Regim Yang  Menindas Ditakdirkan  Tamat dan Tumpas

(Repressive regime destined to end in oblivion)

8/12/01.

 

 Robert  Fisk

Memang ada sesuatu yang ganjil dan menyeramkan, mengenai kumpulan Taliban. Chontonya  ialah  seorang pegawai  muda  jabatan imigresyen yang  memeriksa pasport  untuk dicop  di lapangan terbang Jalalabad pada 1997.  Dia menyibuk, kerana  saya tidak  mendapatkan visa untuk keluar negara. Umurnya  mungkin baru  14 tahun ketika itu, dan dia mengenakan  pantis celak di kelopak matanya, sebagai satu mekap  yang mencontohi  nabi junjungannya.

 

Apabila saya  membantah  kerana tidak ada seorang pun dalam negaranya yang mundur  semacam  negara abad kedelapan itu, untuk mengeluarkan  visa keluar (exit visa), dia mengangkat muka untuk meneruskan bebelannya.  “Tut-tut-tut-tut,” dia mengomel lagi, tanpa  henti sambil kepalanya  meliuk dari kanan ke kiri. Saya  dianggapnya  laksana seorang  anak sekolah yang  liar, dan dia,  seorang kanak-kanak,  sudah menjadi seorang ketua  masyarakat Islam,  menegur  seorang warga  Barat yang tidak mengikut  peraturan.

 

Menegur perbuatan liar adalah merupakan unsur  kegiatan Taliban. Pengekangan  bersuka-suka dan  menegur  perbuatan yang menyalahi  tafsiarn mereka akan  cara hidup di dunia   mengikut yang   mereka  fahami.  Menteri Kadilan dulu mengahabiskan sebahagian masanya  menjelajah Afghanistan untuk memerika  janggut orang lalki:  setiap  lelaki dimestikan memlihar  janggut sepanjang “dua penumpuk”. Selain itu, ada satu lagi kerja  jijik yang dilakukan di stadium sukan di Kabul; di sana mereka  menjatuhkan hukuman kepada  lelaki dan perempuan, dengan mengerat  tangan. Kalau Allah lebih pengampun dan  pemurah, tanggapan Taliban akan perbuatan  ‘pengampunan’ itu jelas menunjukkan perbezaannya.

 

Akan tetapi, - dan di sini memang  mesti ada “akan tetapi” nya -  mereka  merupakan jawapan yang bertepatan  untuk  menghentikan  budaya merogol dan  merompak  yang dilakukan oleh  anggota  Pakatan Utara yang berjalan  bertahun lamanya..  Sememangnya, Taliban itu wujud  disebabkan oleh  sahabat baru kiaa  di  Pakatan  Ugtara.  Apabila 50,000  lelaki dan perempuan disembelih  di Kabul  antara  1992 dan 1996,  dan wujud pula  satu kumpulan  mafia  yang  giat  berurusan dadah dan  pelacuran,  rakyat Afghan  dari setiap lapisan kaum  merintih mahukan kedamaian dengan apa cara jua.  Sebaik munculnya Taliban,  mereka dialu-alukan secara sambil lewa, kerana masih ada  perasaan  ketakutan.  Para pencuri mungkin dihukum  potong tangan, tetapi tidak ada  pencuri lagi selepas itu.  Seseorang boleh memandu dengan selesa daripada Jalalabad hingga  Kandahar  dengan keyakinan perjalanan itu selamat  tampat sesiapa yang akan mengganggu. Tetapi, seperti yang dialami oleh para wartawan  hari ini, tabiat begini tidak boleh diulangi   lagi.

 

Maka terhentilah  segala  usaha  pengeluaran dadah, sehinggakan PBB  memujinya dengan megah. Tidak ada  hashish dan heroin di kawasan yang dikawal oleh Taliban. Tetapi, ini   membuatkan  Pakatan Utara terus  sibuk  menyediakan bekalan  yang diperlukan oleh dunia dadah di Barat -  di  waktu yang sama Mullah Omar  terus  menjelajahi Kandahar,  memberi amaran kepada kaum Pashtun kan bahana  melanggar perintahnya.

 

Demikianlah  peraturan  dan undang-undang yang bermula  di khemah pelarian  di Pakistan di mana  sebilangan besar Taliban  mula  membesar. Tidak ada dadah.  Pengajaran al  Quran adalah melalui proses  menghafal  Kaum wanita  di khemah pelarian itu hidup  tanpa dilihat wajahnya dan tedidik otaknya, hidup di kalangan lelaki untuk berkhidmat kepadanya. Inilah cara hidup dalam semua  perkhemahan itu dan  inilah yang diulang semula laksana  pendua  di Afghanistan  pada 1996.  Mereka telah mencorakkan keseluruhan negara itu  menjadi satu  khemah pelarian yang besar, lengkap dengan peraturan  menangani hidup dengan kemiskinan  yang mereka alami ketika Perang Afghan-Russia.

 

Akan tetapi  peraturan semua itu  mengandungi unsur-unsur  kejijikan.  Seorang kawan yang merupakan seorang diplomat  daripada Scandinavia berada di sebuah hotel  di  Kabul dan menerima  panggilan  telefon daripada seorang pegawai Taliban.  “Kami akan menjatuhkan hukuman ke atas seorang  pembunuh secara menembaknya. Apakah anda mahu menyaksikannya?”  Diplomat itu menjawab dengan  berhemah betapa  negaranya menentang  hukuman mati terhadap  sebarang  jenayah.  Beberapa jam kemudiannya pegawai itu menelefon sekali lagi. Taliban tidak lagi   mahu menghukum-tembak pesalah itu.  Sebaliknya mereka mahu menghempap tembok dinding  ke atasnya. Itu pun, katanya,  hukuman itu ditangguhkan  untuk beberapa hari lagi.

 

Begitulah seterusnya. Tidak kedengaran irama muzik, tidak ada mainan wau yang melayang-layang, tiada merpati yang terbang,  tiada TV dan  wayang.  Kaum wanita dinafikan  hak untuk mendapatkan pendidikan dan punca  pekerjaan. Taliban pernah berkata  mereka menghormati  kaum wanita. Tetapi, seperti juga  ramai pengamal ajaran usang,  ada semacam satu keraguan kenapa  mereka takut dengan wanita.

 

Kerana itu  Kementerian Amal Maaruf  Nahi Mungkar,  menggunakan  rotan panjang  untuk menyebat kaum  wanita yang keluar rumah tanpa ditemani saudara lelakinya  atau  tidak menutup muka dengan burqa.  Kita di barat  menetap gigi melihatkan semua ini dengan sikap  mencemuh seperti yang ditunjukkan oleh pegawai imigresyen muda di  Jalalabad.

 

Secara sengaja kita telah memilih  membiarkan  pengamal Wahabi di Arab Saudi, sedangkan para  pemimpin istananya  adalah hampir sama bengis dan kejam  dan tidak  sensitif  kepada  peredaran  dunia luarnya. Sekutu  kita di Saudi  dibarkan  menyungkup kaum  wanita mereka  dengan pakaian hitam,  menegah mereka  memandu  kereta   dan pada setiap hari Jummat  memenggal kepala  di  perkarangan masjid di hadapan khalayak ramai yang selesai berjemaah.   Semua itu kita biarkan tanpa sebarang  suara Barat   yang berdecit untuk mengkritiknya. Kerana itu rakyat Amerika  yang riang gembirdengan  tertumpasnya  Taliban,  memang pintar  menyebut  dan merujuk  kepada juru tunjuk Taliban yang  berada di Arab Saudi,  yang mengamalkan  teologi  yang sama  taksubnya  dan  mempunyai  polis mutawa yang menjadi ikutan pejuang  Taliban. Lantas, tentu kita begitu pantas melupakan bahawa  kebanyakan  pejuang yang menghunjamkan pesawat  peledak pada September 11  dulu  adalah warga Arab Saudi.  Tidak seorang pun  antara mereka itu   merupakan anggota  Taliban, walaupun  anda mungkin boleh dimaafkan, berdasarkan segala  maklumat songsang bahawa kisahnya  adalah yang sebaliknya.

 

 

Kita berperang di Afghanistan   bukannya untuk  memberi kebebasan  kepada warganya  bermain layang-layang,  atau pun untuk memudahkan  peminat panggung  wayang,  ataupun untuk membebaskan kaum wanita yang selama ini hidup  menyungkup  mukanya. Kita memerangi Taliban kerana  mereka  melindungi  Osama bin Laden. Apakah dengan ini  akan berakhir  pergerakan   militan Islam?  Apakah Amerika akan berpaling ke arah  Hamas dan  Jihad Islami melalui  sahabat mereka Israel – dan   Hizbollah  di Lebanon  serta setiap lelaki yang berjanggut dan berjambang   yang menentang Amerika Syarikat? Saya fikir bahawa  umat Islam yang  cenderung kepada ‘amalan melampau’ mempunyai ketahanan yang lebih kental dari itu, malahan lebih kental daripada Taliban.  Memang sudah lama wujud  pelbagai versi  pengamal  agama  itu  di dunia  ini, yang lebih berminat  mempraktikkan  hukum syariah daripada menentang  pelbagai  pengaruh budaya barat yang  menindas mnereka.

 

Puak Taliban tidak pernah bersedia   berjuang untuk  Iraq, ataupun  untuk Palestin ataupun  Lebanon.  Mereka tidak mempunyai strategi  ketenteraan untuk memrangi sesiapa,  hanya  satu strategi  teologi.  Mereka telah mentadbir  Afghanistan  mengikut  cara yang mereka lakukan itu, kerana itu sahaja yang mereka  tahu.

 

Ketika  mereka  terlupa akan psinsip tonggak kuasa: “bahawasanya   anda  mesti pura-pura  melindungi, menyayangi dan membelai kasih dan sayang orang-orang anda.”  Taliban telah tumpas dan  kecundang kerana mereka terlalu taksub akan tatasusila  hidup dan bukan  mengenai kehidupan,  lebih mementingkan  kesempurnaan    berbanding  martabat bangsa, mementingkan peraturan  berbanding  jati diri, hingga mewujudkan satu  dunia kehidupan  di mana sebarang bantahan dianggap satu bentuk kedurjanaan.

 

Beberapa hari yang lalu  ketika berada di pintu masuk negara mereka, seorang   pegawai muda imigresen membelek pasport saya untuk meneliti visa masuk yang dikeluarkan  oleh ‘Islamic Emirate of Afghanistan’  - itulah mohor terakhir yang dikeluarkan oleh puak Taliban, yang dihentak pada paspot saya oleh  pegawai mereka di Islamabad, sejurus selepas kedutaan mereka ditutup secara rasminya. Pegawai muda itu mencapai satu alat pengcop  untuk  menghentak muka surat pasport saya sekali lagi. “EXIT” (keluar), demikian perkataan yang dicop.  Dia sudah tersilap chop. Tetapi begitulah lambang cara pentadbiran Taliban selama ini.

 

Tamat.

 

Hits: