MINDA WEBMASTER

PREVIEW PRK DUN INDERA KAYANGAN II

Polis Yang Telah Di'regim'kan

Setiap kali menjelang pilihan raya kita akan lihat pelbagai pihak melatah. PDRM adalah satu badan pengawas keselamatan yang sudah lama hilang wibawanya dan kerap kali disebut sebagai Polis Di Raja Mahathir. Sebelum saya membuat ulasan mengenai perkara ini, cuba baca berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA ini.


Polis Mula Siasat Laporan Cubaan Membunuh, Kata Pak Lah
KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata polis telah memulakan siasatan berhubung laporan sebuah akhbar semalam kononnya ada percubaan untuk membunuh beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Polis telah memulakan siasatan kerana laporan yang dibuat oleh akhbar itu dianggap sebagai satu maklumat, katanya.

Katanya, walaupun polis tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu: "Tetapi oleh sebab laporan itu telah dibuat sebuah akhbar tempatan, polis anggap (ia) satu bentuk maklumat yang mesti disiasat," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai banjir di bilik gerakan Ops Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihak yang terbabit dalam membuat laporan itu perlulah memaklumkan kepada polis supaya tindakan segera dapat diambil.

"Saya berpendapat kalau pihak yang ada maklumat seperti itu, kalau betul ada, ia (adalah) serius, ia perlulah dimaklumkan kepada pihak polis supaya tindakan awal diambil," katanya.

"Kalau simpan maklumat itu dan tunggu masa tertentu baru nak disiarkan, ianya boleh berlaku sekiranya ada rancangan seumpama itu," katanya.

Abdullah juga berkata jika siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar, siasatan akan dijalankan bagi mencari punca kenapa berita seperti itu disiarkan.

"Kalau tidak ada sebarang maklumat maknanya ini tidak betul, jadi mengapakah cerita seumpama ini dibuat, siapa yang mula buat cerita semacam ini?," tanyanya.

Beliau berkata cerita seperti itu tidak akan memberi kebaikan kepada kepada negara dan mungkin mewujudkan suasana tidak menyenangkan di kalangan rakyat dan menimbulkan macam-macam andaian.

Kementerian Dalam Negeri hari ini memanggil pengurusan akhbar The Sun berhubung laporan berita berkenaan.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Aseh Che Mat berkata Ketua Pengarang Berita The Sun, Robert Ho telah menemui pegawai dari Bahagian Penerbitan KDN di pejabat bahagian itu di Putrajaya.

"Kita memanggilnya untuk tujuan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak akhbar itu," katanya.

-- BERNAMA


Baik, sekarang mari kita imbas kembali dalam kes penyelewengan yang disiarkan oleh akhbar mengenai MB Selangor Khir Toyo. Beberapa minggu lalu liputan kes ini dibuat oleh akhbar tempatan dan saudara boleh merujuknya di arkib Utusan Meloya atau Berita Hairan. Kita berasa hairan dalam kes ini polis boleh mengambil tindakan hanya berasaskan laporan akhbar (yang kita ketahui banyak fitnah dan berita palsu, kecuali nombor ekor dan waktu sembahyang). Mengapa polis tidak bertindak ke atas laporan akhbar terhadap Khir Toyo atau bekas MB Pahang Khalid Yaakub yang cerita penyelewengannya begitu sesnsasi di akhbar suatu waktu dulu.

Inilah gambaran yang jelas mengenai ketidakjujuran polis yang kini menjadi talibarut Mahathir untuk mengekalkan kuasa secara kotor, hina dan jijik. Perbuatan ini sungguh memalukan satu badan yang sepatutnya bebas dan menjaga keamanan negara, bukan kepentingan seorang diktator haprak yang jijik!!

Kita imbas perbuatan segelintir anggota PDRM yang cuba berlaku adil dalam pilihan raya Lunas tahun lalu. Samy Vellu menyanggah mereka sebagai bias pembangkang. Apa yang kerajaan BN mahu ialah polis mesti menyebelahi kerajaan walaupun perbuatan pemimpin kerajaan itu salah dan korup. Inilah hakikat yang mesti disedari oleh pengundi-pengundi Indera Kayangan.

Saya percaya lebih banyak kezaliman berlaku yang tidak kita ketahui tentang perbuatan segelintir pegawai tertinggi PDRM. Libasan penunbuk dan penendang maut oleh Rahim Noor (Si Bapa Anjing) terhadap DSAI jangan dilupakan. Rahim si Anjing Noor itu sanggup menipu rakyat bahawa DSAI dalam keadaan baik. Mahathir si Firaun pula menafikan perbuatan anjing belaannya itu dan mengatakan bahawa DSAIlah yang membelasah dirinya sendiri hanya untuk meraih simpati rakyat.

Begitulah perbuatan seorang PM yang lekas lupa jasa orang kanannya itu yang sejak 18 tahun lalu banyak membantu memulihkan imejnya dan banyak memberikan sokongan kepadanya. Justeru itu DSAI mengorbankan karier politik dan maruahnya bagi membantu kemenangan Mahathir apabila berlawan dengan musuh tradisinya Tengku Razaliegh apabila menjelang Perhimpunan Agong Dwi Tahunan mereka. Mahathir memang cepat lupa jasa DSAI. Tetapi rakyat tidak lupa ini semua. Kezaliman Mahathir bersama beberapa pegawai tertinggi PDRM ke atas DSAI tidak dapat dimaafka oleh rakyat marhaen.

Apakah penduduk Indera Kayangan sudah lupa ini semua???

Allahuakbar!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat

Hits: