JOHOR HARI INI

Tajuk saya kali ini bersesuaian dengan isi kandungan artikel saya kali ini yang berkaitan dengan negeri Johor. Saya mahukan semua rakyat Johor membaca artikel saya ini untuk renungan kalian.

Dah lama juga saya tak ke Senai terutamanya ke Airport Senai. Pada satu hari tu memaksa saya bergegas ke Senai Airport untuk mengambil kawan yang baru tiba dari KL. Setelah teman saya memasuki kereta saya, teman saya bertanya kepada saya dengan soalan berikut:

Adakah airport ini bernama Lapangan Terbang Sultan Ismail atau Malaysia Airport? Saya jawab tentulah Sultan Ismail. Kawan saya terus menunjuk ke arah billboard besar berlampu neon terletak di bumbung terminal itu yang terpapan"MALAYSIA AIRPORT".

Perasaan malu timbul di atas kesilapan dan kejahilan kerajaan Johor. Entahlah apa akan terjadi jika Sultan perasan kesilapan bodoh kerajaan Johor itu! Tolong adukan perkara ini segera kepada baginda Sultan Johor biarkan Ghani dan kuncu-kuncunya kecut perut.....hai tak sensitif langsung terhadap Sultan Johor yang berdaulat!

Kerajaan Johor sekarang ni sibuk dengan Dangau Bay sebab itu hinggakan mereka tersilap letak nama airport di senai tu. Maklumlah projek lain dah sesak nafas, hanya Dangau Baylah yang tengah aktif sekarang ini. Waterfront dah sangkut lama dah. Bayangkan betapa luas kawasan sepanjang sungai itu hingga ke muara selat telah di jualkan kepada pemaju untuk projek mewah! Bukankah kawasan itu lebih sesuai untuk pembangunan rakyat dan generasi masa depan. Bukan sahaja saya berfikiran begitu, malah kontraktor yang buat projek Dangau tu pun sama pendapat dengan saya. Apabila siap projek itu kelak, kita semua dapat bayangkan perkara-perkara ini akan berlaku:

a) sebahagian sungai termasuk muara akan di penghuni oleh golongan elit, dan majoritinya tentulah orang seberang. Orang melayu Johor tak mampu beli rumah/tanah di Dangau Bay setakat berebut rumah kos rendah dengan duit kopi adalah!

b) Kawasan yang cantik itu yang sepatutnya diperuntukkan untuk pembangunan rakyat akan menjadi kawasan terlarang.......... rakyat Johor hanya terlopong melihat kehilangan tanah negeri sendiri. Kasihan! Hanya orang-orang UMNO sahaja yang masih tak sedar diri.

Dalam ruangan ini saya tak lupa juga nak menulis pasal sebuah restoran 24 jam yang bersebelahan tenis court dan lagun puteri. Ketika dulu saya sering bawa keluarga saya ke restoran tersebut tak kurang 3 kali sebulan hinggakan staff dan tuan punya restoran dapat mengenali saya kerana kami ni boleh di katakan "Regular customer". Tetapi sejak setahun yang lepas saya 'blacklisted' restoran itu dan langsung tak "singgah selalu" lagi. Ini kerana beberapa perkara terjadi kepada saya dan keluarga saya. Bukanlah niat saya nak burukkan perniagaan restoran tersebut.....tetapi tidak keterlaluan jika saya katakan penyediaan makanan amat tidak 'hygienic' dan tidak setara dengan caj. Jika beberapa kali terkena masakan ayam lemon berbau busuk, mee hoon soup lebih banyak sayur daripada mee hoon, udang goreng tepung tetapi tepungnya kecut macam mana nak jamu selera! Cuba perhatikan kualiti ayam dan patutkah tempat longgokan dan simpanan daging ayam berhampiran dengan tandas serta banyak lalat? Saya tak kisah dengan caj jika kualiti dan kesedapan makanan ada 'class', tetapi  jika sebaliknya lama-lama naik geram juga. Tuan punya restoran tersebut tak perasan bahawa saya ni doktor..........tak sampai hati nak buat laporan kepada teman-teman saya di Pejabat kesihatan ataupun  MBJB. Saya berharap restoran ini dapat perbaiki kualiti penyediaan makanan.......jangan fikir pasal nak untung sahaja! Tetapi saya tetap tidak akan "singgah selalu" di tempat itu lagi.

 

Sekian. 

Dr.Yusof MD
intruder63@hotmail.com

Hits: