PENCEROBOH SERANG PARLIMEN INDIA

New Delhi:  (CNN) -   satu pertempuran bersenjata  telah meledak di  parlimen India  di New Delhi  selepas lima  penceroboh  yang bersenjata menyerbu masuk  bangunan itu pada tengah hari Khamis.

Dua orang  penceroboh bersenjata  telah dibunuh, demikian laporan pejabat perdana menteri  yang di petik oleh CNN, sedangkan dua orang lagi dapat  ditangkap.

Seorang lagi penceroboh dikatakan masih berleluasa.

Sekurang-kurangnya  tiga ratus askar India  telah tiba di luar pintu masuk parlimen  di mana dua ledakan dan tembakan  senapang automatik kedengaran.

Parlimen sudah pun ditangguhkan ketika serangan dilancarkan dan sekitar 100  ahli dewan itu masih berada  di situ.;

Perdana Menteri India, Atal Behari Vajpayee  dikatakan selamat bersama ahli kabinet beliau.  Vajapayee berada dalam bangunan itu ketika serangan dilakukan.

Seorang  MP telah memberitahu parlimen bahawa sebarang serangan  terhadap parlimen adalah "satu serangan terhadap kedaulatan  negara ini."

Kebanyakan bunyi ledakan didengar di luar pintu nombor 12 dewan itu. Beberapa orang saksi memberitahu   telah melihat ramai orang yang terkena tembakan dan  TV tempatan telah  menyangakan  rakaman bagaimana mereka yang cedera  dibawa keluar  oleh ambulans

Doktor di  bilik kecemasan Ram Manohar Lohia Hospital di New Delhi  berkata  20 pegawai keselamatan  telah  dibawa  masuk dan enam orang sudah pun mati  sementara 14 menanggung  kecederaan berat.

Polis telah mengepung  sekitar dua batu  radius  di keliling parlimen, sambil memberi laluan hanya kepada  kenderaan polis dan kecemasan  sahaja.

tamat

Hits: