Osama Laden: Di mana agaknya?

Osama bin Laden dan Mohammad Omar mempunyai ramai sahabat untuk memberikan perlindungan. Apatah lagi mereka sudah menikmati status orang yang dikagumi oleh dunia Islam, walaupun kehadiran mereka itu berkemungkinan mencetuskan pengaiban besar kepada pemimpin politik. Ini sebab yang utama kenapa mereka dijangka tidak akan lari jauh daripada sarang mereka sejak sepuluh tahun yang lalu.

Dengan itu, pelbagai kisah mengenai kemungkinan Osama bin Laden dan Mohammad Omar pergi ke Sudan di mana Osama telah menetap untuk beberapa tahun pada awal1990-an, adalah berita spekulasi kerana kerajaan Sudah telah bertindak cepat memihak kepada Amerika. Negara lain yang disebut dalam dongeng akhbar (seperti berita perdana di Malaysia ) adalah Somalia, Yemen, Chechnya Filipina dan Indonesia (Aceh).

Semua ini tidak memberikan keselesaan kepada mereka. Keadaan bumi Somalia memberikan risiko tinggi kepada sesiapa yang mencari tempat persembunyian dan mudah diserang. Indonesia dan Filipina berada terlalu jauh untuk pelarian daripada Afghanistan di waktu ini. Kerajaan Yaman sedang ghairah memancing hubungan persahabatan Amerika. Bersembunyi di Chechnya dengan bantuan pejuang di sana yang pernah dibiayai oleh Osama Laden tentu mempunyai risiko dihambat oleh askar Russia.

Yang lebih selesa ialah di kawasan yang dekat rumah, dan besar kemungkinannya, tempat yang paling selamat ialah bersembunyi di kawasan yang dikuasai oleh kaum Pashtun di utara Pakistan ataupun Pakistan Kashmir, yang pernah dibiayai oleh Osama bin Laden. Walaupun kerajaan Pakistan bersekongkolan dengan Amerika, di dua kawasan ini kuasa pentadbiran adalah terletak kepada pemimpin kaum yang memang mempunyai fahaman Islam yang seiras pegangan Osama bin Laden. Kedua kawasan ini mempunyai pergunungan yang dikira sesuai untuk bersembunyi dan memang tidak mesra kepada orang luar.

Tamat.

Hits: