Enam Menteri Taliban dan Duta Berpisah  Haluan

(Six  Taliban Ministers, diplomats part ways)

 

ISLAMABAD:  Sekurang-kurangnya  enam bekas menteri  dan beberapa   diplomat kanan  Taliban  mengambil tindakan untuk berpisah haluan  dengan pergerakan Taliban dan menganggotai  satu pertubuhan  Islamia  yang dihidupkan semula setelah lama  bertapa. Ketika  menghadiri satu persidangan akhbar  di Islamabad  pemimpin  Taliban   yang  bertindak keluar ini berkata bahawa mereka pernah menasihati  pucuk kepimpinan Taliban   untuk mengkaji  dasar pertubuhan mengenai Osama Laden, dan beberapa isu penting  yang  lain tetapi malangnya  pucuk kepimpinan  tidak memberikan layanan.

 

Mereka yang bertindak keluar itu termasuklah bekas duta ke Pakistan, bekas timbalan menteri  Penerangan,  bekas Timbalan menteri pengajian tinggi, bekas timbalan menteri  penghantaran pelarian,  bekas ketua hakim  negara  dan bekas duta di Arab Saudi.

 

Kumpulan yang  keluar ini telah menganggotai  satu kumpulan yang berusia 63 tahun dan  bernama  “Da Khudamul Furqan  Jamiat (KFJ)”.

 

Seorang pemimpin agama yang terkenal, Amin Mujaddadi, mengetuai kumpulan itu.

 

Mujaddadi yang bercakap melalui  penterjemah, mendakwa beberapa bekas gabenor  Taliban,  menteri dan  pemerintah tentera  telah menyatakan sokongan mereka  kepada kumpulan itu.

 

“Kami membuka  pintu  untuk Taliban” katanya.

 

KFJ  memulakan semula aktiviti politiknya  untuk  mencapai  harapan politik dan  keagamaan rakyat  dengan cara mencari kedamaian dan penyatuan di kalangan  semua suku kaum  dan parti ke arah  penyatuan nasional,” kata Mujaddadi.

 

Apabila ditanya mengenai  dasar Taliban mengenai Osama Laden, dia menjawab: Kami telah  beri ingatan kepada pemimpin Taliban akan masalah itu. Afghan akan  menghadapinya kerana  dasar tersebut.”

 

“Kami hidupkan kumpulan ini  untuk kemudahan  Taliban,” kata Mujaddadi.

 

Beliau berkata bahawa beliau adalah antara  1500  pemimpin Islam  yang berkumpul di Kabul  kira-kira tiga bulan dulu, dan  meminta pucuk kepimpinan Taliban  meminta Osama Laden keluar daripada Afghanistan, untuk  mengelakkan pertumpahan darah di Afghanistan,” kata beliau.

 

Namun dia memuji  Taliban yang berjaya mengawal keselamatan  negara itu  aman dan menghindarkan   tanaman  dadah.

 

Apabila ditanya apakah Mullah Omar  masih layak digelar “Amirul Mo’minin”, dia menjawab  “Sistem pentadbiran Taliban sudah pun berakhir, jadi  begitu jugalah  gelaran itu.” Dia juga  menyebut  nasib pemimpin Taliban itu akan diputuskan oleh para ulama.

 

Bila ditanya akan perihal  serangan  Amerika, Mujaddadi memang amat risau akan kesan pembunuhan orang yang tidak berdosa.

 

Tamat

Hits: