LAMAN BARU

Anda mungkin pernah bertugas di Arau, atau anda pernah membantu di Sanggang,atau anda pernah bertungkus lumus di Telok Kemang atau anda pernah menyumbang semasa di Lunas dan anda mungkin berkesempatan bersama-sama dalam berkempen di pilihanraya Negeri Sarawak tempoh hari. Tentu banyak pengalaman hasil dari penglibatan dan pemerhatian anda dalam pilihanraya kecil/negeri tersebut. Kini satu medan baru terbuka di Indera Kayangan. Anda mungkin boleh membantu ...bantulah dalam apa bentuk sekali pun, kewangan, nasihat, cadangan, saranan, buah fikiran, tulisan, coretan, teguran atau apa sahaja asalkan kezaliman diberikan tentangan dan keadilan dapat di tegakkan. Ayuh kita gembelingkan tenaga dan fikiran untuk menjana satu kemenangan di Indera Kayangan.........

sila lawati forum di http://disc.server.com/Indices/177228.html