Serangan  Israel  Yang Baru  Bermula
(Israeli  offensive  has only  just begun)

Sharaon

TEL AVIV  --  Tentera Israel  telah menerima isyarat lampu hijau  daripada kerajaan  Israel  untuk  menghebatkan serangan terhadap  Palestinian Authority (Pentadbiran  Palestin = PA).

Perdana Menteri  Ariel Sharon telah   berucap  kepada   para  komander  Isael  dan  memberitahu  perihal  serangan terbaru  yang akan  dilaksanakan berperingkat-peringkat.Tetapi dia tidak  menjelaskan butirannya.

Sumber  Palestin  memberitahu  betapa Presiden PA, Yassir Arafat telah  merencana satu  tindak balas  yang  berangkai melibatkan Fatah,  Hamas dan pejuang  Jihad Islamia, demikian  lapuran Middle East  Newsline.

Sumber ketenteraan Israel  bekata  kerajaan  pimpinan Ariel Sharon  telah pun meluluskan  rancangan yang akan meneruskan kerja-kerja  serangan   sasaran PA dengan menggunakan  peluru  berpandu dan serangan pengeboman. Sumber itu menyebut  betapa  serangan udara  yang dilaksanakan keatas Tebing Barat dan bandar Gaza  pada Selasa  lalu, hanya merupakan  satu permulaan  serangan  tentera.

Serangan udara telah digantung   semalaman Rabu  kerana  ribut  yang melanda   Timur Tengah. Sumber itu menyebut  betapa   pihak tenera akan  menunggu untuk seketika   untuk menentukan  sama ada  PA   telah memulakan  menghukum  para   ‘pengganas’ Palestin  sebelum menyambung serangan  mereka.  Setakat ini, kata sumber itu,  serangan udara Israel itu  tidak pun  menjejaskan  keupayaan  tentera   PA  ataupun kumpulan   pejuang  Palestin.

Pada  hari Selasa,  Israel  mengunakan helikpter dan   jet pejuang  untuk  menyeranga  sasaran  PA, dan Fatah di bandar Gaza, Khan Yunis dan kem  pelarian Jabalya, Ramallah, Salfit  dan Tulkam. Serangan itu  menumpukan sasran   yang berkaitan dengan  infrastruktur  keselamatan PA   dan bukannya  pejuang  Palestin. Sumber Palestin  menyebut  terdapat dua kematian   gara-gara serangan  Israil  keatas Gaza.

Israel taleh memusnahkan   landasan  kepalterbang  PA  di Dahaniya  di selatan Gaza. Itulah   pangkalan  yang  digunakna oleh pesawat terbang  antrarabangsa untuk keluar masuk Gaza. Askar  Israel telah cuba menceroboh masuk  pinggiran  Nablus dan   Ramallah.

Sumber tentera  menyebut betapa mereka tidak  berminat  menyerang   kubu kuat   Hamas ataupun kumpulan Jihad Islamia.  Kedua  kumpulan  ini telah mengaku  melaksanakan   siri  serangan bom relamati di Israel.

“Kedua  kumkpuan itu  adalah pertubuhan  haram dan tidak sesuari untuk diseeang dari angkasa,” katra Brig. Gen. Ron Kitri, seorang ketua  juruckap  tentera Israel.

Sementara itu,  pejuang Palestin   telah  menyerang balas dengan  melancarkan serangan baru   pejuang  relamati.

Pengeboman itu telah dilapurkan pada  Rabu lalu  berlaku di sebuah hotel  di Jerusalem  dan dilancarkan ketika para pejuang  Palestin tidak mahu mendengar  amaran Yassir Arafat   agar dihentikan  serangan  terhadap  Israel.   Pihak berkuasa Israel melapurkan  lapan  orang awam yang lalu-lalang telah  mengalami kecederaan dalam serangan pagi itu.

Pengebom yang merupakan anggota Islamic Jihad,  telah terbunuh. Dua orang menteri  Israel  bertindak  untuk bermalam di hotel sahaja.


Sumber Palestin berkata, kumpulan Fatah,  sebagai kumpulan  penggempur Palestin yang terbesar, sedang menunggu   arahan  Arafat   untuk melacarkan satu  siri  serangan terhadap  Israel. Sumber itu menyebut bahawa Fatah  akan  berganding  dalam operasi itu   bersama Hamas  dan Islamic Jihad.


“Seandainyha merekamembunuh  anak-anakkami,kami akan  bunuh pula  kanak-kanak merka,” demikian kata  ketua tenera   Abu Al Said di betherhem  sebelum  berlakunya serangan itu. “Kalau  mereka bunuh  kaum  wanita kami, kami kan bunuh pula  kaum wanita mereka. Kalau mereka bunuh pemimpin kami, pemimpin mereka akan  dibunuh pula.”


Walaupun PA telah mengharamkan penggunaan  senjata,  pejuang Palestin sudah kelihatan  dengan   senjata mereka di Tebing Barat. Dan ada yang sudah  melepaskan  tembakan mortar  kearah  sasaran  Israel.  Pegawai  PA berkata, mereka tidak mampu  mengamalkan  peratauran sekatan   itu diebabkan   serangan udara   Israel  yang  mengena  harta benda  Palestin.

PA memang tidak ada cara lain   uuntuk  meneruskan usaha tangkapan disebabkan searangan Isael itu,”  demikiankata   pemimpin Fatah, Hussein Al Sheikh. “Takkan kami    boleh penjarakan mereka sedangkan Israel melanyak  harta benda kami.”

Pada hari Ahad,  PA  mengumumkan  pengharaman  tunjk perasaan  dan peragaan  senjata yang tidak berlesen. Ketua keselamatan PA pula memberi  amran  agar tidak ada sesiapa  yang  melancarkan serangan  keatas  Israel.

Pegawai  PA menyebut  bahawa   tindakan  keras itu  adalah  sementara sahaja   dan setakat ini  Arafat belum menhyerang  sesiapa pun di kalangan  komander yang   liar. Para pegawi menyebut bahawa Arafat sengaja  mencetuskan kemarahan  puak yang menentang kepimpinannya.

Di waktuyang sama  pemimpin media Palestin   terus  memujuk  para pejuang Arab    menghentikan serangan mereka terhadap   Israel. Pada hari  Selasa,   Arafat telah dilapurkan   bertindak  menggantung   jawatan  pengarah keselamatan PA  di  Tulkam, Col. Mohammed  Awadallah.


Awadullah dilapurkan telah membebaskan   banduan  Palestin daripada  penjara  tanpa  berunding  dulu  dengan  kepimpinan  Palestin.

Agensi berita  ‘The Palestin Wafa’  telah merayu kepada orang Palestin agar “menghentikan  sebarang tindakan  yang mungkin menjejaskan  keselamatan  orang Palestin  dan perjuangan yang sah,  dan menghentikan  tindakan mengganggu   masyarakat awam  yang boleh mendorong  kerajaan Israel  menerima alasan  menyerang,  dan cara  meraih  simpati  sejagat sambil bergantung kepada   penderitaan    bangsa  Palestin  yang tidak bermaya.”

Tamat.

Hits: