Runtuhnya  Pengaruh   Tatasusila
(The Breakdown of Moral Authorty)


KLIA ( Kuala Lumpur  International Airport) menjadi lapangan terbang utama Malaysia bertaraf duniawan  dengan segerombolan  tukang kelentong bertaraf yang sama. Setiap penumpang diganggu sebaik ia tiba dan pihak berkuasa sengaja memalingkan muka seolah-olah mereka mempunyai mata yang buta.  Ada sepucuk surat yang disiarkan di New Straits Times  bertarikh 10  Disember (NST Letters) merungut betapa  kewujudan tukang kacau ini mencemarkan nama baik negara. Sebenarnya penulis itu tersilap. Yang menjadi penyebab semua ini ialah runtuhnya pengaruh budaya tatasusila di negara ini. Ini cuma satu contoh sahaja.  Satu contoh lagi ialah  skandal CLP (Sijil Amalan Guaman). Begitu juga kisah hilangnya  kertas jawapan peperiksaan SPM. Skandal mahkamah yang berleluasa  ketika mahkamah dirasuk  nyanyian syaitan yang didendangkan oleh ketua hakim negara yang  dulu masih berlanjutan sekarang ini walaupun jawatan itu sudah bertukar tangan. Cuma ada sedikit perbezaan  menunjukkan sedikit perubahan yang baik apabila sesuatu perkara itu didedahkan kepada khalayak ramai. Yang lain sengaja  disapu bersih untuk disorok di bawah permaidani pembohongan. Undang-undang dan peraturan di ubah-ubah sesuka hati, kerana ketua hakim negara  mahu sesuatu  untuk dinyatakannya kepada para wartawan.  Setiap program penswastaan kerajaan gagal segagalnya, membabitkan hutang  bertapuk yang bernilai berbilion ringgit banyaknya. Namun, kerajaan sengaja bertungkus lumus  bertindak  menyelamatkan semua bedebah yang  menyeleweng  amanah rakyat yang diproksikan kepada mereka.  Pegawai  tinggi kerajaan tidak  terkeluar daripada kerja  jijik menyapu bersih wang yang diperuntukkan untuk  golongan miskin dan papa kedana.

Bukan setakat itu sahaja.  Kerajaan menjadikan  Malaysia sebuah negara Islam kerana cuba  mendahului  PAS . Tindakan itu dilakukan secara berahsia, tanpa sebarang perdebatan mengenainya.  Parti politik Bukan Melayu dalam Front Nasional, yang memainkan peranan sebagai khadam  kepada UMNO tidak berani  membantah, ataupun meminta satu penilaian terhadap  perlembagaan dilaksanakan, sambil membiarkan sahaja perkara itu seolah-olah  tidak ada apa-apa  yang berlaku.   MCA telah menganjurkan satu  forum untuk membincangkannya, tetapi  pemimpinnya yang laksana ‘ikan yang sudah busuk  kepalanya’,  Ling Liong Sik, tidak ada sesuatu yang mahu dicakapkannya kerana lebih sedia membiarkan seorang menteri  UMNO membuka kelentongnya. Sehingga hari ini, kita tidak tahu  apakah pendirian MCA  apabila  UMNo  mengisytiharkan Malaysia  sebagai sebuah negara  Islam. Kita  tahu ada orang yang marah  dengan DAP kerana bersekongkol dengan PAS,  tetapi bukan kerana ia menyokong pendirian PAS mengenai  hal ehwal Islam.

Inilah keburukannya apabila kita diajak berfikir, tetapi sebelum ia  membenarkan  rakan politiknya UMNO   membuat pengisytiharan  itu. Bayangkan apabila MCA angkuh  membebek bahawa ialah parti  bukan Melayu yang paling  penting  dalam Barisan Nasional. Begitu juga halnya dengan MIC dan  Gerakan.  Kalau  adapun sedikit  unsur pembantahan, ia datang dari Sabah dan Sarawak,  tetapi mereka lebih suka berdiam membisu. Lagi galak  Kuala Lumpur  bertegas  untuk  mencanangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, lagi  besar kemungkinan Kuala Lumpur terpaksa berdepan dengan   peristiwa yang pernah dihadapi oleh Islamabad  pada 1971, apabila kelahiran Bangladesh menjadi satu  kenyataan.

Terdapat pertalian antara  penipuan dalam peperiksaan, penipuan dalam kerja penswastaan, penipuan dalam  mentadbirkan sistem keadilan,  menipu  masyarakat yang miskin,  penipuan dalam mengisytiharkan sebuah negara Islam dan  menipu  dalam memutarbelitkan   pendirian dunia.  Ini semuanya bermula apabila ada  pendapat  yang  menyatakan bahawa sesiapa sahaja  harus  bersedia menerima rasuah dan kerajaan  menggalakkannya kerana enggan  membenterasnya.  Setiap kali satu skandal meledak, reaksi yang memuncak adalah sama sahaja bahawa suatu tindakan mesti dilakukan.  Adalah seorang dua yang akan ditangkap. Kerajaan akan  mengelakkan isu itu sehingga tidak terdaya  lagi  Apabila meledak satu skandal yang terbaru, kerajaan  akan melupakan yang baru berlalu. Skandal yang dilupakan itu dibiarkan untuk berehat sehingga  ia dikejutkan dengan  ledakan yang lebih dahsyat beberapa lama selepas itu.

Setiap kali  sesuatu perkara besar ditepis, ia membuatkan banyak pihak menjadi terguris.  Oleh kerana  perdebatan terbuka (dikatakan) dikira tidak  berunsur Islam, -- demikian yang diterbitkan dalam satu terbitan rasmi kerajaan, yang kini sudah ditarik balik berjodol  “Malaysia  ialah sebuah negara Islam” --  barulah kita sedar kenapa  menteri Barisan  Nasional sengaja  mengelak  berdebat untuk  membuktikan siapa yang lebih Islamik  berbanding PAS. Sebaliknya pula, UMNO  menyerang  PAS sebagai tidak Islamik kerana  keghairahannya untuk berdebat. Apabila perkara semacam ini sudah memecahbelahkan negara ini kepada tiga  puak yang  ketara, sengaja diabaikan,  seperti  yang berlaku di Lubnan  ketika dihantui masalah keagamaannya.

Pertelagahan yang membazir seperti ini yang   mengukuh perjalanan Malaysia ke simpang kehancurannya.  UMNO bebas  menggembar-gemburkan agenda ini kerana semua rakan barisannya  memang  gembira  untuk menyokong asalkan UMNO terus merelakan  kerenah mereka  menjulap masyarakat yang mereka wakili dalam kerajaan. Memang  tidak wujud  sebarang minat untuk  mendebatkan sesuatu yang memberi faedah  kepada rakyat. Tidak dalam sidang parlimen, tidak juga dalam  persidangan  parti  sendiri. Memang tidak ada salahnya  menubuhkan satu  negara Islam kalau ia dipersetujui  melalui pakatan  bersama.  Setengah penduduk Malaysia  ialah  mereka yang tidak beragama Islam, tetapi  pendapat mereka tidak pernah diambil kira. Jika tidak,  biarkan  semua rakan kongsi  Barisan yang bukan Islam  menyatakan dengan jelas  pendirian mereka menyetujui  penubuhan sebuah negara Islam.  Tanpa sebarang ‘kalau’ dan ‘tetapinya.’

Kita sedar kewujudan Keadilan kebelakangan ini  apabila seorang ahli exco memanggil seorang exco yang  lain sebagai seorang ‘pariah’. Perkara itu sudah cukup kuat untuk membuatkan Samy Vellu melenting untuk membantah. Kini, kita diberitahu olehnya   bahawa keadilan adalah sebuah parti yang tidak sesuai  untuk kaum India. Kita gagal  menyelesaikan perkara  ini kecuali dengan cara melencong. Kalau  ada pun perkara semacam ini  tidak menjadi masalah ialah ketika berlakunya pengaiban  dan kehancuran wibawa bekas timbalan perdana  menteri – Anwar Ibrahim – dan ketika itu seluruh negara bangkit  bersatu di  belakangnya untuk menyanggah  kerajaan. Kebangkitan itu masih memberi kesan yang mendalam yang mewarnai politik Malaysia. Tetapi, sejak insan itu dipenjarakan dan tidak berkemungkinan   muncul di khalayak ramai dengan bebas untuk satu dekad lagi, perkara itu  dilupakan dengan kemungkinan ia  akan dibangkitkan semula  apabila ramai yang tidak akan menyedarinya.  Sekali lagi pengaruh  tatasusila itu ternoda  lagi.  Malahan di Tabung Haji, di mana dana yang hilang adalah satu perkara biasa. Tidak siapa yang ambil peduli, walaupun beratus juta ringgit yang sudah lesap. Kerana itu DAP menjadi kaget,  bahawasanya walaupun Malaysia ghairah  dengan pengisytiharan negara Islam,   orang  bukan Islam dianggap  sebagai ‘zimmis’. Kenapa agaknya?

MGGPillai.
pillai@mgg.pc.my

Hits: