Apakah George  W. Bush Memang Sudah Tahu?

(Did George W. Know?)

 

Komen webmaster: Jika benar berita ini maka kita akan lebih memahami bahawa satu tragedi ngeri yang mengorbankan nyawa manusia pada 11 September adalah lebih cenderung kepada satu sandiwara. Apakah mungkin ini dapat dinafikan, sedangkan di hadapan mata kita kerap sandiwara dilakonkan. Nyawa manusia kepada mereka tidak ada nilai, melainkan kerusi yang menjamin mereka terus berkuasa untuk merancang bagaimana mahu merampas lebih banyak kekayaan dan kesenangan melalui jalan mudah. 

 

Presiden Mesir Husni Mubarak  telah berkata bahawa dia telah memberitahu Amerika Syarikat  kemungkinan  akan diserang 12 (dua belas) hari lebih awal sebelum meledaknya  serangan ngeri  September 11.

 

Pentadbiran Bush tahu kemungkinan serangan itu. Dua belas hari sebelum  serangan 9-11, Presiden Hosni Mubarak, telah pun  memberi ingatan kepada AS.

 

Berikut  ialah  teks  dari Associated  Press Report “Deafening Silence of the US Media”  (Media AS menjadi tuli dan bisu) Kisah itu  tidak pun dihiraukan oleh  akhbar ‘The Atlanta Journal and Constitution’ (8 Disember) ada menyebut dua  baris ayat  mengenainya.

 

Seandainya  kerajaan AS tahu dan gagal  untuk bertindak, ini menimbulkan perkara yang serius. Ia juga menjejaskan fahaman kita  mengenai  peristiwa itu.

 

Apakah itu disebabkan kecuaian ataupun satu bentuk ‘bersubahat’ di pihak pegawai AS? Apakah ada unsur tutup mulut? Seandainya ini merupakan kecuaian, siapakah yang bertanggungjawab?

 

Apakah George Bush  tahu?  Beliau dan Mubaraak dikatakan berkawan baik. George Bush kerap menelefon Mubarak. Pada 6 Disember Mubarak menerima pangilan telefon Bush. Pendedahan Mubarak mengenai peristiwa 9-11 telah diterbitkan oleh  sebuah akhbar Lubnan bertarikh 7 Disember.

 

Kenapakah Pentadbiran Bush gagal mengambil tindakan berjaga-jaga?  Kini kita mendesak agar diadakan satu siasatan.

 

Michael Chossudovsky, CRG,
8 Disember, 2001

Hits: