Tersungkurnya UMNO - Kesan  Politik Rasis Mahathir
(Decline  and Fall of UMNO – Mahathir Racists Politics)

UMNO sudah pun dihenyak satu hayunan malapetaka yang mencetuskan bencana  yang  sungguh dahsyat   Inilah kesan besar mainan politik Mahathir  yang menhenyak  mereka  yang dicengkam kebengisan   seorang pemimpin  yang zalim. Mainan itu adalah satu pukulan taufan yang mengiringi gempa bumi yang membuatkan sebuah parti Melayu yang begitu unggul satu ketika dulu boleh tersungkur  disebabkan  dosa besar  pemimpin utama parti itu terhadap Anwar Ibrahim – seorang wirawan yang paling unggul dalam sejarah Malaysia  modern. Bencana yang menimpa  telah berlaku secara bertahap tanpa hentinya sehinggakan terserlah kehancurannya, dengan penuh keaiban, dan memecahbelahkan sehingga lumpuh sebuah parti politik  yang satu ketika dulu merupakan perisai martabat bangsa Melayu. Hari ini, parti politik yang khusus ini telah  dimusnahkan oleh Mahathir, secara  melakukan dosa besar ‘khazak’  dengan menggunakan saksi palsu; membuatkan  ahli  dan penyokong parti  beramai-ramai, sehinggakan berjuta jumlahnya, meninggalkan parti itu.

Mahathir  Musnahkan  UMNO

Hari  ini sebagai sebuah parti politik, UMNO sudah nazak. Ini tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana tanpa menyalahgunakan kuasa polis dan jentera kerajaan UMNO memang betul-betul mati.Untuk terus mengekalkan cengkaman kuasa  pemimpin UMNO  telah memperlekehkan  setiap nilai ajaran Islam, dan menyalahgunakan setiap cebisan kuasa ekskutif yang  ada padanya  untuk:

..   Melaksankan penipuan  ketika pilihanraya  dengan menggunakan budaya takut-menakut.
..    Menipu dan  mengancam rakyat  dengan  propaganda  yang penuh  kepalsuan
..  Menzalimi pihak pembangkang dengan menyalahgunakan badan kehakiman negara
..      Menangkap  pihak pembangkang dengan menggunakan undang-undang  zalim seperti ISA
..      Memperkayakan masyarakat korporat UMNO dan para kroni politik UMNO melalui korupsi.

Dengan cara putarbelit dan persekngkolan,  Mahathir telah berjaya  mencengkam kuasa  walaupun  kebanyakan rakyat Malaysia membenci beliau  kerana dosa dan jenayah penzalimannya. Tanpa banyak berusaha, beliau menggunakan puluhan BILION ringgit merencana agar rakyat terus  mempercayainya.  Kegagalannya itu adalah laksana  menabur garam di luka UMNO yang terbuka.  UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang liar, bergelumang dengan  korupsi  di pihak atasannya (elit),  yang terus menular ke seluruh  anggota parti itu disebabkan segala dosa yang dilakukan oleh  pemimpin mereka yang zalim.

UMNO semakin  menghilang

Sebagai sebuah parti yang korup, dibenci dan tidak disenangi oleh rakyat,  falsafah  kesinambungan  bangsa Melayu yang berfahaman ultra, dan  sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang angkuh, UMNO sudah tidak berbisa lagi dan memang tidak relevan lagi. Kini ia dilihat sebagai sebuah parti   milik golongan kaya untuk menindas golongan miskin melalui kuasa  dan  wang ringgit. UMNO sudah kehilangan nilai perjuangan politik  yang tulen dan hakiki, yang mempunyai agenda  memenuhi  harapan rakyat,  dan berjuang  dalam dunia politik berlandaskan ajaran Qur'an.  Dengan munculnya   parti politik yang baru, terutama sekali KEADILAN,  yang bersalutkan imej multi-etnik  yang menarik,  membuatkan UMNO semakin pantas mengajar lorong sejarah.  UMNO sudah kehilangan semangat  untjk mencorakkan satu wawasan  yang meyakinkan betapa  masa depan negara dapat ditunjangnya kearah  keadilan dan keinsanan. Rakyat mahukan  idea baru yang datang dari pemimpin baru yang  bersih dan sudah muak dengan kerenah Mahathir  yang memutarkan  politik laksana mainan untuk  menjamin keselamatannya sehinggakan UMNO menjadi satu saluran politik yang rasis  yang sudah tidak mampu menarik minat  Melayu yang serba tahu.  UMNO  memang  sedang nazak, dipacu oleh  segala dosa Mahathir. Sudah tidak ada  harapan lagi dan masa depannya  sudah tidak perlu  dicongak lagi. UMNO akan pupus laksana  Golkar di  Indonesia, Kuomintang di Taiwan, Kongres di India, LDP di Jepun – semua ini merupakan parti politik yang tidak boleh  dicabar, tetapi kini menjadi  bahan antik  sejarah politik. UMNO sudah lama berada  di jalan yang sama untuk menjadi  bahan sejarah juga. Kerana ia sudah terlalu lama bergelumang dengan rasuah sehingga tidak berupaya  melepaskan belenggu itu  yang berkarat dengan segala bentuk rasuah dan dosanya.

Melayu Punya Hanya Satu  Pilihan

UMNO sudah menjadi  terlampau kotor untuk dibersihkan. ‘Anwar Saga’ adalah buktinya.  Usaha ANWAR untuk membasmi korupsi dalam UMNO, berakhir dengan dia  yang terhumban. UMNO memang tidak boleh diselamatkan. Hanya ada satu jalan sahaja, iaitu  untuk menghumbankan UMNO, seperti  menghumban virus  yang  menyiksa badan. Semua  usaha Mahathir untuk menarik balik pengikut UMNO  adalah kerja membazir. Perhatikan apa yang telah dilakukan oleh menteri besar Selangor. Dalam satu tempoh yang singkat dia telah mengamalkan  korupsi, jadi di manakah   harapan kerana  yang masih ada pada UMNO  hanya pembohongan  dan salah guna  kuasa. Parti politik semacam ini akan menjadi satu ancaman kepada  masa depan orang  Melayu kerana ia akan mengheret orang Melayu semula ke kancah feudalism  dan kesengsaraan.

Anwar  telah membuka KEADILAN untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia. Marilah kita  bina budaya baru  untuk berpolitik, menggantikan  UMNO yang membangkai. Melayu  dalam KEADILAN  akan dihormati   oleh semua  kaum dan  semua  rakyat Malaysia  akan menikmati saham yang sama dalam kekayaan   negara.   Sampai masanya kita mengucapkan selamat tinggal kepada Mahathir dan kembarnya UMNO, yang merupakan momok kembar dalam masyarakat  Malaysia.

Spirit of Truth  12.12.01.

Hits: