Robert Fisk Kena Belasah  di Pakistan

 

LONDON Reuters) :Wartawan British  Robert Fish  telah diserang dengan teruknya pada hari  Sabtu oleh satu gerombolan ganas di Pakistan.

 

Fisk,  55  tahun, adalah wartawan veteran yang membuat liputan untuk akhbar The Independent, di  London.  Beliau telah dikeroyok oleh sekitar 100 pelarian Afghan setelah keretanya rosak di tengah jalan antara sempadan  Pakistan Quetta  dan Chaman.

 

“Itu merupakan  satu pengalaman yang   menakutkan dan saya memang  menanggung kesakitan  yang amat sangat, tetapi bersyukur  kerana masih bernyawa,” demikian   dia memberitahu  seorang teman di ‘The Independent.’ “Saya akan menanggung parut luka untuk  sepanjang  hayat saya. Adalah malang, saya  kerosakan di tempat yang salah dan di waktu  yang tidak  memihak kepada  saya.”

 

Kawannya itu  telah memberitahu Reuters: “Dia sedang merentasi sebuah perkampungan  yang dipenuhi  para pelarian daripada Kandahar. Robert memberitahu kami dia dapat tahu kemudiannya  bahawa mereka telah diserang dengan bom.

 

“Dia berkata  gelagat dua orang barat  yang menolak sebuah kereta yang rosak, telah menarik  perhatian   satu kumpulan  manusia. Pada mulanya mereka  nampak mesra  tetapi tiba-tiba seorang kanak-kanak telah membaling batu yang mengena Robert dan membuatkan yang lain terus  membelasahnya.

 

Robert Fisk mengalami kecederaan di kepala, muka dan tangan kerana dibaling batu. Seorang  jurucakap   akhbar Independent  memberitahu bahawa Fisk sedang berehat di  kamar  hotelnya di Quetta.

 

“Robert berkata dia memang amat faham kenapa  perkara itu berlaku,” kata jurucakap itu.  “Orang-orang itu adalah pelarian. Mereka sudah kehilangan segala-galanya. Robert mengerti kenapa mereka naik marah.  Dia tidak menaruh sebarang dendam terhadap mereka.”

 

Apabila ditanya apakah Fisk,  yang memang terkenal sebagai seorang pakar  Timur Tengah, boleh  meneruskan laporannya akan pergolakan di Afghanistan, jurucakap itu berkata: “Kami menjangkakan Robert akan mula menulis  semula untuk Independent pada hari Isnin.”

 

Catatan penterjemah:  Akan bermulakah budaya intifada di bumi Afghanistan ataupun  Pakistan?

Hits: