Filem lawak terbaru sindir pemerintah

WR tengok sebuah filem baru melayu petang tadi setelah pulang dari kampung semalam. WR rasakan ade suatu sindiran oleh pengarah filem tersebut. Dalam satu babak seorang cina yang membaca surat khabar dan mengatakan surat khabar ini tidak boleh dipercayai isinya. Yang boleh dipercayai dalam surat khabar ini hanyalah 4 nombor ekor. Dalam satu babak lagi, pengumuman tarikh puasa oleh seorang tu. Katanya dia selaku ustaz yang di disuruh pemimpin kerajaan mengumumkan tarikh puasa pada tahun itu sambil melihat teropong. Bukannya penyimpan mohor besar raja-raja. WR rasakan sindiran ini tepat kearah muka pemimpin-pemimpin UMNO. WR juga merasakan pengarah filem ini sungguh berani membuat sindiran tepat ini. Kerana ramai sungguh peminat anggota kumpulan lawak ini di Malaysia yang berlakon dalam filem ini. Harap-harap ramai lagi sutradara-sutradara melayu yang bersama dengan perjuangan kita. Wallahualam. Kalau pembaca semua tidak percaya tontonlah filem ini. Lagi-lagi diorang yang berlakon...

~ WR Crew www.webreformis.cjb.net

Nota webmaster: Hakikatnya.. itulah yang sebenarnya!!