Mana Datangnya  Estrogen  Itu?
(Where does the estrogen come from?)

Estroen Therapy

Alisa Mullins and  Kathy Guillermo
PETA.org  15/11/01


Apakah yang and lakukan  seandainya doktor  anda menyuroh anda minum kencing kuda setiap hari  sepanjang  hayat anda? Anda tentu  berfikir  dia adalah seorang doktor yang sudah sewel, bukan?  Tetapi, apa kata kalau doktor itu memberi anda satu botol yang mengandungi pil berwarna kuning dan mempunyai jenama “Premarin,” yang dibuat oleh Wyeth-Ayest Pharmaceuticals, dan menasihati anda  itu adalah ubat untuk masalah menapos? Kalau anda serupa dengan 8 juta wanita  lain di dunia ini, anda akan menerimanya.

Sehinggalah satu ketika  apabila  anda  mengetahui kisah sebenar apa yang terkandung dalam pil itu. Jenama Preamarin itu adalah  singkatan rangkuman perkataan  “pregnant mare urine” bererti kencing kuda bunting.  Kemudian anda dapat tahu  masih ada lain  ubat yang lebih selesa dan selamat. Itulah yang membuatkan anda menghumbankan pil itu di luar jendela.

Walaupun  Premarin  mungkin merupakan benda yang tidak menyenangkan  anda, ia menjadi satu igauan kepada  kuda yang berkenaan.  Di AS dan Kanada, kencing kuda  dikutip  daripada kira-kira 75,000  kuda bunting untuk  membuat  ubat  gantian ‘estrogen’.

Siasatan  berahsia  daripada PETA (People for the Ethical  Treatment of Animals)  telah merakamkan keadaan  tempat yang menempatkan  kuda  bunting  untuk  mendapatkan kencing mereka. Kuda betina  dikandangkan  sepanjang enam bulan tempoh mereka membunting itu dalam satu petak  yang begitu sempit  yang tidak membolehkannya   berpusing.  Mereka diikat dan dipasang  alat getah untuk menampung kencing. Untuk menentukan kencing itu pekat, kuda  bunting itu dinafikan hak untuk minum air terlalu banyak.

Pergerakan  dalam apa bentuk pun memang amat sukar dilakukan oleh  kuda  yang didera ini. Mereka hanya mampu  bergerak  selangkah ke depan ataupun undur selangkah  ke belakang (itulah yang dikatakan tarian  Che’Det).  Tidak lebih dari itu. Mereka tidak boleh  menoleh  ke belakang untuk  menggaru bahagian  yang gatal.  Mereka tidak boleh  melentok kepala ke bawah ketika tidur.  Mereka tidak boleh  berbongkok ataupun berguling-guling  - walaupun itu   kesukaan kuda secara kebiasaannya.

Ketika penyiasat PETA  membela  Miranda, seekor kuda betina  peremarin, namanya ialah  “Blindie” (si buta), itulah nama yang diberikan oleh penternak  PMU yang  membiarkan  Blindie  menjadi lumpuh  dan buta di sebelah mata disebabkan penyakit yang tidak diberikan rawatan. Mereka menjualnya untuk disembelih.

Miranda menghadapi kesulitan  pada minggu pertama dia dibebaskan. Sarat dengan kandungannya,  dia  terhencot  dengan kaki yang lumpuh selama enam bulan terpaksa berdiri di atas lantai simen yang keras. Setelah diberikan  rawatan terapi harian, tiga kaki Miranda  menjadi semakin kuat semula,  yang lagi satu itu tidak dapat diselamatkan kerana  sudah terlalu teruk keadaannya.  Kemudian ia melahirkan anak  yan g dinamakan  Aspen. Kini Miranda dan Aspen  hidup keriangan di satu  kawasan perlindungan haiwan yang  khas.

Kuda betina lain dan anaknya  mungkin tidak sebaik itu nasib mereka. Puluhan ribu anak kuda dijual  setiap tahun di ladang PMU itu   secara borong   di Winnipeg  ketika baru beberapa bulan sahaja umurnya.  Sembilan puluh lima persen  dibawa ke ladang  ternakan untuk digemukkan sebelum di sembelih.  Setelah disembelih dagingnya dijadikan bahan makanan anjing,  ataupun dihantar ke Eropah di mana daging kuda memang menjadi makanan orang sana.

Walaupun Premarin  merupakan ubat mengubati menopos yang kerap dicadangkan, ramai wanita yang lebih suka memilih jenis sintetik  sebagai ‘replacement drugs’ kerana ia  didapati lebih berkesan,  lebih mudah dibeli dan dibuat tanpa kencing kuda yang didera. Ada juga yang sengaja tidak peduli itu semua kerana lebih percaya dengan putaran alam sahaja.

Apapun yang dipilih, kaum wanita seharusnya  hati-hati dengan  ubat yang mereka pilih.
Catatan: Kita sedang mencari satu artikel lama kisah ubat yang dibuat  daripada tahi itek di Israel  untuk membuatkan hidung mudah kembang-kuncup...penterjemah.

tamat

Hits: