Tiga Bulan Selepas September 11

(America Remembers)

 

oleh; Joel Roberts -  CBS News.com 

 

Tiga bulan sudah berlalu, selepas serangan ngeri di Pusat Dagang Dunia. Hampir setengah  timbunan runtuhan yang dianggar 600,00 tan berupa keluli,   batu-batan dan debu,  telah pun dipindahkan daripada Lower Manhattan.  Usaha mencari  mayat dan serpihan badan yang mungkin ada masih diteruskan tanpa henti, seperti kelakuan seluruh negara  yang masih mencari  jawapannya.

 

Di New York City,  para petugas  bomba, dan  pekerja  binaan  berhentikan kerja dan segala  alat jentera mereka  untuk menghormati satu majlis bertafakur pada  8.48 pagi. Majlis itu dimulakan  dengan nyanyian “Let there be peace on Earth”  oleh William Michael. Kemudian diikuti dengan upacara keagamaan  oleh ketua agama Kristian,  Muslim dan Yahudi.

 

Upacara yang sama sudah dirancang di  lebih 70 negara, menjelajah sehingga stesyen angkasa  antarabangsa, di mana   angkasawan Russia dan Amerika akan bergabung memberi penghormatan  mereka.

 

Sebalik ulangan-tayang mengingatkan peristiwa ngeri itu, terdapat  banyak kemajuan  untuk dilaporkan  mengenai   peperangan membasmi keganasan  yang berjalan sejak  tiga bulan yang lalu.  (catatan: tengok orang putih menipu, serangan  ke atas Afghanistan hanya bermula pada 7 Oktober, dan dia kata perang sudah masuk tiga bulan. Inilah  yang mesti difahami oleh orang Melayu jangan mudah tertipu selalu, semacam ditipu oleh seorang diktator tua!!!!)

 

Puak Taliban telah dinafikan kuasa mereka di Afghanistan  dalam masa lapan minggu  selepas Presiden Bush melancarkan serangan udara yang pertama. Walaupun satu kerajaan baru  Afghan bersiap sedia untuk  mengambil alih kuasa  tidak pula diketahui di mana perginya  musuh  utama Amerika yang paling dikehendaki  -  Mullah Omar dan Osama bin Laden.

 

Minggu yang berlalu sudah merakamkan kemalangan yang membabitkan kematian  pertama  (hik.hik.hik... yang lain siapa? – Russia?) seorang  pegawai CIA yang mati  di penjara  Mazar-e-Sharif dan tiga orang komando  disebabkan tembakan pihak kawan berdekatan Kandahar. Begitu juga dengan satu kisah anih membabitkan seorang anak muda  kelas atasan California yang tertangkap  berjuang  bersama puak Taliban.

 

Kalau ada pun berita baik yang muncul daripada New York,  berita itu adalah mengenai  angka kematian  yang menurun begitu drastik  daripada anggaran 6,000 kini menjadi  hampir 3,000. 

 

Kini, bandar raya itu  teruskan hidupnya dengan kemunculan satu  datuk bandar yang baru,  Mike Bloomberg yang akan menggantikan Rudi  Gulliani.

 

Begitu juga  dengan  ancaman anthrax yang  nampaknya semakin berkurangan tanpa sebarang serangan baru selepas kematian seorang wanita berusia 94 tahun di Connecticut yang tersentuh bakteria  yang berbahaya. Setakat ini belum  diketahui saya yang merencana serangan itu dan mana datangnya  spora anthrax dan bagaimana cara sebenar ia merebak.

 

Lima orang sudah mati disebabkan serangan anthrax dan 13  orang telah dijangkiti  di Amerika Syarikat (kebanyakannya orang kulit hitam dan Hispanik – penterjemah),  sejak surat pertama mengandungi anthrax didedahkan pada bulan  Oktober. Dewan Capital Hill masih ditutup sejak  sepucuk surat mengandungi  racun itu diterima  dan  pegawai Federal Reserve di Washington ,  tempat yang paling terbaru  menerima  surat itu, masih meneruskan pencarian  mereka.

 

Salama tiga bulan, Kongres telah menangani serangan pengganas dengan beberapa  perundagan baru  di Amerika, termasuk  peningkaan kawalan keselamatan di lapangan terbang dan pesawat udara.  Yang masih tertanggung  disebabkan perdebatan yang berpuak-puak, ialah  satu  cadangan pekej  pemulihan ekonomi  yang semakin tenat dan mencungap sejak September 11, dan  menyhebabkan ekonomi negara merudum  sejak itu.  

Sementara itu Bush sudah bertindak menyekat penyaluran bantuan kepada  pertubuhan yang dikatakannya  menyokong aktiviti keganasan (termasuk pertubuhan amal islam yang menerima bayaran zakat di Amerika, bodohnya presiden haprak!!!), Dia juga  menandatangani satu  undang-undang membenarkan penubuhan  mahkamah tentera mengadili mereka yang disyaki pengganas.

 

Tiga bulan selepas September 11,  Amerika  memasuki ambang percutian  sambil  mengawasi kemungkinan  munculnya  serangan baru.

 

Tamat.  

 

Hits: