“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

   IJTIMA’ KHAS ULAMA’ MALAYSIA
ISU AFGHANISTAN

 

RESOLUSI KUALA LUMPUR

2 Disember 2001
16 Ramadhan 1422


Muqaddimah                                                                          2 Disember 2001

16 Ramadhan 1422

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi ) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injl dan Al-quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu telah lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

                                                                        (surah At-Taubah: 111)

                                                                                               

“Dan hendaklah kamu bersiap sedia segala apa kekuatan yang ada kepadamu”

(Surah Al-Anfal :60 )

 

“Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 51)

 

“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup”

(Surah Al-Baqarah : 217)

 

Ijtima’ Khas Ulama’ Malaysia

Setelah mengambil kira Ucaptama yang telah disampaikan oleh pembicara-pembicara khas serta pandangan balas dari deligasi badan-badan Islam dan tokoh-tokoh Ulama , kami dengan ini ;

a)     Yakin dan berpegang teguh dengan segala prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyelesaikan segala bentuk krisis yang dihadapi oleh umat manusia dalam keadaan apa sekalipun dan ditempat mana sekalipun ;

b)      Yakin dan berpegang teguh bahawa prinsip dan dasar hidup Islam dalam kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah asas penting yang perlu digunapakai dalam mengatasi ketegangan dunia masa kini.

c)     Menegaskan bahawa keganasan oleh individu, kumpulan atau sesebuah negara adalah bertentangan dengan ajaran Islam ;

d)     Menyedari bahawa kezaliman yang dilakukan oleh sesebuah negara, kumpulan atau individu ke atas pihak yang lain adalah punca kepada tercetusnya tindakbalas keganasan oleh mereka yang dizalimi dan dengan sebab itu orang awam menjadi korban ;

e)     Memahami bahawa tindakan Presiden Bush mengisytiharkan perang Salib (Crusade) setelah berlakunya peristiwa September 11, adalah agenda jelas kuasa barat Zionis untuk menjadikan Islam dan umat Islam sebagai sasaran musuh mereka ;

f)      Menegaskan bahawa tindakan AS menyerang Afghanistan telah lama dirancang, sebelum peristiwa September 11 lagi, untuk menguasai sumber minyak dan gas yang terdapat di Lautan Caspian, di kawasan Asia Tengah ; 

g)     Menyedari bahawa tindakan AS menuntut Taliban menyerahkan Usama Bin Laden tanpa bukti jelas mengenai kesalahan Usama dan Al Qaeda adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan suatu tindakan yang tidak bertamadun ;

h)     Menyedari bahawa sebagai kuasa imperialis AS mempunyai rekod keganasannya sendiri dalam sejarahnya melibatkan tindakan ganasnya ke atas Vietnam, Cuba, Iran , Iraq, Palestin, Panama, Nicaragua, Chile, Syria, Sudan, Libya, Lebanon, Granada, dan pelbagai negara lain di seluruh dunia. Lantaran itu AS tidak punyai asas moral untuk memerangi keganasan, justeru AS sendiri mengamalkan ‘state terrorism’ ;

i)      Membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya rancangan kabinet Presiden Bush untuk melanjutkan serangan ke atas Iraq, Syria, Iran dan gerakan pembebasan Hizbullah di Lebanon dan Hamas di Palestin atas nama menghapuskan keganasAmat prihatin dan membantah sikap media Barat yang terus memburukkan  Islam dan gerakan Islam, yang mengakibatkan kebencian yang meningkat di kalangan orang-orang bukan Islam terhadap umat Islam. Tindakan ini jelas merupakan perencanaan yang bersungguh media Barat untuk menyekat kemaraan Islam dengan cara mengukuhkan proses sekularisasi dan menyokong golongan sekular Muslim untuk menguasai negara-negara majoriti Islam ;

k)     Menyedari  bahawa kepimpinan politik AS telah dipengaruhi oleh fahaman zionisme untuk menguasai dunia dan menakluk semua sumber alam tanpa menghormati hak dan kedaulatan mana-mana negara ;

l)      Memberi perhatian  bahawa kempen membenci Arab dan Islam yang dilancarkan oleh media barat dan AS sekian lama telah menghasilkan banyak tindakan ganas yang mencabul hak asasi kemanusiaan orang-orang Islam di negara-negara  bukan Islam ;

m)    Mengecam AS, British dan penyokong-penyokongnya yang mengambil kesempatan dari peristiwa September 11 untuk menjatuhkan kerajaan Taliban melalui operasi ketenteraan yang ganas dan cuba mendirikan kerajaan yang akan patuh sepenuhnya kepada telunjuk kuasa Barat terutama AS ;

n)     Kesal dan membantah sikap kerajaan-kerajaan yang tidak membenarkan rakyat untuk membantah serangan AS ke atas Afghanistan melalui perhimpunan dan demonstrasi ;

o)     Kesal dan membantah pendirian kerajaan Filipina dan Singapura dalam Persidangan Ketua-Ketua Negara ASEAN di Brunei pada 4 hb Novembar 2001 yang telah menolak cadangan Malaysia dan Indonesia supaya serangan ganas AS ke atas Afghanistan dihentikan ;

p)     Kesal dan sedih dengan manipulasi media dari sumber berita antarabangsa dan propaganda salah yang dilakukan terhadap Islam dan memberi gamabaran buruk kepadanya.

q)     Kesal terhadap OIC yang tidak mengambilkira pendirian dan tindakan tegas untuk menghalang AS dari terus menyerang Afghanistan malah sebaliknya mengesyorkan agar AS melancarkan pengeboman secara terpilih ;  

r)      Menyedari dan menyokong sikap rakyat di kebanyakkan negara-negara majoriti dan minoriti Islam yang telah menyatakan sikap menentang tindakan AS, melalui perhimpunan dan demonstrasi di seluruh dunia terutama mengenai pendirian bahawa isu keganasan berpunca dari sokongan AS ke atas Israel menzalimi rakyat Palestin, sekatan ekonomi AS ke atas Iraq yang telah membunuh 1.5 juta rakyat awam dan manipulasi AS terhadap institusi-institusi antarabangsa seperti PBB, IMF, Bank Dunia dan WTO untuk menguasai seluruh dunia dan melaksanakan dasar imperialis Barat ;

s)     Mengutuk dengan keras tindakan AS dan British yang telah menggunakan peluru berpandu, roket, bom cluster di Kabul, Kandahar, Jalalabad dan lain-lain yang telah membunuh ratusan rakyat awam dan ribuan yang cedera termasuk bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua ;

t)     Menyedari dengan amat sedih, 7.5 juta rakyat Afghanistan menjadi pelarian tanpa makanan yang cukup manakala agensi bantuan sukar untuk menyampaikan bantuan akibat serangan AS yang berterusan ;

u)     Mengutuk serangan AS yang disokong oleh kebanyakkan negara-negara Eropah ke atas Afghanistan sebagai tindakan yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan ganas yang telah membunuh rakyat awam, memusnahkan pelbagai prasarana awam termasuk masjid, hospital, sekolah, infrastruktur air dan elektrik, bangunan

v)     Kesal terhadap sikap Setiausaha Agung PBB, Koffi Annan yang telah berdiam diri serta tunduk kepada tekanan AS untuk melancarkan serangan ke atas Afghanistan tanpa mendapat mandat dari PBB ;

w)    Prihatin  bahawa  peperangan yang berlarutan di Afghanistan dan tindakan AS untuk melanjutkannya ke negara-negara lain kononnya atas alasan memerangi keganasan akan pasti mengancam keamanan dunia.

Maka kami,

1.  Mengisytiharkan punca yang membawa kepada keganasan mesti diatasi jika usaha membasmi keganasan hendak dilaksanakan dengan jujur dan bermoral.

2.  Menetapkan penyelesaian berdasarkan prinsip keadilan dan kebenaran yang digariskan oleh Islam perlu dijadikan asas untuk merongkai krisis krisis di Afghanistan mahupun krisis di mana-mana negara umat Islam yang lain.

3.  Menetapkan bahawa serangan AS ke atas Afghanistan dan mana-mana negara umat Islam yang lain atas nama memerangi keganasan walaupun tanpa mengikuti undang-undang antarabangsa adalah suatu bentuk serangan ke atas Islam dan umat Islam.  

4.  Menetapkan bahawa sebarang bentuk sokongan samada secara langsung atau tidak langsung terhadap operasi ketenteraan AS di Afghanistan atau mana-mana negara umat Islam yang lain adalah HARAM.

5.  Menetapkan bahawa Jihad adalah kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam untuk mempertahankan bumi umat Islam di Afghanistan atau mana-mana negara umat Islam di seluruh dunia dari diserang oleh musuh Islam. Berjihad samada dalam bentuk jiwa raga atau harta benda adalah kewajipan syarii untuk dilaksanakan oleh semua umat Islam.  

6.  Menetapkan bahawa memulau semua barangan, perkhidmatan dan aktiviti sosial AS adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam dan kempen ini harus digerakkan oleh semua pihak secara bersungguh-sungguh bagi menjayakannya.

7.  Menyatakan simpati kepada keluarga mangsa peristiwa September 11, sekaligus juga menyatakan simpati kepada seluruh mangsa rakyat Afghanistan akibat serangan AS dan sekutunya yang zalim dan ganas.

8.  Mendesak AS dan British menghentikan serta-merta operasi ketenteraannya ke atas Afghanistan dan semua tentera mereka mesti keluar segera dari bumi Afghanistan dan bumi mana-mana negara umat Islam.

9.  Mendesak ketua negara-negara ASEAN mengusulkan kutukan terhadap serangan AS ke atas Afghanistan dan  serangan itu mesti dihentikan serta-merta dan membantah campurtangan AS dan sekutunya dalam politik negara Afghanistan.

10.Menggesa semua individu dan badan-badan Islam bersatu mengutuk serangan AS ke atas Afghanistan dan bantuan dalam apa bentuk sekalipun di hantar segera kepada rakyat Afghanistan yang menjadi mangsa. 000

11.Menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang dan menyatakan pendirian menentang keganasan AS terhadap Afghanistan.

12 Mendesak agar Kerajaan Malaysia tidak mengambil kesempatan terhadap isu 11 September untuk memberi tekanan kepada organisasi atau gerakan Islam atau melebel mana-mana pihak dengan lebel militan dan sebagainya.

13.Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menyekat rakyat untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan AS melalui perhimpunan-perhimpunan aman.

14.Mendesak kerajaan Malaysia agar tidak memberi sebarang sokongan samada secara langsung atau tidak langsung terhadap tindakan AS menyerang Afghanistan maupun negara-negara umat Islam yang lain. 

15. Menggesa pihak kerajaan Malaysia agar tidak terburu-buru mengiktiraf kerajaan baru Afghanistan yang dibayangi oleh AS.

16.Menggesa pihak kerajaan agar mengembali dan mengukuh pendidikan di IPT dengan cara mewajibkan pelajar-pelajar menjalani pengajian Islam sebagai pengajian teras untuk mengatasi masalah serangan barat memesongkan kefahaman generasi muda dari menghayati kehidupan islam secara menyeluruh.   

17.Menggesa media berat agar menghentikan manipulasi dan propaganda mereka terhadap kebenaran situasi sebenar di Afghanistan dan imej buruk yang mereka pancarkan terhadap Islam.    

18. Menggesa media massa Malaysia supaya tidak terperangkap dengan strategi media Barat yang berusaha memburukkan imej Islam dan gerakan Islam samada di peringkat nasional maupun antarabangsa.

19. Menggesa setiap ulama’ dan organisasi Islam di Malaysia untuk lebih bersungguh-sungguh menggerakkan dakwah dalam apa jua bentuk untuk memberikan kefahaman sebenar Islam dan menyatu padukan umat Islam di Malaysia.

20.  Menggesa umat Islam seluruh Malaysia agar bersatu menentang usaha kuasa imperialis Barat terutama AS yang disokong gerakan Zionis Yahudi yang secara berterusan cuba menguasai umat Islam dalam pelbagai bidang (sosial, ekonomi, politik, budaya, pendidikan, dll). Usaha untuk mengukuhkan agenda sekularisasi umat Islam dalam setiap bidang kehidupan umat Islam oleh musuh Islam ini hendaklah diwaspadai dan ditentang dengan bersungguh-sungguh.

21.  Menyeru semua masjid di Malaysia agar meneruskan pengembelengan umat Islam untuk mengumpulkan sumbangan wang bagi membantu meringankan penderitaan umat Islam di Afghanistan dan mengintensifkan solat hajat memohon kepada Allah untuk menghancurkan kezaliman musuh Islam terutama AS.

22.  Mendesak OIC mengadakan sidang khas bagi membantu menyelesaikan krisis di Afghanistan melalui desakan menuntut AS dan sekutunya agar menghentikan serangan ke atas Afghanistan. OIC juga hendaklah membantah keras AS yang mengugut untuk menyerang negara umat Islam yang lain atas nama memerangi keganasan.

23.  Mendesak OIC agar tidak terus membenarkan pihak barat mengambil kesempatan dalam perundingan pihak-pihak berkepentingan dalam di Afghanistan dan bertindak menyelesaikan pertikaian yang ujud dalam pembentukan negara baru Afghanistan dengan melantik satu badan bebas yang dianggotai oleh ulama yang dihormati agar benar-benar menjamin aspirasi Islam dapat ditegakkan dinegara tersebut.

 

Penutup

Seruan kepada seluruh umat Islam dan pemerintah umat Islam agar tidak lagi untuk berasa sangsi dan keliru dengan krisis yang sedang berlaku ini. Sudah terbukti dengan jelas dan dipenuhi dengan fakta yang kukuh bahawa umat Islam sedang diserang dan  ingin dihancurkan oleh kuasa kuffar yang diketuai oleh AS. Segala propaganda dan da'yah mereka yang berselindung di  sebalik kempen untuk memerangi pengganas adalah satu kempen yang penuh dengan hipokrit dan fitnah yang melampau. Sudah terang lagi bersuloh bahawa kuasa kuffar AS dan kuncu-kuncunya sedang berusaha dengan seluruh kekuatan mereka  atas matlamat yang satu iaitu untuk menghancurkan Islam dan umat Islam.

Berhadapan dengan situasi genting ini, adalah wajib bagi seluruh umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah swt. untuk bangkit dan bangun membantu saudara-saudara kita di Afghanistan dengan segala kemampuan samada dengan harta, masa ,tenaga atau jiwa dengan sesungguhnya.

Kita berdoa kepada Allah swt. agar diberi pertolongan kepada sandara-saudara kita di Afghanistan dan umat Islam diseluruh dunia untuk menghalang segala kejahatan dan kezaliman yang sedang dilakukan oleh kuffar laknatullah. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam di dunia dan akhirat.

Hits: