Bush Tidak Boleh Berdalih Dengan Kegilaan Sharon

(Bush Cannot Make Excuses  For Sharon’s Suicidal War)

 

oleh:  Michele Steinberg -  Executive Intelligence Review

http://www.larouchepub.com

 

 

Lyndon H. LaRouche, Jr. bakal calon  presiden parti Demokrat untuk 2004, telah memberi  amaran bahawa Pentadbiran Bush  seharusnya tidak  berdalih di atas gelagat  Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang berbuat kerja gila-gila menyerang Palestin  pada Disember 2-8. “Sharon dan IDF (Israel Defence Force – Pasukan Pertahanan Israel) memang taksub mahu membunuh Arafat dan menghancurkan Palestinian Authority. Kami tidak akan  membiarkan perkara ini,” kata La Rouche.

 

Pad 7 Disember,  LaRouche  menambah lagi dengan berkata bahawa kerajaan Israel yang ada  dan sokongan  terhadap merka di luar negara boleh dianggap  sebagai kerajaan gila.  Satu ketika dulu Perdana Menteri Yitzhak Rabin (mendiang)  telah memberi  amaran  bahawa seandainya tidak dilakukan perubahan dalam dasar Israel,  negara itu akan  hancur. Tetapi, dasar  negara itu tetap sama dan merupakan penyebab yang mencetuskan pembunuhan Rabin.  LaRouche  bertegas bahawa sebuah kerajaan yang meneruskan dasar  gila-babi tidak boleh dianggap tidak sewel. Seandainya Israel  meneruskan dasar yang ada, satu hari nanti ia akan mencetuskan kemusnahan Israel, dan hina sebagai sebuah negara yang dipimpin secara regim Hitler.

 

LaRouch mendesak Pentadbiran Bush memberitahu Sharon: Hentikan  dasar ala-nazi terhadap Palestin, ataupun Amerika Syarikat akan menggunakan  kekuatannya untuk  menghancurkan anda;  amaran yang tegas seperti itu akan menghentikan kegilaan Sharon.

 

Membunuh Perunding Palestin

 

Kira-kira jam 3.30 pagi pada 7 Disember sambil memperlekehkan rayuan Pope Johan Paul II dan  pemimpin dunia yang lain, Perdana Menteri Sharon telah memacu serangannya  terhadap Plastinian Authority, mengarahkan F-16 mengebom balai polis dan akademi  polis PNA (Palestinian National Authority) di Tebing Gaza. Pada waktu yang sama dengan   kegilaan ala-Hitler, Sharon telah menjerit mahukan polis Palestin melaksanakan  tugas menangkap   mereka yang  mencetuskan keganasan, sedangkan dia mengbom ibupejabat dan balai polis dan juga  beberapa penjara.

 

Serang baru itu  bersamaan dengan  hari ulang tahun Pearl harbour, beberapa jam setelah kerajaan Sharon memberitahu duta AS  Gen. (B) Anthony Zinni  betapa pegawai keselamatan Israel  dijadualkan bertemu pegawai  setugas dalam perkhidmatan Palestin  untuk membincangkan cara menamatkan  keganasan. Kelentongan ini memang biasa dilakukan oleh Sharon, seperti yang pernah dilakukannya  di  Lubnan ketika menjadi  menteri pertahanan pada 1982.  Perdana Meneri Israel itu  bukan sahaja merencanakan agenda perang; dia sebenarnya mempunyai muslihat yang lama terpendam untuk membunuh Presiden PNA  Presiden Yassir Arafat. Itulah yang dirancangnya selama 20 tahun.

 

LaRouche menekankan bahawa Pentadbiran Bush dan  pemimpin lain di Amerika  Syarikat mesti mempunyai keberanian untuk berkata yang benar,  walaupun pilihan raya tempoh pertengahan AS bermula  November depan dan  sudah ada  tekanan hebat daripada pelobi Zionis yang berhaluan kanan  untuk  menghambat mereka.

 

Tindakan Sharon  itu, mengikut LaRouche adalah semacam mengulang kembali keadaan Perang-Tiga Puluh-Tahun,  Pentadbiran Bush seharusnya tidak memohon maaf bagi pihak Sharon dan jentera algojonya, IDF. Israel sedang mengebom penduduk  tanah yang mereka  takluki dan  merencana  kempen membunuh secara bersistem dan secara merusuh.  Kerja jijik ini melanggar setiap resolusi antarabangsa  yang diluluskan oleh PBB terhadap Israel.

 

Rakyat Israel dan  segala institusinya harus diberitahu,  kata LaRouche, bahawa “semua orang gila ini,” yakni Sharon dan pemimpin Parti Likud,  bekas perdana menteri Benjamin Netanyahu, sedang memimpin mereka dan Israel ke jalan kehancuran. LaRouche membandingkan  situasi ini dengan Count Wallenstein  ditengah-tengah Perang Tiga Puluh Tahun dulu (1618-48), seperti yang kisahkan oleh penyajak agung Freidrich Schiller dalam satu pementasan yang menggunakan tajuk yang sama.  Wallenstein, adalah panglima perang Imeprian (Katholik) yang telah dibunuh kerana usahanya  mencapai kedamaian dengan puak Protestant tanpa  keizinan terlebih dulu  daripada puaknya.  Iulah yang memanjangkan peperangan itu  selama dua dekad lagi dengan  banyak kehancuran menyeluruhi  sebahagian besar Eropah.

 

LaRouche telah merujuk kepada kepentingan  perjanjian yang menamatkan perang itu. “Dasar ‘Peace of Westphalla” (Perjanjian Westphalla) seharusnya  diguna-pakai sekarang,” kata LaRouche.  “Itu sahaja  dasar  yang dapat menyelamatkan keadaan sekarang.”

 

Terbongkarnya  Rahsia ‘Persekongkalan Sharon Dengan Hamas’

 

Di dalam  Israel sendiri, bukti  wujudnya  penentangan terhadap tindakan Sharon  semakin menyerlah di media masa. Malahan,  ada yang mendedahkan betapa Sharon mempunyai  satu pakatan rahsia dengan Hamas,  dan kisah  sau persidangan  kabinet  yang dilangsungkan sekembalinya Sharon daripada Amerika Syarikat. Semasa di sana dia telah berbincang  dengan Presiden Bush, Setiausaha Negara Collin Powell dan Penasihat Keselamatan Negara, Condoleeza Rice.  Dalam sesi kabinet itu ahli sekongkolan  Sharon telah menghentak meja dan memberi ingatan kepada Meneri Luar, Shimon Peres  bahawa mereka bercadang  menumpaskan  kumpulan Hamas yang mendakwa melakukan tindakan ganas  kerana mahu berkuasa menggantikan Arafat. Pada ketika itu, dengan diketuai oleh Peres,  wakil Parti Labour  telah keluar  dari persidangan itu,  dan sekarang sedang mendebatkan apakah mereka perlu menjatuhkan  kerajaan Sharon.

 

Persekongkolan  jijik dengan Hamas telah didedahkan secara terperinci pada Disember 4, oleh satuartikel di Ha’retz oleh   pengulas kanan Akiva Eldar. Beliau menceritakan bagaimana pada permulaan mesyuarat Kabinet itu, Menteri Silvan Shalom telah   mengecam  Peres  kerana menganjurkan satu “perundingan” dengan Arafat. Sahalom membebek,”Antara hamas dan Arafat, saya lebih menyenagi Hamas,” sambil menambah bahawa Arafat ialah seorang “pengganas  berpakaian ala diplomat, sedangkan Hamas boleh diserang tanpa kasihan....tanpa ada sebarang  protes di peringkat antarabangsa.” Akhbar The London Times yang milikki oleh Rupert Murdoch, salah seorang penyokong terkuat Sharon, telah membuat lapuran  betapa Kabinet Sharon mahukan Hamas menggantikan Arafat.

 

Mereka yang biasa dengan  kaedah pergerakan pasukan pembunuh Israel yang berkonsepkan “Terror Against Terror” (Keganasan memerangi Keganasan) yang telah bergerak selama 30 tahun itu  telah menolak-tepi  penjelasan  standard  yang berbunyi ‘serangbalas  preventif’ sebagai mereka yang mempunyai lidah bercabang:  Setiap pembunuhan secara assasin adalah tindakan yang berhati-hati  untuk merangsang serangbalas  Hamas ataupun pengganas lain, yang seterusnya akan  memberi kemudahan untuk tindakan para  panglima pasukan IDF.

 

Membuli Rumah  Putih

 

Sepatutnya tidak siapa hasrus  terkejut dengan beberapa peristiwa  di Timur Tengah seandainya mereka telah mengikuti amaran LaRouche bahawa rantau itu sengaja digunakan untjuk memercikkan ledakan satu  peperangan agama sejagat, oleh pasukan di Amerika Syarikat dan Britain   yang mahu memulakan apa yang disebut sebagai ‘pertembungan tamadun’. Serangan keatasa Pusat Dagang Dunia dan Pentagon  adalah bertujuan  memenuhi tujuan itu, dan  satu gerakan rampasan kuasa terhadap Presiden Bush.  Sebelum itu pada Julai 20, LaRouche telah memberi ingatan betapa  “Guns of August”   (Senjata Perang Ogos) sedang dipersiapkan,  dan satu  fraksi dalam kepimpinan IDF  yang lebih dahsyat perangainya  berbanding Sharon, berkemungkinan mahu membunuhnya, dan mentohmah Palestin atas perbuatan itu untuk memudahkan pelancaran satu peperangan di Timur Tengah.

 

Pada 21 Oktober, LaRouche menjelaskan bagaiman keganasan  palsu digunakan secara terperinci. “Siapakah yang untung daripada peristiwa  pembunuhan Menteri Pelancungan Rehavan Ze’evi?”  tanya LaRouche.  “Tidak lain dan tidak bukan  bahagian tertentu dalam pucuk kepimpinan tentera Isarael yang taksub  membuli pentadbiran Bush agar mengizinkan, ataupun melancarakan satu serangan besar-besaran terhadap Siria dan Iraq.”

 

Itulah sebabnya Sharon “membuli  pentadbiran Bush”  sambil menggunakan hubungan   baiknya di Kongres melalui ‘The Billionaires Club’ yang dianggoai oleh  penderma Yahudi  yang menggelar diri mereka sebagai “MEGA”.

 

Sharon mendakwa dia menerima  isyarat “lampu hijau” daripada Bush  mendera Arafat dan Palestanian Authority, apa yang disebut sebagai ‘The Taliban  Treatment.” (mendera cara  yang diberikan  kepada Taliban).  Tetapi, banyak sumber Israel yang mengatakan  bahawa perkara ini adalah  satu  pembohongan. Pada 5 Disember,  koresponden  Ha’retz, Zev Schiff telah menulis, dalam pertemuan mereka itu, Bush telah menyebut beberapa  syarat yang berbentuk  “garisan merah”bukannya  “isyarat lampu hijau”  kepada Sharon,  dengan memberi amaran kepadanya agar tidak mengapa-apakan Arafat, ataupun menggulingkan PA, yang merupakan insitutsi  politik yang diiktiraf oleh  AS dalam perundingan damai.  Sharon sedang  mengenepikan amaran Bush kerana lebih yakin dengan keangkuhan politik Mega. 

 

Untuk memperkasakan wawasan  Sharon/Mega, satu resolusi  oleh Henry Hyde (Republikan-Ill.) dan Tom Lantos (Demokrat-Calif), yang merupkan dua orang penyokong kuat  Sharon, telah  mengemukakan kepada Dewan Kongres satu pengundian suara    yang berakhir dengan keputusan 384-11, mendesak  Bush  menghancurkan Arafat  atas nama “peperangan  membasmi keganasan.” Pada waktu yang sama  sepuluh ahli Kongres, termasuk Senator John McCain (R-Ariz), Joe Lieberman (D-Conn), Jesse Helms (R-N.C) dan Trent Lott (R-Miss) telah mengutus  surat kepada Bush, mendesak agar Iraq dijadikan sasaran dalam “peperangan membasmi keganasan.”

 

 

Walaupun wujud suara  majoriti  yang besar, masih ada  puak penentang yang telus pendiriannya, dan ini melambangkan satu  amaran  seperti yang  disebut oleh Rep. John Dingell (D-Mich) betapa  resolusi itu  adalah satu dasar yang akan membabitkan Israel dan Amerika Syarikat bersekongkolan untuk  tersungkur dalam perang dunia.  

 

TAMAT.

 

http//www.larouchepub.com

 

Hits: