Amerika Anggap Arafat sebagai  bahan Sejarah
(New U.S. view: Arafat is history)

11/12/01.

Ingatan  Penterjemah:  Kita terjemahkan artikel ini kerana ada unsur sejarahnya. Tetapi ini adalah contoh propaganda  hebat kerajaan Yahudi  untuk  mengaibkan dunia Islam-  penterjemah.


WASHINGTON -  Serangan bom pejuang  rela mati  di Israel menjadi satu katalis apabila Pentadbiran Bush membuat penilaian  cara menangani  masalah perdamaian di Timur Tengah.

Sumber diplomatik di  sini berkata Presiden Bush berpendapat bahawa  Pengerusi  PA (Palestinian Authority) Yassir Arafat, sudah   tidak ada kredibiliti sebagai rakan perundingan. Pendapat ini dikongsi bersama  oleh Setiausaha  Negara Collin Powel dan  Penasihat Keselamatan Negara, Condoleezza Rice dan  kepimpinan kongres.

Tekanan AS terhadap Arafat telah dikongsi   oleh negara European Union.

Sumber itu menyebut Bush dan Rice  menganggap  Araft yang berusia 72 tahun sebagai  sudah melepasi  kewibawaanya. (Hik. hik. hik...bagaimana sahabat Arafat di Malaysia  yang berusia 77 tahun, sedangkan dia mempunyai pakar dan penasihat  daripada pertubuhan Yahudi  antarabangsa???).  Mereka berkata Ms. Rice telah mendesak agar Amerika Syarikat berusaha   berunding dengan pemimpin Palestin yang berkemungkinan   menggantikan pengerusi PA  itu.

Kaedah terbaru AS ini  telah dipersetujui  oleh  Setiausaha Negara Amerika Collin Powell. “Rakyat Palestin seharusnya menanyakan pemimpin mereka; “Kemana  kita akhirnya?’ tanya Powell.  “Dan jawapannya  ialah tidak kemana-mana.”

Pendirian terbaru Pentadbiran  itu terhadap Arafat  telah diendos oleh  para penyokong  Israel di Kongres, demikian yang dilapurkan oleh  Middle East Newsline.   Minggu lalu, Dewan Raykat telah meluluskan satu   resolusi    yang menuntut  PA menghentikan  keganasan.(hik.hik.hik. Haprak punya kerja, macam mana  Dewan Rakyat  negara lain boleh meluluskan resolusi ini sedangkan beratus resolusi PBB yang meminta  Israel mengosongkan tanah kepunyaan Palestin selama ini tidak pun mereka patuhi? –penterjemah)

Satu resolusi  Dewan Senat telah  meminta Bush  “menggantung sebarang bentuk hubungan dengan Arafat  dan Palestinian Authority” seandainya  mereka “gagal menghapuskan  infrastruktur kumpulan  ganas Palestin (dan)mencari  dan  menangkap pengganas yang telah diminta oleh Israel  untuk  dipenjarakan.”

“Dunia  mengharapkan  - malahan dunia  menuntut – agar Arafat  bertegas dengan pertubuhan  yang  menaja dan menyokong pengganas ini.” Demikian pendapat Ketua Majoriti parti Demokrat di Senat,Tom Daschle.  “Tanpa tindakan tegas, Israel tidak ada banyak pilihan  selain meneruskan kkegiatan mempertahankan diri.

Sumber diplomatik berkata EU sudah pun memberi amaran tidak lagi  menyalurkan dana  bantuan kepada PA kecuali  serangan  terhadap Israel dihentikan. Pada hari Selasa, ketua kesalamatan EU  Javier Solana  dijadualkan bertemu  Arafat di Ramallah.

Pentadbiran Bush telah memberi ruang yang bessar kepada Israel  ekoran serangan bom yang bertubi kali menghenyak  Israel  sejak awal Disember. Sumber itu berkata  bahawa Bush tidak  memberi keizinan yang khusus kepada kempen ketenteraan Israel memerangi PA ketika beliau bertemu Sharon   pada Disember 2.

Sebaliknya  sumber itu berkata, Bush memberi penjelasan bahawa Arafat tidak dianggapnya sebagai mempunyai  kredibiliti  untuk merundingkan sebarang proses perundingan  Israel-Palestin. Sumber itu menyebut  bahawa  Bush  mengakui  perlunya Israel menentukan  pertahanan sendiri.

“Saya fikir  persiden  sudah memberikan penjelasan mengenai pendiriannya tentang kesulitan Israel dan  harapan rakyat Amerika dalam perkara ini, terutama sekali selepas episod September 11, dan Arafat seharusnya faham apakah dia menyebelahi kita ataupun tidak,”kata Malcolm Hoenlein, ‘Executive vice chairman  of the Conference of  President of major American Jewish  Organisation ‘ yang elah menemui Bush pada hari Isnin.  “Arafat perlu  menunaikan permintaan  kita ataupun dia tidka lagi boleh dianggap seorang pemimpin  yang memapu berunding untuk mencapai kedamaian.”

Catatan Penterjemah:  ‘Conference of President of Major Jewish Organisation’  adalah pertubuhan yang  bertanggungjawab siapa yang menjadi wakil rakyat dan di mana, dan juga agenda penyiaran TV  dan  media  di Amerika, serta jajahan takluknya......termasuk negara bersekutu yang menggunakan pertubuhan Yahudi sebagai penasihat mereka. Hik.hik.hik.. aapa macam orang Melayu......?

tamat

Hits: