Yvonne Ridley: Jabatan Perisikan Mahu Saya Dibunuh

(Intelligence services wanted me killed)

 

 

oleh: Jo Dillon. 9/12/01.

 

 

Yvonne Ridley wartawan wanita British  yang telah ditangkap oleh Taliban, telah membuat satu dakwaan yang sungguh luar biasa minggu ini betapa badan perisikan barat  telah mencuba agar  beliau dibunuh  untuk menaikkan sokongan rakyat  terhadap serangan udara di Afghanistan.

 

 

Dalam bukunya yang terbaru,  “In the hands of the Taliban”  (ketika dicengkam Taliban)  yang akan diedarkan esok, wartawan ‘Express’ ini  yang berusia  43 tahun, berkata  walaupun telah dibebaskan dia masih ada  beberapa urusan yang belum selesai berkaitan pengalamannya di Afghanistan.

 

Beliau mendakwa sekembalinya  ke Pakistan dia mendapati  bilik hotel yang ditempahnya telah digeledah. Di London, kunci-mangga  apartmentnya di Soho telah dicemari orang. Kemudian seorang wartawan di Al Jazeera  telah menunjukkan  satu koleksi   beberapa dokumen  yang belum  dikenal pasti. Antaranya adalah  salinan beberapa  kepilan  dokumen peribadi  beliau termasuk penyata akaun dan  gambar.

 

 

Apabila diberitahu semua dokumen itu telah diserahkan kepada Taliban, Ms.Ridley berkata: “Saiapa agaknya musibat yang mahu melihat saya ditembak?”

 

Dengan bantuan  QC Michael  Mansfield, seorang wartawan Al-jazeera, Nacer Bedri, dan beberapa  kenalan dalam jabatan perisikan, Mrf. Ridley ini  sedang berusaha semua bahan yang  menyebabkan perkara itu berlaku.

 

Beliau berkata semua dokumen itu adalah salinan fotokopi   borang  bayaran cukai pendapatan  dan  geran tanah kepada sebuah rumah yang memang dimilikinya, satu  ketika dulu. Kemudian ada pula satu salinan pasport  milik suaminya  yang ketiga, Hemosh, bersama dengan nombor  keanggotaan Mossad dan kad pengenalan  kepunyaan beliau..  Jumlah penyata kewangan sengaja digembar-gemburkan, kata Ms. Ridley.  Ada sekeping gambar  Ms.Ridley  bersama hemosh dan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun kini. “Gambar ini diambil di tebing sebuah sungai di Iran ketika anda memasukinya  secara  haram.”

 

Dalam bukunya Ridley ada menjelaskan:  “Saya mengamati gambar itu sekali lagi dan mula  ketawa. Ketika itu saya sedar betapa gambar itu diambil pada Oktober 1988 di Stratford-upon-Avon.  Kemudian, saya merasa sesuatu yang mual  sehingga mahu muntah dibuatnya. Barulah saya teringat di mana gambar   itu pernah saya lihat sebelumnya – di atas laci  teratas di apartment saya di Soho. Saya telah menceraikan suami nombor 3,  beberapa minggu  selepas gambar  itu disemadikan; ia dicuci hanya  beberapa lama selepas itu, jauh lebih lama selepas dia  pergi. Jadi, siapakah yang  masuk menceroboh  apartment  saya?”

 

 

Ms.Ridley  semakin yakin ada  pembabitan  jabatan perisikan  - dan bersumpah mahu membuktikannya. “Tanpa  bercakap banyak, saya  tidak akan biarkan perkara itu,” kata  beliau kelmarin.

 

Penerbitan buku itu   dan dakwaannya  sudah tentu   menjadikan Ms.Ridley  bahan perhatian  ramai sekali lagi.  – ini merupakan satu  kedudukan yang tidak disenanginya   sejak ditangkap  oleh Taliban pada 28 September dan selepas dibebaskan  pada 8 Oktober.

 

Ms. Ridley pernah  dicemuh kerana bertindak  gila-gila  memasuki Afghanistan  dan ramai para  pengulas  menuduh beliau  sengaja mengada-ngada kerana mengambil risiko itu sedangkan beliau  adalah  seorang ibu tunggal.

 

 

Ada pula  pihak lain yang mempertikaikan   waktu   Ridley berada di Afghanistan. Ada satu laporan yang menyebut kenapakah Ridley tidak ditangkap ketika berada di Afghanistan tetapi selepas berada di wilayah  sempadan Pakistan -  menunjukkan dia tidak pernah memasuki  Afghanistan.

 

Sekembalinya ke England, Ms.Ridley telah dikritik kerana mengabaikan kisah penderitaan dua orang pemandunya yang masih dipenjara ketika itu – mereka ditangkap kerana membantu beliau dan juga   pegawai bantuan  amal yang  berada bersama beliau. Sambutan awal bukunya itu tidaklah hebat sangat, tetapi  Ms. Ridley berazam untuk membongkar  apa sebenarnya yang terjadi  kepada masalahnya.

 

Hits: