Publisiti murahan Mahathir

Artikel saya semalam menyatakan agar Mahathir dan Dolah tidak di bunuh supaya mereka dan kroni-kroni perosak negara dan agama boleh di bawa ke muka pengadilan rakyat pada suatu hari nanti.

Cakap pasal ada kumpulan nak bunuh Mahathir, begitulah sifat orang yang dalam ketakutan dan selalu buat kejahatan. Tok guru Nik Aziz dan Haji Hadi tak ada siapa pula nak bunuh.....kerana mereka merupakan pemimpin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t dan tidak melakukan kejahatan kepada rakyat dan agama sendiri malah menghormati bangsa dan agama selain Islam.

Jika Mahathir pernah menghina hukum hudud, kerana dia takut pada hukum hudud. Hanya mereka yang melakukan kesalahan seperti mencuri dan berzina   amat takut kepada hukum hudud. Kepada orang yang baik, tidak mencuri dan tidak berzina.....apa yang hendak di takutkan kerana mereka tidak melakukan kesalahan tersebut. Malah jika hukumannya sampai pancung kepala sekalipun, orang-orang yang bertaqwa dan mengamalkan ajaran Islam tidak pedulikan apa bentuk hukuman kerana mereka berada di jalan yang benar.

Sebab itu ada kebenarannya 'Amanat Haji Hadi'.

Sekian.

Dr.Yusof MD

Hits: