Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan Peristiwa 11 September
(How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)

Bukti Kedurjanaan Mossad Menyerang WTC
(Evidence of Mossad Treachery in the WTC Attack)

Sehari selepas WTC (Pusat Dagangan Dunia) diserang, akhbar Yahudi ‘Jerusalem Post’ yang begitu terkenal dan disegani di dunia ini, merakamkan angka 4,000 sebagai jumlah orang Yahudi yang ghaib dalam keruntuhan bangunan itu. Kementerian Luar telah mengumpulkan angka itu berasaskan maklumat mereka yang diketahui bertugas dalam bangunan itu dan dikira hilang beberapa jam kemudian apabila saudara mara mereka membuat laporannya. Ada juga yang memberi maklumat saudara mara, rakan dan taulan yang mereka tahu pergi ke dua menara itu untuk berurusan, ataupun berada di bangunan yang berdekatan menara berkembar itu. Tanpa membaca artikel Jerusalem Post itu, logik mampu mengajar kita untuk yakin kemungkinan ratusan kalau pun bukan ribuan orang Yahudi turut menjadi mangsa serangan di menara berkembar itu. Semua orang tahu pembabitan masyarakat Yahudi dalam dunia perbankan dan kewangan. Sebagai contoh, dua firma unggulan di New York, Goldman-Sachs dan Solomon Brothers adalah firma yang terkaya yang mempunyai pejabat di menara berkembar itu. Ramai pegawai firma ini yang kerap berulang-alik ke Israel. New York merupakan pusat nadi kekuasaan kewangan Yahudi sedunia, dan WTC itu adalah tiang serinya. Kerana itu ramai yang menjangka jumlah orang Yahudi yang menjadi mangsa serangan boleh mencecah angka yang tinggi. Demikian yang difikirkan oleh Jerusalem Post pada 12 September 2001. Di bawah ini kita tayangkan semula permulaan artikel itu.

Ribuan Yahudi ghaib di WTC, Pentagon

“... Setakat ini, Kementerian Luar di Jerusalem telah mengumpulkan 4,500 nama warga Yahudi yang dipercayai telah berada di kawasan WTC dan Pentagon ketika serangan bermula. (Inilah pojok dan ayat pertama Jerusalem Post) (33)

Ketika George Bush berucap di Kongres, dia telah membuat satu kesilapan yang menyerlah selain berkata bahawa penyerang WTC melakukan kerja itu kerana mereka “bencikan kebebasan.” Bush telah membuat penekanan, bahawa selain ribuan rakyat Amerika yang terkorban, 130 orang Yahudi telah turut terkorban di WTC. Ini merupakan satu penjelasan bahawa orang Yahudi turut merasakan penderitaan kita, dan kita dan orang Yahudi adalah turut teraniaya dalam episod ini. Berita kematian hanya 130 orang Yahudi itu memang mengejutkan kerana nampak sangat angkanya terlalu rendah dan membuatkan saya merasa ragu. Seandainya 4000 orang Yahudi berada di WTC ketika itu, dan jumlah kematian dikatakan sekitar 4500 (katakanlah sekitar 10 peratus daripada 45,000 manusia yang selalunya berada di bangunan tersebut pada waktu itu), angka orang Yahudi yang sepatutnya turut menjadi mangsa tentu secara perangkaannya berjumlah sekitar 400 orang dan bukannya 130.
 

Sebagai pusat perniagaan dan punca pekerjaan, Pusat Dagangan Dunia itu bukannya laksana kedai Mac Donald di mana gaji yang diterima oleh petugasnya adalah bertaraf bawahan sahaja. Inilah Pusat Dagangan yang memberikan gaji yang tinggi-tinggi, lengkap dengan segala kemesraan pekerjaan yang canggih di mana pegawai yang berkedudukan tinggi dalam dunia kewangan berkumpul dan berurusan setiap masa dalam dunia perbankan, kewangan dan saham, (termasuk urusan wang panas – penterjemah)

Saya telah menyoal diri sendiri bagaimanakah anggaran kematian orang Yahudi hanya sekitar 130 orang, sedangkan anggaran kematian lain ialah 199 warga Columbia dan 428 warga Filipina?

Dalam artikel terdahulu yang saya tulis mengenai kengerian 11 September, saya tidak membayangkan kesangsian ini kerana saya selalunya berbangga menulis dengan mengenepikan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan. Tetapi, ketika menyelidik bahan tulisan berkaitan keganasan Israel terhadap Palestin dan Amerika, saya terserempak dengan bukti yang sungguh mengejutkan dan yang tidak pernah saya alami sepanjang masa saya menyelidik dan menulis. Saya terjumpa satu kenyataan yang sungguh bersahaja tetapi mengandungi kesan yang besar berkaitan dengan serangan ganas 11 September.

Ketika menyelongkar ratusan artikel untuk mencari jawapan sebenar jumlah orang Yahudi yang menjadi mangsa, tiba-tiba saya terjumpa satu berita dalam New York Times yang membuat penjelasan jumlah sebenar orang Yahudi yang terpanggang di WTC New York. Rupanya daripada angka 130 orang Yahudi yang disebut oleh George Bush yang sudah mati itu, 129 orang masih lagi bernyawa. Ini bererti hanya seorang Yahudi yang mati. Saya merasa takjub. “Oh Tuhan....!” Demikianlah perasaan saya ketika itu , “HANYA SEORANG YAHUDI????” Di bawah ini kita petik semula terbitan NY Times:

..... “Tetapi, ketika menemubual ramai pegawai konsulat pada Jumaat dulu, telah memberikan bayangan betapa senarai mangsa yang mereka kumpulkan itu mempunyai kegunaan yang berbeza. Contohnya, bandar raya itu telah menerima pelbagai laporan bahawa ramai orang Yahudi yang sudah hilang di tempat kejadian, dan ketika Presiden Bush berucap di Kongres pada malam Khamis dia telah menyebut angka 130 Yahudi yang mati dalam serangan itu.

Akan tetapi pada hari Jumaat, Alon Pinkas, Konsul Besar Israel di New York berkata bahawa senarai nama yang hilang itu adalah mengambil kira laporan sanak saudara yang risaukan saudara mereka yang tidak menjawab pesanan telefon yang mereka rakamkan daripada Israel. Malahan, setakat itu hanya tiga orang Yahudi yang diperakukan sudah pun mati: dua orang dalam pesawat terbang (sebagai penumpang) dan seorang lagi yang telah pergi ke menara itu sebagai seorang pelawat dan telah pun dikenal pasti dan dikebumikan. – (New York Times. September 22 ) (34).

Jumlah kematian yang rendah setakat 130 orang menunjukkan bahawasanya sebahagian besar warga Yahudi di Pusat Dagangan Dunia itu sudah pun terlebih dulu menerima isyarat ataupun amaran akan berlakunya serangan itu. Apabila mengetahui kebenarannya bahawa hanya seorang sahaja orang Yahudi yang terkorban, tidak boleh kita sangsikan lagi betapa wujudnya amaran awal yang diketahui terlebih dulu oleh warga Yahudi. Apabila hanya seorang Yahudi yang mati di kalangan 4500 yang sudah terkorban di WTC, sudah tentu merupakan satu kebarangkalian statistik yang tidak masuk akal. Kalau pun Kementerian Luar Israel dan Jerusalem Post sudah memberikan anggaran yang dianggap berlebih-lebihan berbanding jumlah orang Yahudi yang bertugas di situ secara 400 peratus terlebih jangka bersamaan 3000 lebihannya, sepatutnya masih ada lagi 1,000 orang Yahudi di situ di hari serangan berlaku. Sekali lagi diandaikan hanya beberapa ratus sahaja orang Yahudi yang hadir ketika itu, kematian hanya seorang Yahudi adalah satu cerita haprak sahaja. Apakah 11 September itu merupakan satu percutian besar bangsa Yahudi ataupun ramai warga Yahudi sudah pun mengetahui awal-awal lagi kemungkinan menara kembar itu akan diserang dan diledakkan.

Utusan Segera Kepada Israel Mengenai Serangan di WTC

Para pegawai syarikat Odigo yang menguruskan kiriman utusan segera (instant messages) telah membuat pengesahan hari ini betapa dua orang kakitangan syarikat itu telah menerima utusan dalam bentuk teks memberi amaran akan berlakunya serangan udara terhadap Pusat Dagangan Dunia, dua jam sebelum para pengganas menghunjam pesawat udara untuk memusnahkan lambang keangkuhan New York.

Akan tetapi, Alex Diamandis, Timbalan Presiden bahagian Jualan dan Pasaran berkata, para petugas Odigo di bahagian penyelidikan dan pembangunan dan pejabat antarabangsa di Israel telah menerima satu amaran daripada seorang pelanggan Odigo kira-kira dua jam sebelum serangan pertama. (Petikan dari Washington Post Newsbytes)

Kini kita sudah pun mendapat bukti yang nyata dan meyakinkan dari sumber yang berwibawa, betapa Israel sudah mempunyai pengetahuan awal bahawa serangan akan berlaku. Pertama, tanpa sebarang amaran, takkan hanya seorang warga Yahudi yang menjadi mangsa di WTC. Kedua, wujudnya pengesahan yang jelas betapa sebuah syarikat yang mempunyai pejabat di WTC dan Israel telah menerima amaran sebelum berlakunya serangan ngeri tersebut.

Siapakah yang berkeupayaan memberi amaran kepada Israel akan serangan yang berkemungkinan dilakukan, kalau bukan Mossad? Hakikat betapa kerajaan Israel telah mengetahui lebih awal lagi rencana serangan dan bertindak memberi amaran secara berpilih-pilih kepada bakal mangsa serangan itu, tetapi secara sengaja membiarkan ribuan warga Amerika dan orang lain mati katak dan terpanggang di situ - mensabitkan Israel sebagai pihak yang turut bertanggungjawab sama besar dosanya dengan penyerang Arab yang memusnahkan WTC.

Bersambung ke bahagian 8

Terjemahan oleh SPAR - 08.12.01

Hits: