MINDA WEBMASTER

PREVIEW PRK DUN INDERA KAYANGAN IV

Politik Yahudi Mahathir

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda bahawa fokus kita sekarang ialah mengenai pilihan raya DUN N.8 Indera Kayangan. Walaupun demikian kita akan tetap siarkan polemik antarabangsa yang relevan dengan perjuangan kita, supaya dalam masa yang sama kita tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia.

Dalam siri kedua 'preview' khas saya mengenai pilihan raya ini saya ada menyentuh tentang siapa nak bunuh Mahathir. Nampaknya isu ini sudah selesai dalam 2 keputusan. Iaitu perletakkan jawatan Ketua Pengarang 'The Sun' dan juga hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentang 'penderhakaan' kumpulan 'Al-Ma'unah'.

Saya percaya anda bersetuju dengan apa yang saya tuliskan dalam siri lalu iaitu, momokan membunuh Mahathir adalah sebagai satu 'acahan' untuk Mahathir melaksanakan pembunuhan. Nah! Kenyataan itu menjadi benar apabila semalam, 3 anggota kumpulan Al-Ma'unah dijatuhkan hukuman mati. Inilah cara politik yang mesti difahami rakyat bahawa Mahathir sentiasa melihat reaksi anda sebagai rakyat sebelum melaksanakan sesuatu. Perbuatan Mahathir sebegini bukan sekali dua, malahan setiap perkara dalam tindakannya akan didahului perbuatan yang sama. Ini amalan politik Mahathir yang menyamai dengan politik Yahudi.

Saya berikan contoh yang mudah. Misalnya Mahathir akan memberitahu kita bahawa jangan melaksanakan projek Ali Baba (saya harap semua fahami istilah ini) ini bererti Mahathir akan melakukan demikian. Setiap perkara yang 'dilarang' Mahathir bererti beliau akan melaksanakannya. Larangan itu bererti jangan rakyat melakukannya tetapi tidak semestinya beliau tidak boleh melakukannya. Ini terjadi sebab lainnya kerana Mahathir adalah 'Raja Kelentong' Malaysia. Banyak perkara yang dibohongi Mahathir, antara paling nyata yang tidak dapat dinafikan kebenarannya oleh semua rakyat negara ini ialah mengenai hubungannya dengan DSAI. Sehari sebelum pemecatan DSAI sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata 'hubungannya' dengan DSAI adalah baik dan ini tidak semestinya dilambangkan dengan beliau mendakap DSAI. Pembohongan Mahathir amat besar dan dianggap fitnah terbesar abad ini apabila beliau mengatakan mempunyai bukti kukuh bahawa DSAI mempunyai hubungan seks dengan isteri Azmin juga meliwat pemandunya Azizan. Namun kata-kata Mahathir memang tidak boleh dipercayai kerana beliau memang seorang pembohong!!

Saya menyentuh mengenai Mahathir dalam preview pilihan raya kecil ini adalah kerana beliau adalah ketua Barisan Nasional (Pengerusi BN). Ini bermakna pengundi harus sedar bahawa memilih BN bererti anda merelakan Mahathir berkuasa menindas dan menipu rakyat di sebalik agenda pembangunan yang diwar-warkan. Cukuplah kita tertipu dengan 10 peratus kenaikan gaji kakitangan awam, dan agenda di sebaliknya mengizinkan pelbagai cukai dinaikkan, harga barangan dinaikkan yang akibatnya menyeksa rakyat bawahan terutama yang masih mengharapkan rezeki dari batang getah tua atau serelong tanah bendang. Hakikat sebenarnya Mahathir ingin lagi peluang untuk mengaut keuntungan di sebalik projek mega pembangunan dan persyarikatannya yang banyak membawa kerugian kepada negara ini. Nyatakan satu projek persyarikatan yang membawa keuntungan kepada negara, melainkan kepada individu tertentu sahaja. Nak diharapkan cukai yang dibayar, ramai di antara mereka yang lari dari melaksanakan tuntutan ini.

Ringkasnya kesedaran pengundi di Indera Kayangan harus dipupuk bahawa pengekalan kuasa BN bererti kita merelakan BN menghenyak kita. Jangan mudah termakan dengan pelbagai pemberian projek, wang dan pembangunan. Lihatlah Lunas, ke manakah perginya wakil BN melaksanakan janji mereka apabila tewas dalam pilihan raya itu tahun lalu. Samy Vellu yang bersumpah untuk menetap di sana hanyalah satu 'pembohongan' bagi meraih undi kaum India. Namun kaum India di Lunas sudah lali dengan sumpah Samy Vellu dan mereka tidak akan termakan dengan bohongan wakil BN itu lagi.

Saya berharap pengundi di Indera Kayangan akan lebih bijak lagi menilai prestasi BN yang hanya berpura-pura seperti malaikat di depan mata kita. Di sebalik agenda mereka itu tersimpan hasrat yang menakutkan dan menyeksakan. Apa bezanya mereka dengan  kaum Yahudi yang menyeksa dan menindas kaum Palestin sekian lama? 

Allahuakbar!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat

Hits: