Tujuh Ketua Pemuda MCA Negeri Bincang Persiapan Pilihan Raya Kecil
 
 
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Tujuh ketua Pemuda MCA negeri bertemu di sini hari ini bagi membincangkan persiapan menghadapi pilih raya kecil negeri Indera Kayangan akan datang.

Jurucakap kumpulan itu, Hang Chin Peng, berkata mesyuarat itu diadakan di pejabat salah seorang anggotanya dan dihadiri tujuh ketua Pemuda negeri.

Pulau Pinang dan Perak masing-masing menghantar wakil.

"Hanya Perlis, Sabah, Kedah dan Pahang tidak menghantar wakil.

Beberapa anggota seperti Ketua Pemuda Sabah berada di luar negara kerana bercuti," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Ch'ng Toh Eng yang juga Ketua Pemuda MCA Selangor dan antara agenda ialah persiapan menjelang pilihan raya kecil negeri bagi kawasan Indera Kayangan.

"Kami mengadakan perjumpaan ini berikutan penolakan Datuk Ong Tee Keat untuk mengetuai pasukan kempen MCA seperti yang diumumkan oleh jawatankuasa khas," kata beliau.

-- BERNAMA

Hits: