Penjajahan Tanah Arab Punca Keganasan di Palestin

(Ignoring Ocupation, The Root Cause of Terrorism)

Michael Jansen:  7/12/2001.

 

http://palestinechronicle.com/

 

 

Tindakan Hamas menyerang balas pada minggu yang lalu, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Serangan balas itu  mengorbankan  sekitar dua dozen  warga yahudi   memang tidak dapat dielakkan  ekoran peristiwa NOV.23, apabila angakatan udara Isarel telah  membunuh ketua sayap keteneraan hamas di Tebing Barat, Mahmoud  Abu Hannoud. Hamas mengenepikan ikrar tidak menggunakan bom selama tiga bulan  dan melaksanakan kerja tindak balas  itu.

 

Tindakan balas Isarael pun  adalah ssesuatu yang tidak dapat dielakkan. Perdana Meneri  Ariel Sharon  telah menolak  tawaran  Palestin   agar diadakan gencatan sejata selama empat hari  untuk membolehkan mereka  menangkap  puak yang bertanggungjawab dengan serangan tersebut. Isarel  mengumumkan  betapa ia sedang menanganai satu peperangan  menentang “entiti yang menyokong penganas.”

 

Putaran  serangan dan   serangan balas dapat dihentikan  seandianya Washington  telah menegah Sharon  berbuat demikian ketika dia bertemu Bush  pada hari Ahad  sebelum itu.  Sebaliknya Bush berkata bahawa Israel  mempunyai hak  untuk mempertahankan diri, dan menuduh Presiden Arafat  kerana keganasan itu sambil meminta beliau  “menentang keganasan.”. Sarfanan Bush telah disokong oleh Setiausaha Negara  Collin Powell. Tetapi ketika  Arafat melancarkan penangkapan para resistan Islamia,  Sharon telah menggerakkan helikopter  perang  buatan AS  dan jet pejuang F-16 buatan Amerika  untuk melancarkan  serangan ketenteraaan  terhadap sasarannya.

 

Pada hari Selasa, Sharon pergi ke sebuah pangkalan tentera Israel  di pinggir Ramallah untuk  mengambil alih  tugas mengawas operasi itu.   Ketika pesawat pejuang itu terbang rendah  dan melepaskan serangan terhadap   sebuah  bangunan   di sebelah pejabat pentadbiran Arafat. Rakaman TV menunjukkan  “General” Sharon  tersenyum lebar  melihatkan ulangan kempen lama beliau  agar “Arafat terus menyorok dalam kubu pertahannya.” Senyuman yang  melingkar antara kedutan muka  di wajah Sharon itu membuktikan dia belum lupa lagi ataupun  mempelajari sesauatu  sejak dia menjahanamkan Lubnan  dan menyembelih  18,500 manusia  pada 1982. Sharon masih merupakan askar bangsat yang  mengidamkan  “Greater Israel”, dan inilah musibatnya  yang mengarahkan tentera  Isreal  mengepong  khemah pelarian Sabra-Shatilla  ketika  sekutunya  tentera Falange  dan militia Hadad  menyembelih ataupun  menghapuskan 2,800  nyawa.

 

 

Keadaan masakini  berambah dahsyat lagi. Pada 1982,  Arafat menjadi Pengerusi  PLO (Palestine Liberation Organisation). Ketika itu PLO  “belum diiktiraf sebagai wakil tunggal rakyat Palestin,”  malahan oleh dunia Arab sekali pun.  Arafat berada di Lubnan dan bukannya di Palestin. Walaupun Arafat  kerap  menyatakan impiannya agar tercapai satu negara bebas yang dapat wujud  bersebelahan Israel dalam bumi Palestin, dia tidak pula berbincang dengan kerajaan Israel bagaimana dia berura-ura mencapai impiannya  itu.  Hanya pada 1982, apabila  Israel menakluk Lubnan  barulah Arafat bertemu dengan  ahli politik yang pertama daraipada  Israel, Uri Avnery, seorang veteran  yang mengusahakan perdamaian.

 

Hari iniArafat ialah  pressiden yang dipilih dalam Palestinian National Authority (PNA). Baliau diiktiraf sebagai presiden  negara  Palestin lengkap dengan permaidani merah yang dibentang  untuk menyambut ketibaannya di  ibu negara seluruh dunia. Dia  tinggal di  tanah Palestin yang kini ditadbirnya sendiri di Gaza dan Tebing Barat.  Inilah wilayah yang dikosongkan oleh Israel mengikut perjanjian  Oslo pada  1993,  yang dirundingnya dengan  kerajaan Israel yang sebelum ini. Kerana itu dia telah menerima anugerah  ‘Nobel Peace Price’.

 

Arafat sudah pun menemui berdozen pemimpin politik Israel,  termasuk Sharon (yang enggan  bersalaman dengan Arafat kerana keangkuhannya). Sama ada mereka   mengkagumi Arafat ataupun  sebaliknya, rakyat  Palestin menganggap beliau sebagai  “Mr. Palestin”, bapa  negara  mereka yang telah dijanjikan.

 

Pada 1982, Sharon menjadi  menteri pertahanan Israel, salah seorang antara tiga menteri  kanan dalam kabinet  Perdana Menteri Menachem Begin. Begin memang amat curiga  terhadap  Sharon.

 

Kesangsian Begin itu ada benarnya.Saharon telah mengemukakan satu rencana   untuk mendapatkan keizinan kabinet Israel  dengan cara berdalih, kerana dia sebenarnya  merencana untuk berperang. Permohonan  awal ialah untuk melaksanakan operasi terhad,tetapi apabila dimulakan dia terus menyerang dan menakluk Lubnan. Ekoran pembunuhan beramai-ramai di Sabra-Shatilla, Sharon telah dipecat daripada jawatannya,  setelah rakyat Israel dan parti berhaluan kiri seperti  ‘Labour Party’  dan ‘Peace Now’ melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran untuk mendesak dia  disingkirkan.

 

Kini Sharon  merupakan perdana menteri Israel. Sejak 1982 sehinggalah  kenaikannya di tangga politik teratas negara, Sharon telah  menentang sebarang bentuk  perjanjian damai dengan Palestin.

 

Dia telah bersuara lantang  mahu menukar balik proses perdamaian Oslo. Dia  mengeuai satu kerajaan  campuran  yang mempunyai sokongan daripada  75  orang daripada 120 anggota Knesset, termasuk  sekutunya  “Labour Party”.  Sebahagian besar  ahli kabinet Sharon  adalah berhaluan kanan, dan  ada yang memang ahli pelampau  puak kanan.   Sejak melaedaknya intifada 14 bulan yang lalu, para pengundi Israel sudah semakin condong ke kanan.  Labour Party sudah menjadi berclaru kerana ketiadaan seorang pemimpin yang berkesan. Pemimpin utama Labour Party,  Simor Peres dan  Binyamin Ben-Elizer sengaja  berrpaut  kepada kementerian luar dan  pertahanan dalamkabinet Sharon, walaupun  Sharon memang pakar  dalam dua jurusan politik  tersebut.

 

Pada 1982,  Menteri Pertahanan Sharon,  telah diberikan  “lampu hijau” oleh Amerika untuk menakluk  Lubnan oleh  Setiausaha  Negara  Amerika, Alexander Haig, yang kemudiannya dipecat oleh Presiden  Ronald Reagan kerana arahannya itu.  Hari  ini  Sharon sekali lagi diberikan lampu hijau oleh  presiden Amerika George Bush.  Ketika haig  memberikan laluan itu dia dianggap oleh  analis Rumah Putih sebagai pemimpin yang tegolong sebagai ‘helang’(hawk), tetapi ketika Bush  membrikan laluan kali ini, Setiausaha Negaranya Collin Powell yang dianggap sebagai  ‘tekukur/merpati’ (dove)  itu telah turut   menyetujuinya.   Bush dan Powell tidak pernah memikirkan betapa Arafat sedang  berperang untuk terus bernafas,  mengekalkan ketahanan PNA dan menyegarkan impian lama  untuk menubuhkan sebuah negara yang bebas merdeka.

 

 

Pentadbiran Bush  mempunyai sifat lebih cenderung berhaluan kanan berbanding  pentadbiran Reagan. Sayap konservatif dalam Parti Republikan yang menyokong kuat Bush mempunyai  peratalian  mesra dengan Parti Likud dan  beberapa kumpulan berhaluan kanan di Isreal yang sudah lama,sejak 1982, berjaya menyusup masuk mempengaruhi sistem politik  Amerika Syarikat.

 

 

Serangan ngeri  September 11 di New York dan Penagon, telah memperngaruhi Bush lebih melentok ke haluan kanan dan sekaligus  terperangkap dalam pelukan Sharon. Bush telah terpengaruh deengan  pendirian israel  bahawa Arafata  adalah bertanggungjawab  kerana tercetusnya  “keganasan” di wilayah Palestin  dan Israel.  Penyebab  utama “keganasan” itu  yang merupakan tindakan Israel  menceroboh dan menduduki secara haram tanah Palestin, terus diperlekehkan.

 

Tamat.

Hits: