ISU SEMASA 19 DISEMBER

Salam Aidilfitri kepada webmaster, semua para pengunjung website ini dan yang mengenali saya.

Saya baru sahaja pulang berhari raya di Kuala Terengganu. Akibat kesuntukan masa saya terlepas peluang menghadiri perhimpunan anak-anak Terengganu di perantauan yang diadakan di rumah MB, maklumlah ramai sangat sanak saudara yang perlu dikunjungi.

Sewaktu di Terengganu, seperti biasa apabila bertemu dengan kenalan dan saudara mara, topik utama perbincangan ialah berkaitan dengan politik negeri dan prestasi pemerintahan kerajaan negeri.

Suasana politik negeri Terengganu dalam keadaan tenang nampaknya. Tetapi ada juga pelik sedikit iaitu macam mana boleh begitu banyak bendera UMNO di pasangkan pada tiang elektrik sepanjang perjalanan dari Marang ke bandar K.T. Saya dapat merasakan kerja 'kilat' orang-orang UMNO mungkin malam sebelum Hari Raya.

Rumusannya, saya mendapati sememangnya terdapat unsur-unsur propaganda UMNO untuk melupuhkan kerajaan PAS yang memerintah negeri Terengganu sekarang ini. Dengan peruntukan belanjawan yang terhad yang pasti kerajaan terpaksa berbelanja dengan berhemat. Tetapi UMNO dengan senjata 'wang ihsan' sedang menaburkan wang tersebut kepada rakyat Terengganu untuk memancing undi. Macam mana wang itu di gunakan, cerita benar tanyalah orang-orang yang telah menerima wang itu. Jangan tanya orang UMNO Terengganu terutamanya Idris Jusoh kerana orang-orang UMNO dan Idris Jusoh ini sememangnya 'FASIK' dan cakap tak serupa bikin. Boleh dikatakan semua rakyat Terengganu tahu kerja orang-orang Idris JUsoh itu  samada betul ataupun haram! Tetapi bila di beri duit, rakyat Terengganu tumpang semangkuk. Malah sanak saudara saya sendiri samada yang tua maupun yang masih bersekolah pun ada yang telah menerima wang itu beberapa ratus ringgit. Bila saya berhujah bahawa wang itu wang haram, mulalah mereka sedar dan tersimpul malu. Tiga sebab saya mengatakan wang itu haram:

a) Wang Ihsan wujud daripada niat jahat dengan melanggar perjanjian dan tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang di pilih oleh rakyat secara demokrasi.
b) Wang Ihsan di agihkan sesuka hati sehingga mereka yang tidak layak juga menerima wang tersebut....asalkan suatu hari nanti dapat pangkah BN.
c) Wang Ihsan di agihkan tanpa penyelarasan dan 'monitoring' daripada kerajaan negeri. Jika setakat di katakan wang itu di selaraskan oleh Idris Jusoh..........saya nak tanya beberapa soalan kepada orang bernama Idris Jusoh yang menyibuk di Terengganu sekarang ini:
a) Siapakah kamu ni? Menteri ke? Malah pilihanraya yang lalu pun kalah!   Oleh itu kat mana kedudukan taraf kamu ni? Lebih baik awak duduk diam  aje!
b) Semakin banyak kamu taburkan wang ihsan sesuka hati, makin ramai   rakyat tahu perangai buruk korupsi orang UMNO. Pergilah tanya orang   Terengganu, jika pasal duit boleh mereka mengampu kat UMNO tetapi bak
  memerintah kerajaan negeri adakah mereka pilih orang UMNO yang FASIK!

Di Terengganu, sempat juga saya berjumpa dengan kenalan saya yang pro parti Keadilan. Sukar juga nak bawa berbincang dengan golongan ini. Ini kerana mereka sukar menerima kenyataan pergolakan yang berlaku dalam parti itu sekarang ini. Yang jelas mereka ini ibarat 'katak bawah tempurung'......jika internet pun tak ada macam mana nak berinteraksi dengan teman-teman seperjuangan yang lain. Semua percakapan saya mereka anggap tak betul, dalam hati saya patutlah susah benar Keadilan Terengganu nak cari pemimpin negeri. Kasihan juga tengok perangai orang-orang Keadilan sekarang ini, dahlah peringkat pusat kelam kabut, negeri pun begitu juga.


Sekian daripada saya.

Dr.Yusof MD

Hits: