  kebajingan Amerika  berkaitan  Pearl Harbour.

 

Tamat.

Hits: