Menjelang pilihan raya kecil, Mahathir mula timbulkan isu karut!

Ramai yang sedar taktik jahat Mahathir yang mula menimbulkan isu-isu sensitif menjelang pilihan raya Indera Kayangan. Jika dia tak cakap, orang bawahan atau kuda-kudanya yang buat kerja jahat.

Tak ke pelik dah dua bulan polis menghidu ada komplot membunuh Mahathir, tetapi baru-baru ini Mahathir berkata dia tak mengetahui adanya komplot tersebut. Jika komplot itu nak bunuh saya logiklah polis baru sekarang nak beritahu saya.....inikan PM dah tentu siang-siang lagi kawalan ketat diadakan. Sejak sebulan dua yang lepas, nampak tak ada pun kawalan ketat!
Itulah di katakan The Sun adalah kuda Mahathir! Komplot rekaan sendiri untuk cari publisiti. Kepada Mahathir, tak usahlah buat cerita macam tu lagi kerana ramai rakyat dapat cium sandiwara kebudak-budakan awak tu!

Kisah itu tak usah juga kaitkan dengan ekonomi yang merundum dan ketakutan rakyat kerana sekarang ini pun ramai rakyat dalam ketakutan akibat kegawatan ekonomi, bilangan bangkrapsi semakin ramai....angka bangkrapsi akan melonjak selepas Tahun baru Cina, sama-sama kita tunggu dan lihat! Tetapi dikalangan peniaga korporat tak susah hati kerana ada Dana harta, Petronas, UEM, Tabung haji dan KWSP yang boleh 'bailout' perniagaan mereka. Mereka yang korporat tu pula bukannya apa cuma 'nominee' kepada si anu. Si anu tentulah orang politik dan si ana jalankan business si anu samalah macam Tajuddin dengan Daim, Halim Saad dengan Daim dan lain-lain lagi. Sebab itu kita tengok kerajaan sekarang ini adalah kerajaan korporat yang berstatus seperti 'peniaga' berlainan dengan kerajaan era Tun Razak yang lebih mementingkan kebajikan rakyat. Kerajaan sekarang sikit-sikit bercakap pasal untung, bila rugi macam MAS lap-lap 'untung' juga malah berlipat ganda...tak ke pelik tu? Yang tanggung rugi ialah rakyat!

Boleh di katakan angan-angan persyarikatan Malaysia yang di cetuskan oleh Mahathir dulu semakin hari semakin banyak syarikat pujaannya berkubur. Katakan sahaja MAS, RENONG, SEDC Johor (hidup segan mati tak mahu) dan lain-lain lagi. Wawasan 2020 Mahathir dah terpesong jauh malah sunyi sepi! Bila syarikat-syarikat elit ciptaan Mahathir jatuh tersungkur satu demi satu, jari Mahathir bertukar arah mengarahkan Petronas, Tabung haji dan KWSP untuk 'bailout' syarikat yang tengah parah itu. Entahlah, bila Petronas, Tabung Haji dan KWSP dah kehabisan duit nanti dan menjadi macam MAS and the geng, siapakah pula yang akan datang 'bailout' syarikat Petronas itu pula. Di sini bermulalah era penjajahan ekonomi Malaysia oleh syarikat-syarikat asing.....Mahathir akan membuat apa saje asalkan dia masih dapat menjadi PM! Contoh terbaru ialah Sepang F1 di ambil alih oleh Petronas...nanti kita dapat saksikan lebih banyak lagi syarikat hampir K.O di ambil oleh Petronas kerana hanya Petronaslah sahaja IDAMAN KALBU DAN INTA PAYUNG MAHATHIR!

Sekian.

Dr.Yusof MD

Hits: