Inikah Tempatnya Mahathir Menyauk Nasihat Politik?
(Is this where Dr. M trolls for policy advice?)

Oleh: Abdar-Rahman Koya (pernah disiarkan dalam HARAKAH: 1/3/1999)


Kenyataan Mahathir dalam satu tembual dengan sebuah majalah Amerika telah mencetuskan beberapa persoalan apakah beliau memang dipengaruhi oleh beberapa penasihat asing tertentu.

Dalam satu wawancara dengan EIR (Executive Intelligence Review) sebuah majalah berita terbitan Amerika yang diusahakan oleh Lyndon H. Larouche, Mahathir berkata Malaysia “boleh jatuh muflis” kalaulah ia menunggukan tindakan IMF (International Monetary Fund/Dana Kewangan Antarabangsa) bertindak menyekat perdagangan matawang yang telah menghancurkan ekonomi utama Asia.

Ketika mengulas perkara ini, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen, Lim Kit Siang telah berkata pada 23 Februari (1999), betapa Mahathir seharusnya mengelak kerja sialan membuat kenyataan yang “hanya akan mencetuskan banyak ketidak-senangan, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” mengenai pengurusan kewangan dan ekonomi berhemah di Malaysia.

Lim juga berpendapat, bahawa kenyataan Mahathir itu “mencetuskan kesangsian bukan disebabkan kata-katanya sahaja, malahan cara kenyataannya itu disiarkan oleh media terbitan yang dipilihnya.” Lim menyebut nama LaRouche yang memang terkenal dengan kisah teori konspirasi yang dijajanya. Ketika membahaskan Belanjawan 1998 pada bulan Oktober 1997, Kit Siang pernah menyoal apakah benar bahawa Mahathir telah banyak dipengaruhi oleh EIR, kerana ada pendapat yang merakamkan beberapa kenyataan Perdana Menteri itu saling tak tumpah dengan apa yang diterbitkan oleh EIR.

“Nampaknya, pengaruh LaRouche ke atas Mahathir semakin membengkak sejak 16 bulan yang lalu (ingat !!!! kalau sehingga kini sudah menjadi 66 bulan – penterjemah), malahan Mahathir mungkin merupakan satu-satunya perdana menteri di dunia ini yang merelakan dirinya ditemubual oleh EIR,” kata Kit Siang.

LaRouche pernah mencuba beberapa kali bertanding kerusi presiden Amerika dan pernah dihukum oleh mahkamah pada 1989, kerana jenayah kewangan. Seorang analis politik pernah berkata bahawa sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Mahathir dan jerung kesayangannya Daim Zainuddin mengisar dasar ekonomi mereka berasaskan beberapa idea (haprak) LaRouche, yang ketika 1997 merupakan seorang ‘maverick berusia 75 tahun.’

Antara cadangan ‘bercendawan’ LaRouche ialah penutupan IMF, untuk digantikan dengan sistem pengawalan matawang yang direkanya. Dia menyebarkan idea itu dengan membincangnya dengan calon yang bertanding pilihanraya di luar Amerika Syarikat, sambil mengeluarkan biaya agar mereka dapat terus mengembangkan idea LaRouche itu di parlimen seandainya mereka menang.

LaRouche merupakan penyokong kuat bekas Presiden Bill Clinton, yang memang terkenal dengan sikap pro-Israel dan mempunyai rekod berkelakuan sumbang ketika bertakhta di Rumah Putih. Majalah milik beliau EIR memajukan pelbagai idea seperti ‘Lobby Yahudi untuk kepentingan ekonomi dunia”. Itulah majalah yang menuduh (bekas) Perdana Menteri Thailand Chuan Leekpai dan (bekas) Presiden Indonesia B.J. Habibie sebagai “alat Yahudi”. LaRouche memang dibenci oleh -masyarakat kulit hitam Amerika (masyarakat African-American) kerana pendapatnya yang anti-kulit hitam.

Satu ketika dulu dia mengutuk kerja-kerja mendakwa Clinton dengan mentohmah bahawa itu adalah kerja-tangan yang didalangi oleh British untuk menggulingkan Clinton.

“Dunia ini sudah menghampiri bibir jurang neraka. Kita kini semakin menggelonsor untuk memusnahkan sistem kewangan dunia. Muslihat sebenar rencana yang didalangi oleh British terhadap Presiden Amerika ialah untuk memusnahkan segala kemungkinan itu, buat selama-lamanya, keupayaan presiden Amerika untuk bertindak bijak menanganai krisis kewangan dan kegawatan negara,” katanya.

LaRouche telah menuduh majlis siasatan senat Amerika itu sebagai konspirasi British dan “sekutu confederates mereka di parlimen dan senat Amerika” untuk menjadikan Amerika Syarikat mengangkat semula sistem berparlimen ala-British agar kembali semula menjadi tanah jajahan British. Setahun sebelum itu dia telah merayu agar Clinton melantik beliau sebagai seorang penasihat ekonomi (bukankah itu caranya Jerung Daim Zainuddin merayu agar dilantik menjadi penasihat ekonomi seorang diktator UMNO?)

Salah satu pemikiran haprak LaRouche ialah dakwaannya betapa pasaran ekonomi dunia ini dikuasai oleh sekumpulan Freemasons British yang diketuai oleh Putera Phillip, Duke of Edinburgh (berusia 80+ tahun kini - penterjemah) suami kepada Ratu England, Queen Elizabeth II. Kumpulan freemasons ini dikatakan dianggotai oleh kumpulan aristokrat Inggeris dan beroperasi di United Kingdom dan Australia. Mengikut LaRocuhe, kerajaan British pimpinan John Major dan juga Blair sekarang ini, adalah dicengkam pengaruh Prince Phillip, yang menentukan dasar kerajaan di UK.

Ada satu komen yang tersiar di internet baru-baru ini di mana seorang pembaca di London pernah menyiarkan pendapatnya bahawa: “Lyndon LaRouche adalah seorang yang sudah sewel, dan sesiapa sahaja yang menjadi penuntut beliau adalah turut sewel semacam dia.”

Sementara itu, Kit Siang merasa kesal dengan kenyataan Mahathir yang menyebut “Malaysia sudah pasti menjadi sebuah negara yang muflis kalaulah bukan disebabkan tindakan pengawalan modal” yang diperkenalkan pada 1 September 1998.

“Kalaulah benar (kelentongan) perkara ini, jiran kita Singapura yang tidakpun bertindak memperkenalkan sebarang kawalan sepatutnya jatuh tersungkur kebangkrapan dalam krisis kewangan dulu, kalaupun tidak termengah-mengah kemuflisan !” katanya.

Terjemahan oleh SPAR

Hits: