Serangan Besar: Israel Ceroboh  RAmallah, Mengebom Nablus dan Gaza

oleh Mark  James - Palestine Chornicle (13/12/01)

Bandar GAZA (Palestine):  Serangan terbaru yang mengena askar Israel dan penduduk penempatan  Nablus  dijadikan satu pasport  untuk Israel menyerang secara besar-besaran  Gaza dan Tebing barat.  Penduduk Palestin di situ berkata Israel berkemungkinan  melancarkan satu rancangan penaklukan  jangka panjang.  Walaupun Israel tidak  menjelaskan rencana mereka  peristiwa  yang sungguh dramatik itu  menunjukkan satu  pelancaran besar Israel sudah pun bermula.


Laporan yang  tiba daripada Ramallah  di Tebing Barat  menunjukkan  betapa Israel sedang merancang untuk menakluk bandar itu. Yang mencemaskan  askar Israel sudah pun  tiba dan menduduki  ibupejabat presiden Yassir Arafat dan  telah menguasai  stesyen radio 'Voice of Palestin'.

Serangan hebat askar Israel ini  dilancarkan hanya beberapa jam selepas pejuang Palestin  menyerang  sebuah bas  yang membawa penduduk  Israel berdekatan  penempatan Yahudi yang dibina secara haram di atas tanah  orang Palestin yang mereka rampas. Serangan itu  mengorbankan 10 orang  dan mencederakan 30.

Kerana takutkan serang balas Israel, Arafat telah mengutuk serangan orang beliau dan  mengarahkan  agar  ditutup  semua institusi yang ada  kaitan dengan  hamas dan Islamic Jihad.  Amerika Syarikat berpendapat  tindakan Arafat itu  adalah  positif tetapi tidak  mencukupi.

Sumber Israel berkata  bahawa Arafat  kini dihalang daripada keluar dari  bandar Ramallah, dan  tentera Israel  sedang  melancarkan operasi mereka di bandar itu, tetapi mereka tidak sebutkan pa jenis operasi mereka itu.

Kereta kebal  Israel berada  hanya 150 kaki jauhnya daripada ibupejabat Arafat.

Pencerobohan itu dimulakan dengan   serangan bertalu-talu oleh helikopter Apache  daripada Angkatan 17.

Tujuh orang Palestine dikatakan mendapat  luka ketika  diserang dan seorang wanita  telah terbunuh.

Bandar Palestin yang lain di Tebing Barat tidak pula  dibom dengan hebatnya, termasuklah Nablus.

Keadaan di Gaza semakin  teruk; F-16 kepunyaan Israel telah mengebom  kawasan Gaza untuk beberapa jam dan memusnahkan  bangunan serta  rumah kediaman. Semua ini adalah ekoran tindakan Israel menamatkan perhubungan dan komunikasi  dengan Arafat  sambil berkata dia  sendiri bertanggungjawab terhadap kematian  rakyat Israel.

Seorang pegawai Palestin, Yasser  Abed Rabbo, telah meminta  Amerika Syarikat  untuk campur tangan menghentikan   keganasan Israel, dengan berkata  Israel telah membunuh  lebih 13 rakyat Palestin sejak  48 jam yang lalu, tanpa sebarang bantahan daripada Amerika Syarikat.

tamat

Hits: