'Islam sebenar' Mahathir itu macam mana?

Dalam perutusan Hari Raya lepas, key point Mahathir ialah mengenai kelemahan umat Islam gara-gara tidak lagi mengamalkan 'islam yang sebenar'.

Satu persoalannya ialah...apa yang dimaksudkan oleh Mahathir 'islam yang sebenar'? Hal ini dikaitkan dengan dakwaan beliau bahawa umat Islam sekarang dihadapkan dengan berbagai 'tafsiran'. Persoalannya sekarang, apakah 'tafsiran' yang dipegang dan diamalkan sesuai dengan seleranya Mahathir sekarang yang 'paling benar' dibanding antara lain-lain 'tafsiran'?

Beliau sering menyalahkan 'pihak-pihak' yang kununnya sering mendakwa diri mereka 'lebih islam' dari yang lain. Persoalannya sekarang apakah Mahathir mahu mengatakan bahawa Islam itu semua sama? Jika ini maksudnya, yang nampak ialah Mahathir mahu mengatakan bahawa 'islam Kamal Atartuk' sama dengan 'islamnya Umar r.s (sekadar contoh)', syiah sama saja dengan sunni. Kalau inilah yang didakwa Mahathir, maknanya beliau dengan sungguh berani telah manyanggah sabda Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa 'umat islam ini akan terpecah menjadi 72 golongan dan hanya satu masuk syurga'. Dari hadis ini sendiri boleh kita fahamkan bahwa memang akan wujud satu golongan 'yang lebih islam' dari satu golongan yang lain.

Namun, apa yang saya nampak ianya tidak lebih dari putar belit Mahathir secara halus. Apa yang berlaku adalah satu 'reversed pschology' dari seorang pakar putar belit seantero dunia.

Apabila beliau mengatakan bahawa umat Islam lemah sebab dikelirukan dengan berbagai-bagai 'tafsiran', maka sebenarnya Mahathir mahu semua umat Islam Malaysia (malah dunia juga) menyetujui dan mengakui bahawa 'tafsiran' yang dipegang Mahathir sekarang inilah yang paling benar.

Apabila beliau mengutuk kepada pihak-pihak yang mendakwa bahawa 'lebih islam' dari yang lain, sebenarnya secara halusnya Mahathir mahu mengatakan bahawa dialah 'yang paling islam'.

Maka sebab itu jutaan ringgit digunakan dan segala updaya propoganda dijalankan untuk menonjolkan hal ini. Antara lain dengan langkah 'muka tak malu' UMNO mengisytiharkan Malaysia sebagai 'negara Islam' dan usaha berterusan untuk menonjolkan Mahathir sebagai 'juara' dikalangan negara-negara islam. Modalnya tidak lain ialah 'kemajuan ekonomi dan pembangunan' Malaysia dan juga 'keamanan dan kemakmuran' rakyat Malaysia sedangkan dalam masa yang sama, segala kebobrokan skandal, rasuah, konspirasi, hutang billion ringgit yang digunakan untuk menjana ekonomi negara ini serta penyakit sosial masyarakat seperti sex bebas, dadah, pelacuran termasuk peel pemimpin-pemimpin parti pimpinan beliau yang rakus meragut 'tanah' dan 'paha' disorokkan seperti menyorok sampah dibawah tikar. Sebagai 'penambah perisa' maka dilantik pula orang-orang upahan seperti Astora Jabat, Ismail Ibrahim, MidMan, Zainal dll untuk menebar fahaman beliau ditengah-tengah kejahilan masyarakat.

Maka sebagai penutup, kembali kepada persoalan yang pokok...'Islam Mahathir itukah Islam yang sebenar?'

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITHRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM TERMASUK KAWAN & LAWAN...MAAF ZAHIR BATIN

-LB

Hits: