wahai pimpinanku.....

sudah 2 tahun pilihanraya berlalu & akan datang lagi,mungkin tahun 2004 @ awal lagi.2 tahun yg lalu boleh boleh dianggap keputusan terbaik untuk pembangkang;mengekalkan kelantan,membuka pentadbiran baru diterengganu dan menukar beberapa kerusi di beberapa negeri dari cengkaman pemerintah.itu semua 2 tahun yg lalu.bagaimana pula untuk kita mengetahui senarionya sekarang? mudah sahaja,kita jalankan survey sendiri dgn mencari 5 org (tanpa bias) kawan yg non politician,dan tanyakan dia tentang kerajaan pemerintah sekarang.saya rasa anda juga pasti tahu "apa kata survey"- iaitu sokongan @ kecenderungan terhadap pembangkang semakin menurun & akan terus menurun jika tiada tindakan susulan yang diambil oleh pihak pihak @ pimpinan pimpinan pembangkang.

kalau hanya berbangga dengan sokongan yang lalu,rasanya sampai bilapun kita berterusan menjadi pembangkang.oleh itu,kita ambil sedikit masa & fikirkan ..... apa yg sudah kita buat,apa yg sedang kita buat & apa yg akan kita buat bagi memastikan matlamat perjuangan kita tercapai.

sama ada setuju @ tidak kita harus mengakui bahawa sokongan semakin hari semakin kurang.kecuali kalantan & terengganu yg mana pengundi melayu lebih dari 90% dijangka tidak berganjak dengan undi mereka.bagaimana pula dengan kawasan yg hampir 50:50 diantara melayu dan bukan melayu.ditakdirkan pilihanraya lunas diadakan sekali lagi,belum pasti saifuddin akan menang lagi.ini hakikat.

sama ada suka @ tidak, kita kena mengakui bahawa mahathir memang ahli politik yg amat bijak......dan yg menariknya apa yg dia rancang mungkin 99% menjadi...dari pentas PAS pada 50an hingga diwar warkan menjadi pemimpin dunia ketiga sekarang ini.dia cukup bijak merancang,meletak umpan yg kecil & menikmati habuan yg amat besar.

bermula dgn harakah,dari seminggu dua kali ke sebulan dua kali,di bawa ke parlimen oleh pembangkang namun hasilnya.........entahlah.....;disusuli dengan ceramah,dulu seminggu sampai lima @ enam tempat sehingga tak tahu nak pergi yang mana satu,sekarang nak jumpa satu dalam sebulanpun tak tentu lagi,dibawa juga isu ini ke parlimen oleh pembangkang namun hasilnya..........pun entahlah........

bagi pembangkang,dua perkara ini cukup penting.inilah sumber maklumat untuk orang orang kampung & lebih penting untuk orang orang yg atas pagar.seperti ceramah,ianya suatu bentuk maklumat yg keluar sendiri dari mulut pimpinan,ini yang orang orang kampung hendak dengar.bagi mereka pimpinan itu mendekati mereka,mendampingi mereka walau diceruk manapun.bayangkan dari sekarang hingga 2004, langsung tiada ceramah diadakan.......bayangkanlah......................... harakah;dua minggu sekali,cuba kita fikirkan,katalah keluaran bertarikh 20/1 telah diedarkan & ditakdirkan pada 21/1 ada peristiwa penting berkaitan politik negara telah berlaku & harakah akan mengulas peristiwa pada 21/1 itu pada keluaran yg bertarikh 3/2,sedangkan media pemerintah beroperasi setiap hari.......bayangkanlah.............................

dalam politik, media amatlah penting,tanpa media bagaimana maklumat hendak disalurkan dengan efesien.perlu diingat,tak semua rumah ada komputer & tak semua warga tua minat berinternet.oleh itu fikir fikirkanlah wahai pimpinan pimpinan ku disana.

selesai dengan sekatan harakah & ceramah,mahathir memasuki fasa seterusnya; pembicaraan ke Al Maunah,tahanan ISA terhadap yg dikatakan KMM,tahanan ISA terhadap beberapa aktivis & yang menariknya diselang-selikan dengan 'ketelusan' polis dalam setiap siasatan yang dijalankan,yg terbaru kes PPRT.ini semua bertujuan memenangi hati pengundi pengundi cina & kelihatan berjaya.ditambah pula dengan 'bonus' serangan terhadap Amerika oleh 'pengganas militan islam'.kita tahu semua ini tapi apa yg dah kita buat?

fasa seterusnya adalah cuba memenangi pengundi melayu semula,antaranya;tekanan yang habat terhadap mahasiswa mahasiswa-lebih suka Qiamullail drpd belajar matematik@ sains katanya.kenaikan gaji 10% untuk kakitangan awam,pelbagai kemudahan menarik menanti guru guru yg selama ini banyak memberi tentangan kpd pemerintah,kenaikan elaun untuk polis,tentera dsbgnya,tambahan dalam pembayaran pencen untuk pesara pesara & lain lain lagi bentuk faedah yg disediakan.cuma kakitangan swasta sahaja yg belum menikmatinya,mungkin selepas ini..........siapa tahu...........................

apa yg dipaparkan  hanyalah sebahagian kecil dari kerja besar yg mahathir dah buat & kita tidak tahu apa yg akan dibuatnya lagi.kuasa ditangannya.cuma diharap pimpinan kita,intelektual kita @ sesiapa sahaja yg ingin melihat perubahan ini dilakukan haruslah berganding bahu untuk membuat sesuatu.memang kuasa pada mereka sekarang ini,tetapi tolonglah usahakan sesuatu @ kita terus membangkang selamanya.

kasihan pada dermawan dermawan yg menghulurkan bantuan wang ringgit.kasihan pada kontraktor kontraktor yg projeknya ditarik balik.kasihan pada kawan kawan yg diposting entah kemana mana.kasihan pada peniaga peniaga yang lesennya disimpan dibawah meja.kasihan pada demonstrator demonstrator yang asyik mandi air kimia sahaja.kasihan pada penyokong penyokong yang asyik dihidangkan dengan berita yang sama (dibawa keparlimen).kasihan pada orang orang kampung yang tak dapat dengar ceramah semasa.kasihan pada aktivis aktivis yang beraya kat dalam sana & kasihan pada anwar yang lebam matanya.

walaupun mereka berkuasa tetapi kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalangnya.......................

.....akhir sekali,tolonglah wahai pimpinanku.....usahakan sesuatu.......

TAKBIRRRR!!!!!!!!!!!!

Hits: