UEM/RENONG: KRONISME  YANG  BERSAMBUNG

 

 

Segelintir pelabur akan merasa terhibur dengan pengumuman penyusunan semula Kumpulan UEM/Renong dan menganggapnya satu   peristiwa yang akan membawa perubahan kepada keadaan dunia korporat Malaysia yang begiut lama dihantui penyakit kronisme  dan pengursan haprak.

 

 

Namun, sebelum sesiapa terbawa-bawa dengan kehangatan  uforia  ini, dia seharusnya  memahami dulu kisah  yang sebenarnya. Dalam pengumuman yang sama dengan penyusunan ini, ada satu berita bahawa  ‘put option’ bernilai RM3.2 billion  yang dulunya ditempah oleh Halim Saad sudahpun dimansuhkan oleh UEM satu bulan yang lalu. Dengan ini Halim kini bebas daripada tanggungan (hutang)  RM3.2 billion kepada UEM, bererti UEM  menganggapnya sebagai hutang lapuk  (tidak terlunas) bernilai RM2.4billion.  Sakali lagi, Kerajaan  telah memberikan  Halim menikmati  ‘bailout’  yang besar nilainya. Kerana   sikap Kerajaan  itu UEM menaanggung kerugian yang bukan kepalang besar  yang jumlahnya besamaan dengan dua pertiga  harga  pasaran UEM masakini.

 

 

Oleh kerana  UEM sudah menjadi milik Kerajaan sepenuhnya, kerugian ini sekaligus menjadi kerugian setiap rakyat  negara ini. Apabila dicongak ini membawa erti bahawa setiap  keluarga di  Negara ini telah dirompak duitnya  bernilai RM500, semata-mata kerana Kerajaan  bertindak memberikan belas kasihan kepada soerang  anak-emasnya.

 

Tindakan  kerajaan ini merupakan   yang terbaru  dalam satu  perogram  panjang menyelamatkan  Halim dan  Kumpulan Renong,  sebelum ini ada satu  perancangan ‘bailout’  yang hampir sama  nilainya  apahila Halim  telah diberikan keampunan  terhadap satu  hutang  lapuk yang tertunggak bernilai RM3.0 billion setahun  yang   lalu. Jumlah itu  ada  kaitan dengan  pelaburan di Filipina  yang merudum.

 

Halim memang sudah lama diiktiraf sebagai proksi kepada  kepentingan kewangan pihak yang sedang berkuasa. Beliau dan Kumpulan Renung  sudah lama  menjadi lambang   elitis  kronisme  Malyasia  yang dinaungi pentadbiran Mahathir. Dia  merupakan pilihan pertama untuk melaksanakan  beberapa  projek kerajaan  yang  besar-besar,  yang selalunya merupakan anugerah tanpa tender. Tindakan mengecualikan Halim daripada  menunaikan janjinya terhadap ‘put option’ yang ditempahnya memang sudah lama dijangkakan  (malahan diiktiraf sebagai agenda utama kerajaan)  ketika kerajaan  mengumumkan  membeli balik UEM pada Julai dulu  dan menarik penyenaraiannya  daripada Pasaran Saham.

 

 

Ada satu unsur  yang harus disedari bahawasanya Kumpulan Renung masih merupakan  konglomerat  yang paling besar dan paling berpengaruh di negara  ini.  Halm dan  segala kemudahan  yang terselindung yang  ddibebaninya  masih merupakan  kumpulan pemegang saham yang paling besar, walaupun  Halim tidak lagi  memegang kemudi pengurusan utama dan kerajaan sudah dilihat bebas mengemudi syarikat itu melalui  pemebelian semula UEM yang  mempunyai saham yang menguasai  Renong Behad. Sepatutnya, apa juga keputusan kerajaan  bagi pihak UEM dan Kumpulan Renong, terutama sekali yang ada kaitan langsung dengan Halim dan para sekutunya, harus  dilihat sebagai  telus dan mematuhi saluran  undang-undang. Namun, dalam perkara  ini kerajaan sudah nyata gagal  ujian yang pertama. Kerajaan sudah  melepaskan Halim daripada tanggungan besarnya  bernilai RM3.2 billion  tanpa pengetahuan  masyarakat awam selama satu bulan  (Tempahan ‘put option’ Halim pupus  pada 16.11.01) Dari  mengampunkan Halim kenapakah UEM tidak  bertindak membekukan  segala aset kepunyaan Halim dan para nomini beliau beberapa bulan  dulu?  Kenapa kerajaan  sengaja melecehkan isu ini jawapan yang menepis  soalan itu? (Contohnya  ialah kerajaan tidak tahu   jumlah pegangan Halim yang sebenarnya dalam Renong).

 

Kerajaan telah menghamburkan berbilion  dana  awam  untuk membantu halim dan Kupulan Renong  untuk  memudahkan mereka,yang paling terkini ialah  membeli UEM dengan harga  RM3.8 bilion, pengampunan  kepada Halim  berkaitan tanggunganya  terhadap UEM bernilai RM3.2 bilion,  dan pengambil-alihan hutang  betapuk yang tertunggak  daripaa LRT  bernilai RM5.5 bilion. Kit abolhe menjangkakan dengan penuh kepastian betapa kerajaan akan  terus  menyauk wang rakyat  untuk  menyegarkan Kumpulan itu  seterusnya. Apatah lagi setelah kerjaan  mengambil alih pengurusan  dan terpaksa  berdepan dengan  hutang menggunung   yang  menunggu  bernilai RM30 bilion  besarnya.

 

Di sebalik segala  htuang besar yang bernilai berbilion ringgit  itu Halim  sebagai proksi  segala musibat yang memgang kuasa sekarang  ini masih lagi merupakan si bedebah   utama yang menikmati segala kemewahan yang terpancar daripada usaha kerajaan  meramas  dana rakyat  yang memang tidak kelihatan  mana tepiannya.

 

Kerajaan sudah tidak ada jalan untuk  meyakinkan rakyat  bahwa usaha  menyusun semula  Renongadalah satu  usaha  untuk  membetulkan kepincangan silam  yang sememangnya disadur dengan segala unsur pilih-kasih, korupsi dan  pengurusan  haprak.  Kehampaan rakyat akan berterusan kecuali kerajaan  mendedahkan dengan jelas dan ikhlas berapa banyakkah saham  kerajaan  yang diproksikan kepada Halim selama  ini.

 

Yang nyata,  pertembungan kepentingan  mereka yang  sedang mencengkam kuasa politik  adalah begitu   dalam akar umbinya,  sehingga menyulitkan  Kerajaan   untuk berlepas tangan  daripada sebarang  cemaran korupsi, setiap kali  kerajaan menggunakan  dana  rakyat untuk menyelamatkan  sesiapa  sahaja dalam dunia konglomerat itu.

 

Tohmahan bahawa  kerajaan  tidak pernah ikhlas   mengusahakan  satu tindakan pemulihan yang tulen  boleh dilihat daripada gelagatnya  melakukan bailout  kepada projek LRT. Setelah  mengambil-alih  syarikat yang  gagal dan bertapuk hutangnya,  dengan suntikan  bernilai RM5.5 billion  sebagai mengambilalih hutang  tertunggak syartikat itu, kerajaan telah  bertindak menyerahkan kembali projek itu untuk diuruskan semula oleh  pemegang saham asal, yang  sejak mula dulu bertanggungjawab  mempunah-ranahkan  syarikat itu disebabkan  kehaprakan pengurusan  mereka.

 

Kerana itu  pembayar cukai negara ini telah ditipu dan dikelentong  lebih tiga kali.  Petama,  para perancang  dan pemegang saham  projek tersebut  telah menyauk  durian runtuh   daripada  kejra   pembikinan projek   dengan menggunakan  pinjaman bank (yang diperolehi melalui  bantuan kerajaan)  yang  dibayar  kembali oleh   kerjaan  bagi pihak mereka yang meminjam. Kemudian mereka menyauk  bonus  yang  mewah   dengan  cara menjual projek itu  kepada Kerajaan  (UEM sudahpun  membuat pengumuman  akan  menerima keuntungan  RM600 juta daripada  penjualan  itu).  Akhirnya  projek itu diserahkan semula  di atas dulang  perak  untuk mereka  menyamun lagi segala  keuntungan  masa  depan.Tidak syak lagi, rakyat negara ini akan terus disonglap untuk menentukan satu  pesta  membalun wang rakyat  oleh  para musibat ini di tahun yang mendatang,  apatahlagi kalau diambil kira kehaprakan  mereka  melaksanakan tugas pengurusan.

 

Setiap rencana  kerajaan  merancang  penyusunan  sesuatu struktur  yang kelihatan  cantik dan menarik seharusnya tidak dapat diterima dengan mudah. Usaha itu semestinya  disokong oleh  kepimpinan politik  yang tinggi martabatnya dan  yang  menghormati  segala prinsip  tatasusila pengurusan yang berhemah.  Malangnya   pucuk kepimpinan politik negara ini gagal  meyakinkan kita yang  mereka  memilikki  waima satu pun  ciri-ciri  perwatakan  ini.

 

Kim Quek.

Hits: