Bukti Terbaru Menunjukkan  Mangsa Mati Beberapa  Jam  Kemudiannya
(New Evidence  Indicates Palestinians Died  Hours After Surviving Camp  Massacres)

Bahan bukti  yang menyeramkan menunjukkan  lebih  1,000 orang  Palestin  yang berjaya  hidup  selepas berlakunya  serangan  pembunuhan   kejam di kem pelarian di Sabra dan Chatila telah didapati  ‘ghaib’  dalam masa 24 jam selepas peristiwa ganas itu, kebanyakannya di  kawasan yang dikawal oleh  tentera Israel.

Keterangan bertulis  yang merakamkan dengan terperinci  bagaimana  para  mangsa dilihat   oleh  ahli keluarga mereka, yang   ditangani  tentera  Israel dan  pasukan  militia  sekutu  Israel  - adalah  antara   bahan yang  akan dipertimbangkan oleh seorang  hakim warga  Belgium,  yang akan  menentukan hari ini  apakah  Perdana Menteri  Israel, Ariel Sharon, boleh didakwa  kerana  pembunuhan secara beramai-ramai itu.  itu.

Mr. Sharon pernah dihakimi sebagai “bertanggungjawab secara peribadi” menyebabkan  penyembelihan manusia itu oleh Suruhanjaya Kahan israeli pada 1983.  Lapuran  suruhanjaya itu  merumuskan  bagaimana  ratusan  warga Palestin termasuk, wanita dan kanak-kanak, telah disembelih  antara 16 hingga 18 September 1982.

Akan tetapi, antara  lima orang saksi wanita  yang disebut oleh  para peguam di Belgium,  yang  menuntut  Sharon didakwa , terdapat sekurang-kurangnya lima orang yang  mendakwa  bahawa lebih 100 lelaki  telah ditahan oleh   anggota  militia  dan diserahkan  kepada  askar Israel dalam keadaan  masih bernyawa. Mereka tidak  dilihat selepas itu.

Selain  tindakan  mahkamah,   terdapat  filem rakaman   petugas TV  di waktu  itu.  Penggambaran mereka  tiba-tiba  menjadi  perhatian  dan menunjukkan   pegawai  Israeli  bersama  anggota  Phalangis yang bersenjata  -  beberapa lama selepas Israel  menyedari  sekutu  mereka  kumpulan Phalangis itu  telah melancarkan  pembunuhan  ganas, yang menyebabkan Mr.Sharon  melepaskan jawatannya sebagai  Menteri  Pertahanan.

Memang sudah lama wujudnya  perbezaan  dalam angka   mayat yang dijumpai di Sabra dan Chatila – sehinggakan 600  mayat  kesemuanya  - dan juga jumlah  orang awam  yang  dicatatkan hilang  - lebih 1,800 semuanya.  Sehingga kini,  adalah dianggarkan   bahawa semua mangsa telah  dibunuh dengan kejam oleh  anggota Phalangis dan  mereka  telah menanam mayat itu  secara  rahsia.

Seandainya bahan terbaru itu diterima oleh mahkamah,  ia akan  mencetuskan  kesan  yang  besar bahananya  kepada  tentera Israel dan juga Mr. (buldozer)  Sharon,  terutama sekali   kalau Israel terus  bersekongkolan dengan Phalangis selepas  pembunuhan kejam di kem  pelarian itu dan seandainya  mereka membenarkan Phalangis  membawa  lebih ramai banduan  keluar  dari  situ.


Tamat.


Hits: