Indera Kayangan : Apa Peluang KeADILan ?

Adalah difahamkan bahawa Suruhan Jaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 02.01.02 ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon serta jika ada pertandingan tarikh pilihanraya kecil Indera Kayangan .

Dengan itu perang antara BA dan BN pun akan diisytiharkan secara resminya, walau pun pihak BN telah memulakan serangan melalui media bacaan dan elektronik dengan penyebaran fitnah dan memutar belitkan kenyataan pemimpin-pemimpin BA bertujuan untuk mengadu – dumbakan parti-parti terbabit dalam pakatan BA.

Namun, yakin dan percayalah para penyokong BA sedikit pun tidak akan terpedaya dengan taktik sedemikian kerana alah bisa tegal dek biasa . Apa lagi yang tidak dilakukan oleh BN dalam merencana taktik kotor mereka. Para pengundi Indera Kayangan perlu sentiasa diingatkan selalu tentang kewujudan taktik kotor BN ini.

Para pengundi Indera Kayangan seharusnya perlu dimaklumkan berkenaan taktik kotor ini. Penulis di fahamkan Shahidan Kassim telah mengumpulkan kumpulan samseng “Gagak Hitam” untuk menjalankan kegiatan subversif bagi pihak BN dan akan menggunakan media yang mereka kuasai kononnya kegiatan subversif itu dilakukan oleh para petugas dan penyokong BA.

Para pengundi juga perlu diingatkan tentang kejadian kumpulan samseng bermotosikal menggunakan cat sembur berwarna hijau yang menyembur pada kain jemuran dan pintu rumah para pengundi atas pagar lambang PAS saolah-olah perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan samseng upahan PAS sedangkan ia adalah perbuatan kumpulan gagak hitam ini , anak didik Shahidan Kassim. Kali ini mungkin berlaku dengan lamabang mata pula !!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekarang ini telah menjadi rahsia umum tentang  ke arah mana pola pengundian masyarakat Melayu mutakhir ini yang secara kebetulan bakal menjadi penentu kepada kemenangan calon yang bertanding di Indera Kayangan ini.

Hasil daripada culaan undi yang dijalankan pada Pilihanraya Umum 1999 yang lalu pengundi Cina hanya memberikan sejumlah 165 undi sahaja kepada calon keADILan yang bertanding di Indera Kayangan manakala sekitar 95 undi untuk ke ADILan datangnya daripada pengundi India dan Lain-lain. Baki 1601 undi yang diperolehi oleh keADILan adalah daripada pengundi Melayu, menjadikan jumlah undi untuk keADILan sebanyak 1851.

Tetapi itu adalah untuk Pilihanraya Umum 1999. Kita kaji pula statistik PRU 1999 secara mendalam :

                        Undi BN                                  =  3825

                        Undi BA                                   =  1851

                        Undi Rosak                              =    154

 

                        Jumlah Mengundi                      =  5830

                        % mengundi                              =  72 %

Hasil culaan yang dilakukan mendapati , pecahan undian mengikut kaum adalah seperti berikut :

Melayu = 1601 , 60 % daripada 2770 dengan 70 undi rosak, Cina = 165 ,6 % daripada 2700 dengan 70 undi rosak dan India dan lain-lain = 95 , 30 % daripada 360 dengan 14 undi rosak.  

Dengan mengambil kira undi Melayu kepada keADILan bakal bertambah sebanyak 10 % lagi dan 70 % pengundi baru sebanyak 500 pengundi memberikan undi kepada BA menjadikan pertambahan undi kepada keADILan sebanyak 270 + 350 = 620.

Manakala pengundi Cina yang dulu pada 1999 memberikan undi total kepada BN bakal berubah hati kerana telah mengenali keADILan yang telah berusia hampir 3 tahun berbanding hanya 7 bulan dahulu. Tak kenal maka tak cinta . Dah kenal baru mula mencintai keADIlan. Disulami dengan isu-isu yang mengguris hati orang-orang Cina seperti Suqiu, Sekolah wawasan , Sekolah Damansara, Nan Yang Siang Pau dan China Press serta perpecahan dan pergolakkan yang membarah dalam MCA bakal melihat perubahan sikap pengundi Cina terhadap MCA / BN. Kita hanya memerlukan perubahan sikap 30 % sahaja dikalangan orang Cina untuk memenangi kerusi Indera Kayangan ini.

Perhatikan perkiraan ini :

30 % daripada 2700 pengundi Cina yang berubah hati menjadikan pertambahan undi kepada keADILan menjadi 810 undi.

Dengan mengambil kira 75 % daripada sekitar 8000 pengundi keluar mengundi iaitu sebanyak 6000 pengundi keADILan  hanya memerlukan lebih sedikit daripada 3001 undi sahaja untuk menang.

Jadi dengan undi sebanyak 1851 yang sedia ada di tambah pula dengan undi Melayu dan pengundi baru sebanyak 620 dan undi masyarakat Cina yang bakal berubah sikap terhadap keADILan sebayak 810 , undi yang bakal di perolehi oleh keADILan , InsyaAllah adalah sebanyak, 1851 + 620 + 810 = 3281. Ini tidak termasuk perubahan sikap pengundi India dan Lain-lain yang kita anggap amat penting dan sebagai bonus kepada keADILan.

Apa yang menarik adalah mampukah para petugas keADILan daripada kaum Cina menarik undi masyarakat Cina sebanyak itu ?

Tugas berat perlu dipikul oleh Ng Lum Yong dan Cheah Kah Peng dengan ketiadaan Tian Chua yang sekarang ini merengkuk di Kamunting gara-gara akta Zalim ISA . Di sini bantuan  petugas PRM dan DAP  perlu ditagih sebagai mana Lunas.

Difahamkan juga sebuah bas bakal datang dengan membawa petugas DAP dan keADILan daripada masyarakat Cina Lunas yang telah berjaya memobilisasikan sokongan masyarakat Cina di Lunas kepada keADILan dan kita amat berharap misi kita kali ini bakal meraih kejayaan sebagaimana yang berlaku di Lunas .

Lupakan Likas dan Sarawak sebab Sabah dan Sarawak amat jauh dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dengan Semenanjung ini . Manakala perkaitan antara Lunas dan Indera Kayangan ini adalah amat relevan sekali.

Ayuh para petugas dan pencinta BA jom pi Pereligh kita LUNASkan hutang Likas dan Sarawak di Indera Kayangan.

 

Allahuakbar 3X…………. Reformasi 3 X

Reformis KeADILan,
Sham Abadi.

Hits: