Lapangan Terbang  Duniawan  Dengan Harga Sewa   Tidak Menawan
(World Class Airport With World Class Rentals And  No Takers)
12/12/01


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA)   tentu dapat meringankan masalah lalu lintas seandainya  dibina di Bangkok ataupun Manila.  Tetapi,  ia telah dibina di Sepang,  untuk menyaingi Changi dan Hong Kong  hanya kemudian didapati berupaya menandingi Kucing. Itulah musibah membina tergesa-gesa tanpa  sebab  kecuali untuk mengembangkan tembolok  para kroni pihak pentadbiran, dan pembinaan itu bukan kerana lain selain mengangkat  ego. Ia bertujuan  menonjolkan Malaysia  di dalam peta dunia, untuk memperkecilkan Singapura dan orang lain yang  mempunyai  tanggapan tinggi terhadap Singapore dengan kata-kata yang tidak  molek  dirakamkan di sini.

Pembinaan itu bukan berasaskan kajian laluan  penumpang  yang memerlukannya sehingga sebesar itu, kalau bukan untuk seluruh dunia melopong terhadap struktur  yang fantastik pada abad ke-21 itu. Tetapi sebuah  lapangan terbang yang kosong, melopong di atas satu ladang  yang sungguh tinggi  hasilnya satu ketika dulu membuatkan ramai orang memikirkan alangkah dungunya  perancang projek itu.  Apatah lagi apabila hasil kutipan pendaratan harian  jauh lebih rendah daripada kos menyalakan lampu setiap hari untuk bersinar di situ. Beberapa seksyen sudahpun ditutup untuk menjimatkan kos. Walaupun baru, ia memberikan gambaran  satu  binaan  besar  yang semakin terabai untuk mereput  kerana  cuai.

Oleh kerana kurang penumpang  dan kurang penerbangan, mereka  yang merana adalah  para penyewa   tapak perniagaan di  situ.; Sewaan memang murah jika diambil kira standard sejagat; antara RM360,000 hingga RM12juta  setahun bersamaan RM30,000  hingga RM1 juta sebulan.  Para peniaga di New York, Zurich, Hahrow, Tokyo, Hong Kong, dan Singapura  mudah melompat  untuk menyambarnya   kalaulah itu harga sewanya di  negara mereka. Sejak Samy Vellu  bertegas bahawa harga tol  adalah mesra pelanggan kerana  ia  lebih murah  daripada harga di Ouagadougou, ukuran yang sama mesti digunakan  untuk  membezakan harga sewaan. Kebanyakan mereka  enggan menerima andaian  betapa satu ringgit Malaysia  mempunyai sama taraf  kuasa beliannya  dengan satu pound sterling di London ataupun satu dollar di new York.  Mereka juga tidak faham   kenapa  orang Malaysia  merungut membayar US5  dollar untuk satu pinggan mi Siam kerana  harganya lebih murah di New York.


Di Kuala Lumpur para peniaga  membayar sewa yang begitu tinggi untuk menampar lalat. Sebuah klinik dikenakan sewa RM100,000 yang di kira  patut,  seandainya setiap penumpang yang berlari menaiki pesawat itu singgah dulu   di klinik untuk   mendapatkan rawatan. Harga sewa telah diturunkan sebanyak 40 persen. Tetapi penumpang yang tidak bersyukur masih tidak mahu menggunakan kemudahan yang  ada.  Setiap penumpang terlalu sibuk mengejar  pesawatnya. Harga makanan terlalu mahal sehingga tidak menepati selera pembeli kerana itu perniagaan menjadi rugi. Saya jarang menggunakannya kerana harga kos tambang  pergi ke    KLIA adalah sama mahal tambang penerbangan.. Kerana itu saya lebih bersedia menggunakan bas  ataupun kereta api  yang bukan sahaja lebih  murah tetapi berupaya  membawa saya lebih cepat masanya  dengan hanya  secebis kos menggunakan perkhidmatan udara.


Pengurusan  KLIA beranggapan bahawa  para peniaga itu tidak berusaha  gigih  untuk meningkatkan perniagaan  mereka. KLIA bertegas walaupun  jumlah penumpang berkurangan, tempat itu  masih sibuk, kerana itu para peniaga tidak ada hak untuk membuat rungutan. Tetapi, keadaan perniagaan memang  meleset sekarang di Singapura, Hong Kong, Zurich, Heathrow, JFK tetapi tidak di Malaysia ataupun KLIA.  Jadi kenapakah peniaga yang tidak tahu bersyukur  itu  merungut  mengenai harga sewa?  Pengurusan MAB berkata, para  peniaga berkeupayaan mendapat  keuntungan, dan itu adalah  satu kemestian!   Tetapi KLIA   lebih  bersifat sebagai  lapangan terbang yang memberikan khidmat sambungan  kepada Singapura  dan bukannya sebagai  pusat  pengangkutan udara  serantau.  Adalah lebih murah  memandu kereta pergi ke Singapura  walaupun harga tol yang dikenakan oleh pengendali lebuh raya yang muflis itu, daripada kita  menaiki  pesawat udara. Ekonomi yang merudum di mana juga  berbanding Darulboleh,  menyebabkan semakin berkurangan manusia  menaiki kapal terbang daripada Changi untuk  menghabiskan hujung minggu di Kuala  Lumpur.  Kalau mereka datang, memang mereka kerap membeli belah di kedai-kedai  di lapangan  terbang itu.

Jurucakap MAB  berkeyakinan bahawa  peristiwa serangan ganas di  Pusat Dagang Dunia dan Pentagon tidak  memberi kesan kepada KLIA,  seperti  yang  menjejaskan  lapangan terbang  lain. Kenapa?  Kerana tumpuan  penerbangan   utama ialah  laluan Asian, Eropah dan Amerika  sahaja. Kerana itu mereka yang  terbang ke Kuala Lumpur menumpukan pembelian  mereka di  kedai lapangan terbang itu dan tidak pun takut  untuk terbang  seperti mereka yang mempunyai destinasinya  di Singapura.

Keangkuhan adalah cara  para birokrat berdalih. Dia  akan mengelirukan anda dengan kelentongan. Tentu kita masih ingat bagaimana MAB  cuba memutar minda  mengenai KLIA yang dikatakannya tidak kosong berasaskan profile lalu lintas dan bukannya jumlah penumpang yang turun naik. Jurucakap MAB tidak faham kenapa para peniaga merungut. Mereka  terpaut kepada statistik di mana pembelian per penumpang sudah naik pada RM24.75 pada bulan Oktober berbanding RM21 pada bulan April. Bagaimana mereka mencongak  angka ini? Jumlah jualan kasar dibagi dengan  jumlah  penumpang; tanpa  mengambil kira  inflasi, kalau bukan di Malaysia  tentu  di negara lain yang membekalkan barangan yang dijual. Tetapi, itu sajalah. Memang tidak ada lagi bukti yang lebih  baik dari  ini. Kalau setiap penumpang yang naik dan turun  berbelanja  sebanyak itu di kedai lapangan terbang itu, ramai peniaga yang mampu menggunakan BMW 740 lengkap dengan supirnya. Apabila mereka tidak mampu  berbuat demikian menunjukkan MAB  hanya pintar beromong kosong.

MGG  Pillai
pillai@mgg.pv.my

Hits: