MINDA WEBMASTER

PREVIEW PRK DUN INDERA KAYANGAN II

Jarum media mencucuk minda

Khas buat pengundi di Indera Kayangan!

Tentu bukan inilah pertama kali kita menghadapi kesibukan berkempen dan memancing undi. Namun bagi yang pertama kali belajarlah dari mereka yang berpengalaman luas dan sedia menghadapi helah UMNO dan BN.

Sebagaimana kita maklumi bahawa media seperti TV1, TV2, TV3 dan NTV7 sudah ditawan BN. Walau pun yang swasta itu kununnya 'bebas' tetapi pengarah dan orang nombor satu mereka sudah ditawan. Jadi perlulah kita memahami bahawa setiap berita dan maklumat yang dikeluarkan adalah berkepentingan untuk menawan undi dan menyatakan simpati kita kepada BN.

Paling menggelikan hati ialah maklumat terbaru dan terkini, kununnya, wujud seseorang atau sekumpulan manusia yang ingin membunuh PM dan TPM. Terus terang saya katakan bukanlah bercakap besar, PM dan TPM kalau nak dibunuh, sudah pun kojol mereka itu!! Jadi berita-berita sebegini tiadalah logiknya untuk diproses oleh minda kita. Cuma yang saya tahu mengikut teknik Mahathir apabila beliau bercakap sebegini (momokan) maka adalah insan yang akan dibunuhnya!! Cuba anda imbas kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Mahathir semenjak 21 tahun era pemerintahannya. Momokan ke atas sesuatu adalah keizinan beliau untuk melaksanakan sesuatu tindakan yang sama!! Ingat, Mahathir adalah pembohong nombor satu negara!

Media yang menyiarkan berita PM dan TPM nak kena bunuh adalah menyiarkan berita sampah yang merugikan kita mendengarnya, membayar bil elektrik dan seterusnya. Siapa yang nak bunuh Mahathir??

Menyiarkan berita sensasi adalah harapan Mahathir untuk menjadi popular dan meraih simpati rakyat. Mungkin benar terdapat segelintir rakyat yang berasa simpati atas berita sedemikian. Alangkah malangnya rakyat yang sedemikian kerana termakan 'umpan' Mahathir melalui media yang mencucuk minda.

Semalam sempat saya mengikuti berita perdana secara sepintas lalu. Maka saya segera tertarik kepada berita yang memfokuskan pembangunan di Indera Kayangan. Inilah satu lagi helah BN. Memancing undi dengan mendakwa diri mereka agen pembangunan. Semalam telah saya katakan bahawa setiap pembangunan yang berjalan itu adalah sumbangan kita rakyat sekelian. Dan ada di antara rakyat itu menyokong pembangkang. Malahan tidak salah jika saya katakan sebahagian besar sudah menyokong pembangkang, termasuklah mereka dala golongan profesinal dan koperat. Sumbangan golongan ini adalah nadi kepada pembangunan negara. Ringkasnya saya ingin memperbetulkan cucukan media yang mendakwa bahawa BN adalah agen pembangunan harus ditolak. Ingat bahawa rakyat Malaysia adalah anda dan sumbangan andalah yang menentukan era pembangunan berjalan terus. Jangan termakan momokan media!

Seperkara lagi menjelang pilihan raya, media mulah melaga-lagakan antara parti-parti pembangkang. Dalam berita semalam nampaknya PAS dan KeADILan sudah dilaga-lagakan. Media bijak menggunakan bekas pemimpin KeADILan kununnya yang mendakwa PAS begitu tamak dalam perundingannya dengan KeADILan. Begitulah media menabur fitnah. Agaknya mereka lupa pesan Dato' Harussani Zakaria bahawa 'tidak boleh cela mencela, fitnah memfitnah, kata mengata' yang saban kali mereka ulangi dengan tuduhan ke atas pembangkang.

Justeru itu harus kita berhati-hati di waktu-waktu sebegini akan fitnah dan cucukan media ke atas minda kita. Inysa-Allah insan yang beriman akan terjauh dari momokan media yang setiap kali menjelang pilihan raya banyak menyiarkan berita sampah yang merugikan masa kita mendengarnya!!

 

Allahuakbar!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat

Hits: