KEMATIAN ANAK MB: HADIAH BUAT SHAHIDAN
 

Mula-mula saya berkata kepada isteri saya bahawa kematian anak MB tu sebagai satu hadiah. Dia kata abang jangan nak main-main pula.Ini soal mati. Lepas itu saya tak mahu komen. Lepas selesai kerja rumah, saya mengadap PC, maksud saya hadiah tu begini..

Ingat tak dulukan Shahidan ni kaki bangkang bila ada pembangkang cakap. Ingat tak peranan dia dalam isu grand design sebelum dia jadi MB. Kemudian dia jadi Ketua Kelab Penyokong Kerajaan. Kemudian peranannya dalam mengalahkan Ustaz Hashim Jassin di Arau, peranannya dalam menewaskan Dr.  Abd Aziz Hanafi kepada calon perempuan, juga di Perlis, kemudian isu Dr. Harun Din nak bertanding lawan Mahathir/Shahidan di Perlis.

Semua kes itu menampakkan betapa Shahidan memusuhi gerakan Islam di negerinya. Walaupun dia bercakap pasal Islam baru-baru ni kat TV.

Dalam Islam, kematian anak kecil adalah rahmat bagi keluarga yang menerima dugaan sedemikian. Anak yang masih kecil, tidak akan masuk ke neraka. Begitulah riwayat yang dapat kita faham. Anak kecil ini duduk di antara Syuga dan Neraka.Apabila ibu bapanya kelihatan akan masuk ke neraka, anak-anak kecil ini akan menghalang si ibu bapa tadi dari masuk ke neraka. Dengan demikian terselamatlah ibu bapa berkenaan dari bakaran api neraka.

Inilah yang di maksudkan hadiah untuk Shahidan Kassim. Dan ini pulalah keindahan Islam. Dalam kes kematian kanak-kanak pun Islam masih membawa khabar gembira untuk umatnya, iaitu ada kemungkinan keluarga yang ditimpa bencana itu terselamat dari bakaran api neraka, walau pun sebelum ini mereka telah banyak berdosa. Begitulah dengan Shahidan Kasim. Ia mendapat hadiah istimewa di bulan Ramadhan ini. Dia tidak sepatutnya bersedih hati dengan peristiwa tersebut. Begitulah juga dengan kita umat Islam, tidak patut bersedih jika mengalami kejadian yang sedemikian. Hanya Allah yang tahu di sebalik semuanya itu.


AlKundangi,
12.12.2001

Hits: