Pemimpin  Mesir Berkata Dia  Telah Beritahu Amerika

AP 7/12/2001.

 

LUBNAN (AP)- Presiden  Mesir, Hosni Mubarak berkata dia telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat  bahawa “sesuatu akan terjadi”  12 hari sebelum serangan negeri  Sept.11 ke atas  New York dan Pentagon.

 

Dalam satu wawancara  yang diterbitkan Jumaat lalu  oleh satu akhbar Lubnan yang berhaluan kiri, As-Safir,  Mubarak  juga berkata adalah satu kesilapan besar seandainya tentera Israel  diarahkan membunuh  Yassir Arafat, pemimpin  Palestin.

 

Mubarak tidak pun mendedahkan bagaimana dia tahu pada akhir Ogos  kemungkinan terjadinya serangan itu ke atas  Amerika Syarikat. Dia berkata bagaimana dia terkejut  melihatkan kesan serangan Sept. 11,  setelah perampas pesawat  berjaya merampas empat buah pesawat komersil  dan  menghunjam dua buah pesawat itu  kepada Pusat Dagang Dunia di New York dan  satu lagi  mengena  Pentagon.  Pesawat yang ketiga  telah terjatuh dan meletup di Pennsylvania mungkin kerana  berlaku pergelutan  dalam kokpit.

 

“Kami menjangkakan sesuatu akan berlaku dan memberitahu Amerika. Kami telah menyampaikan amaran itu,” kata Mubarak.  Dia tidak pula  menyatakan apa   reaksi daripada amarannya.

 

“Tetapi tidak ada sesiapa  menjangkakan peristiwa itu  boleh jadi begitu dahsyat. Kami tidak tahu  mereka akan  memilih sasaran itu atau yang lain,  dan kami sungguh terkejut  apabila melihatkan  pesawat yang berisi penumpang  menghunjam    menara kembar,” kata Mubarak.

 

Washington berkata bahwa  beberapa minggu  sebelum September 11, CIA  ada  mengeluarkan amaran betapa Osama Laden  sedang merancang untuk memulakan  serangan ganas  terhadap orang Amerika. Amaran itu  adalah berasaskan risikan baru tetapi tidak mempunyai maklumat khusus  apa jenis serangannya, tarikhnya   ataupun lokasinya.

 

Mubarak juga mengulas  mengenai konflik Israel-Palestine. Serangan terbaru  Israel  telah mengana  sasaran yang   hampir 1000 ela daripada pejabat Arafat.

 

Mubarak berkata seandainya Israel membunuh  Arafat, ia akan menyebabkan satu kelompongan dalam pucuk kepimpinan Palestin  yang tidak dapat  digantikan dan diisi oleh  salah seorang  antara “enam  hingga lapan calon”  yang ada.

 

“Kepimpinan  yang akan muncul  akan  mencari  populariti secara  bersaing untuk  merancang  operasi ganas, sama ada  dalam negeri ataupun di luar, terhadap Israel, hingga menggugat seluruh  wilayah intu  menjadi kancah  perbalahan. Mereka (Israel) seharusnya faham  perkara ini  dan sedar betapa  berbahayanya  perkara ini,” kata Mubarak.

 

“Apa  akan jadi selepas Arafat? Siapa pula yang akan ditohmah oleh Israel sebagai  dalang  (perbuatan keganasan) – para pemimpin Hamas ataupun PFLP (Front  Kebebasan Popular Palestin)?”  tanya Mubarak lagi.

 

Hamas sudah  mengaku  bertanggungjawab dengan dua serangan rela mati yang membunuh 25 orang dan  mencederakan  ramai rakyat Jerusalem dan Haifa hujung minggu  lalu. PFLP pula mendakwa bertanggungjawab dengan   pembunuhan  menteri pelancungan  Israel pada  Oktober lalu.

 

Tamat

Hits: