Rancangan Yahudi  Bunuh  Ahli Kongres dan Musnahkan  Masjid.....

(Jews’ Plan To Kill US Congressman, Blowup Mosque...)

oleh:  Linda Deutsch, AP Writer.  LATimes.com  12/12/01

 

 

Pengerusi Jewish  Defense League dan seorang  penyokongnya telah ditangkap   setelah muncul pendakwaan betapa mereka  merancang  untuk mengebom  sebuah masjid di Culver City dan pejabat Rep.. Darrel Issa, R-Calif. Demikian  kata penguatkuasa persekutuan.

 

Irv Rubin, 56, dan seorang ahli kumpulan  tentera, Earl Krugel, 59 keduanya daripada Los Angeles, telah ditangkap  lewat Selasa setelah komponen terakhir untk pembikinan bom – serbuk letup – dihantar ke rumah Krugel, kata  Hakim Negara S.Gordon.

 

Beberapa  perisian bom dan senjata tealah dirampas ketika dilakukan penggeledahan di rumah Krugel. Rubin dan Krugel dijangka dihadapkan ke mahkamah lewat hari ini.

 

Mereka telah dituduh kerana   bersekongkolan untuk menghancurkan sebuah bangunan dengan cara mengebomnya, dan ini akan membawa hukuman  penjara lima tahun, dan kerana memiliki alat peledak  yang ada kaitan  dengan keganasan  mereka boleh  dijatuhkan  hukuman mandatori 30 tahun.

 

 

Satu sumber kerajaan  menyebut  perihal beberapa pertemuan mengatur  rancangan mengbom Masjid King Fahd di Culver City dan pejabat Issa telah dibincangkan, kata Gordon.

 

Sasaran asal mereka ialah ‘The Muslim Public Affairs Council’ di Los Angeles.  Tetapi  sumber itu  memberitahu pihak yang berkuasa  wujudnya satu lagi pertemuan pada hujung minggu lalu  di mana mereka menukar sasaran  itu.

 

“Sebelum penangkapan kelmarin, sumber itu telah  menghantar belerang peledak (serbuk letup),  yang  merupakan  perisian  terakhir yang diperlukan untuk membikin bom, ke rumah Krugel.”

 

Mengikut Krugel, pasangan ini telah disebut  sebagai berkatan pada pertemuan mereka bahawa bangsa Arab “memerlukan satu  peringatan.”

 

Tajuddin Shuaib, seorang pengarah masjid  King Fahd. telah berkata dia  terkejut dengan  rencana itu, yang  dibuat di bulan Ramadan, bulan  yang paling suci dalam kalendar Islam. Sebelum itu tidak ada sebarang ugutan yang diterima oleh masjid itu.

 

“Saya tidak  faham kenapa orang  tergamak lakukan perkara seperti ini. Kami tidak pernah  bermusuh dengan Yahudi. Kami tidak bermusuh dengan sesiapa. Kami adalah semacam  gereja, sinagong dan kuil,” kata Shuaib.

 

Issa, cucu kepada seorang pendatang daripada Lubnan, menganggotai  “House Committee on International Relations” (Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa) dan menyokong perundingan damai Israel-Palestin. Pada bulan lalu,  dia telah berjumpa dengan presiden Lubnan  untuk membincangkan  kisah Hezbollah,  yang dianggap di Amerika Syarikat sebagai satu pertubuhan penganas. Issa mewakili Northern San Diego County  telah meminta kumpulan itu meninggalkan  kegiatan  keganasan.

 

Panggilan  telefon kepada Issa  di pejabatnya di San Clemente telah  disalurkan kepada Washington. Seorang  jurucakap tidak pun  membalas panggilan  itu.

 

Agensi  penguatkuasa perundangan telah menyelongkar kediaman Krugel  Selasa  lalu. Beberapa jam kemudiannya,  pintu  skrin di rumah  berbatu-bata berwarna  merah itu telah dipecah orang dan sebahagian pagar rumah telah  dirobohkan.  Satu ‘menora’  kaki lilin  Yahudi (satu candelabra yang mempunyai tujuh  tempat memasang lilin - penterjemah)  yang digunakan untuk upacara Hanukkah, jelas kelihatan melalui jendela dan  terdapat juga satu helai  kain bendera Amerika tertegak di atas  kotak peti-surat.

 

 

“Irv Rubin tidak ada  sangkut paut dengan bom,” kata  peguam Rubin, Peter Morris. “Nampaknya  kalau dikirakan masanya.... tindakan kerajaan itu adalah sebahagian  tindakan  melampau  yang ada kaitan dengan peristiwa Sept. 11.”

 

Matthew Mc Laughlin seorang  jurucakap Fbi di  Los Angeles, berkata: “Segala  persiapan  mungkin sudah sedia untuk melakukan kerja  ini semua.”  Kami tidak menangkap orang berasaskan  anggapan  sahaja. Kami  tangkap mereka berdasarkan tindakan fisikal yang mereka lakukan.

 

Isteri Rubin, Shelley telah memberitahu melalui telefon bahawa suaminya dan Krugel tidak bersalah. “Mereka adalah orang yang baik-baik dan patuh kepada  undang-undang,” katanya.

 

Maher Hathout, seorang  penasihan kanan kepada cawangan Los Angels kepad MPAC itu.  Berkata dia  mendengar mereka mempunyai satu  target  yang tentatif. Dia berkata  penangkapan  itu adalah satu  isyarat yang  mengalakkan masyarkat Islam.

 

“Kita mudah mempunyai sikap  bahawa  mereka (kerajaan persekutuan) mahu menangkap kita,” katanya. “Tetapi nampaknya mereka memang menangkap sesiapa yang  melanggar undang-undang.’

 

Pertubuhan JDl  membantah apa yang  mereka anggap sebagai ancaman kepada masyarakat Yahudi, samada daripada Arab,  Kristian Evangelis ataupun yahudi  yang pro-kedamaian.

 

Pada asalnya pertubuhan itu  ditubuhkan oleh Meir Kahane  untuk mempertahankan tindakan anti-Semetik di New York, tetapi  ia menjadi  terkenal apabila  ahli  pertubuhan itu terlibat dengan pengeboman, kebanyakkannya ditujukan kepada sasaran Russia sebagai membalas dendam cara Russia mendera  penduduk  Yahudi.

 

Apabila Kahane keluar daripada JDL, berlaku perlumbaan mahukan kuasa  apabila Rubin cuba menawannya.

 

Kahane telah dibunuh  pada 1990 di New York. El Sayyid Nosair, 36, seorang  warga Mesir telah  ditangkap dan didakwa terlibat dengan  tembakan itu.

 

Rubin berjaya  mengatasi konfrontasi itu, sambil mencabar  orang berkulit putih  yang berlagak  untuk bertumbuk dengannya. Beliau pernah membakar bendera confederatea  di luar  mahkamah Reno, dan telah didakwa  pada 1980  kerana mengsyorkan pembunuhan Nazis di Amerika Syarikat (tetapi dia dibebaskan). Mengikut perkiraannya, dia telah ditangkap lebih 40 kali.

 

Tamat.

 

 Hits: