Agenda Memutihkan Yang Samar, Kelabu Dan Hitam

Berita tentang 19 kumpulan yang dinamai 'al-Ma'unah' itu semalam telah diputuskan YA Hakim Dato' Zulkefli Ahmad Makinnuddin bahawa mereka bersalah kerana tuduhan 'melancarkan peperangan ke atas Yang Di-Pertuan Agong' (pertuduhan yang direkacipta oleh peguam negara Mokhtar Abdullah dulu) dan pertuduhan ke atas mereka tidak wujud atau melampaui 'keraguan yang munasabah' dalam istilah bahasa undang-undang, bererti mereka bersalah. Walaupun hukumannya belum diketahui. Tidak lama lagi akan keluarlah 'kertas putih' itu yang pernah diumumkan oleh seorang menteri persekutuan dan akan dikeluarkan secara rasminya dalam Parlimen. Dalam keadaan Parlimen Malaysia yang dikuasai oleh majoriti ahli-ahli UMNO/BN kaki ampu Mahathir/Pak Lah. Bolehkah 'kertas putih' itu dipercaya sepenuhnya. Atau apakah 'kertas putih' yang akan keluar dari Parlimen nanti bakal memutihkan kehitaman yang melanda kononnya keselamatan negara terjejas kerana gerombolan kumpulan yang dinamakan al-Ma'unah itu. Tapi apa yang boleh lihat dari yang tersirat dari 'kertas putih' yang bakal muncul nanti. Tidak mustahil bahawa 'kertas putih' adalah sekadar untuk menyelamatkan dan memutihkan kehitaman politik parti pemerintah yang sudah hilang wibawa dan pengaruh terutamanya 'imej' politik UMNO/BN/Mahathir. Kita tunggu saja, bagaimana rupa wajah 'kertas putih' itu nanti. Mungkin kelabu, samar atau hitam gelap pekat????

'Kertas Putih' Belum Tentu Putihnya?

Kertas putih tentang tragedi 'Sauk', Militan dan KMM yang sudah diketahui rakyat cerita dibalik cerita itu, bakal diisytiharkan dalam Parlimen sebagaimana kertas putih tentang kes 'Memali' dulu. Apa perlunya 'kertas putih' itu kalau matlamatnya sekadar memutihkan sesuatu yang sudah jelas kehitamannya. Seorang rakan penulis melontarkan ideanya tentang kes Sauk di Perak dan lain-lain kes yang terjadi dalam beberapa tahun ini sejak gawatnya politik Malaysia di bawah parti kerajaan UMNO/BN/Mahathir. Bagaimana boleh terjadi kepada sebuah kem tentera yang dikawal rapi 24 jam tiba-tiba boleh diceroboh oleh pasukan al-Ma'unah dengan dua buah kereta pajero mengangkut senjata dalam masa cukup singkat. Apakah pengawal di kem tentera itu adalah pengawal sekuriti gruad yang tidak terlatih, dipukau, boleh dirasuah, disogok, dirundingkan, boleh dipujuk rayu dan pelbagai lagi andaian boleh dibuat, kemungkinan juga pengawal tentera yang bertugas sewaktu kumpulan yang dinamakan al-Ma'unah itu masuk menceroboh adalah pengawal yang dikuasai dadah, pil khayal dan sebagainya. Sehingga tidak mampu untuk bertindak menghalang penceroboh kem tentera. Inilah yang menjadi persoalan kepada rakyat, sampai ada yang mengandaikannya ia sekadar satu lakonan bagi maksud dan tujuan mengkambinghitamkan orang lain atau kelompok lain yang tidak sealiran dengan parti yang memerintah.

'Kertas Putih' Sebagai Bahan Bukti?

Kertas putih yang hitam itu akan menjadi satu lagi bahan bukti bagi UMNO/BN untuk menghitamkan lawan politiknya, dengan maksud bagi menaikkan semula imej buruk UMNO/BN pada mata rakyat. Percayalah 'kertas putih' yang berkulit hitam itu tidak akan berdaya mewarnaputihkan wajah politik UMNO/BN/Mahathir yang hitam pekat akibat angkara politik jahat, zalim dan hitam mereka selama ini. Keburukan, kelemahan, kecacatan, salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan, putar belit, tipu helah dan segala-gala kejahatan, mahupun kezaliman yang mereka lakukan semahu-mahu disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata. Sebaliknya, mereka warnai dan wajahkan segala yang tidak baik itu dengan topeng-topeng kebaikan belaka atau dengan tindakan mengkambinghitamkan orang lain terutama musuh politik mereka. Inilah kerja-kerja UMNO/BN/Mahathir selama berkuasa dalam negara ini. Mereka mahu nama mereka terpahat di mana-mana dalam negara ini, bahawa merekalah juara pembangunan, juara dunia ketiga, bapa pembangunan, bapa IT, bapa macam-macam bapa...bapa perompak, ketua penyanggak, kepala rasuah, dan...dan...banyak lagi...anda boleh menyenaraikan satu demi satu.

Berdosakah Rakyat Yang Membongkar Salahlaku Pemimpin UMNO/BN?

Dalam isu ini, penulis sengaja melontarkan idea-idea sebegini untuk dikongsi bersama dengan para pembaca, reformis, pendokong, penyokong BA dan rakyat Malaysia yang majmuk ini. Tentang apakah sebenarnya yang menjadi agenda besar kepada parti kerajaan UMNO/BN dalam gerak kerja mereka memajukan rakyat dan negara ini. Apakah mereka mahu negara ini maju dan membangun, tetapi minda, akal budi dan jiwa rakyat terpenjara, dikongkong dan rakyat dilarang mengkritik, ditegah bersuara untuk menyanggah kesalahan pemimpin yang memegang kuasa, sekalipun jelas dan terang-terangan para pemimpin UMNO/BN menyeleweng, melakukan salahguna kuasa, rasuah, menghimpun kekayaan diri, suku sakat, kroni dan anak bini. Apakah rakyat berdosa kerana membongkar kesalahan para pemimpin UMNO/BN yang memang terang-terangan menjadi perompak harta benda rakyat, mengamalkan diskriminasi, rasuah dan sebagainya.

Sepatutnya, para pemimpin UMNO/BN dan juga para pemimpin BA bersyukur kepada Allah kerana terdapat di kalangan rakyat Malaysia berjumlah lebih 23 juta ini telah menyedari akan kelemahan dalam kepimpinan negara khususnya UMNO/BN sekarang, di mana mereka lebih banyak beragenda kekayaan diri, mencari nama, memburu pangkat, kedudukan dan kemewahan dunia, sehingga terlupa amanah besar sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Justeru mereka juga harus berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya menghidu keburukan para pemimpin mereka yang banyak melakukan penyelewengan, rasuah, merompak harta benda rakyat dan negara ini secara licik dan penuh tipu muslihat.

Tindakan rakyat membongkar segala kecacatan dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negara adalah satu tindakan terbaik bagi memutihkan kehitaman yang sedang melanda keseluruhan sistem negara hari ini. Semua orang tahu bagaimana sistem ekonomi negara dikontrol oleh orang-orang yang berteduh dibawah ketiak pemimpin negara, sistem perundangan negara yang menjadi tempat berlindungnya para pemimpin negara menutup salahlaku mereka selama ini, begitu juga kementerian-kementerian yang dikuasai sepenuhnya para pemimpin politik daripada UMNO/BN lebih banyak menumpukan agenda politik peribadi, survival diri, kekayaan diri, rakan, anak bini, kroni dll. Sementara untuk rakyat terbanyak sekadar mendapat serpihan-serpihan yang sudah tidak mereka kehendaki lagi. Pendek kata, penguasa yang tamak, hartawan yang rakus, korporat yang haluba menjadi jentera pengendali kepada seluruh sistem negara. Rakyat yang jauh dari mereka hanya menelan air liur, kalau dapatpun hanya hampas-hampas atau daki-daki yang berciciran ke bumi Malaysia yang aman makmur.

Apabila Rakyat Jahil Memahami Politik Dan Kuasa

Itulah akibat dari kejahilan rakyat memahami erti kuasa dan politik sebenar. Rakyat setiap lima tahun mengundi memilih pemimpin yang akan menerahui kepemimpinan negara dengan harapan pemimpin yang terpilih adalah pemimpin bukan perompak harta rakyat sebagaimana lanun. Lanun merompak secara kejam itu saja bezanya. Tetapi pemimpin moden hari ini mereka banyak berselindung di balik kata-kata manis, sistem-sistem yang diwujudkan dan juga agensi-agensi tertentu untuk merompak harta benda rakyat dan negara guna mengkayakan diri, anak bini, kroni, rakan dan mereka yang bersekongkol dengan pemimpin. Itulah bayangan kepimpinan UMNO/BN yang menerajui kepimpinan negara dan negeri yang mereka kuasai sejak berpuluh-puluh tahun itu.

Senang untuk kita gambarkan kepimpinan UMNO/BN yang memegang kuasa, apa jua status kuasa itu sama ada sebagai PM, TPM, menteri, MB, KM, EXCO, pengerusi agensi-agensi kerajaan, pengarah dan seterusnya. Mereka hanya berkira bicara soal politik untuk dapat kuasa, dengan kuasa dapat pangkat dan kedudukan, dengan kedudukan tertinggi seperti PM, TPM, MB, KM dan lain sebagainya boleh sudah kira untung rugi, atur projek, cari rakan partner dikalangan korporat atau tauke, kemudian berlarut-larutan bagaimana kumpul harta, kemewahan dan sebagainya. Mereka tidak merasa rugi menabur wang 3 atau 4 juta sekali, malah 10 atau 15 juta kepada rakyat atau tempat-tempat strategik. Tetapi selepas itu mereka juga berangan-angan akan mendapat untuk berpuluh-puluh kali ganda daripada yang telah dilaburkan. Rakyat tidak dapat baca dan jauh sekali untuk faham tentang hal-hal sebegini. Yang rakyat tahu setiap kali pilihan raya umum atau pilihan raya kecil aku akan dapat RM50, projek segera masuk kampung, kain pelikat, zink, tangki air, tanah kuning dan lain-lain yang kesemuanya akan lusuh, habis dan lupus hanya beberapa ketika.

Hal-hal ini sewajarnya diputihkan di depan mata rakyat. Tapi kepimpinan UMNO/BN tidak mahu rakyat jadi cerdik sampai tahu segala-gala perbuatan pemimpin mereka. Sebab itu, pelajar di universiti pun mereka mahu kontrol habis-habis agar jangan terikut-ikut para pelajar yang sensitif dengan masalah-masalah rakyat, kepimpinan yang salah guna kuasa, kezaliman, penindasan, rasuah dan  sebagainya yang sekarang terjadi di mana-mana. Hatta di kampung pun amalan kezaliman, kronisme dan tidak demokratik menjadi-jadi misalnya untuk mendapatkan bantuan/biasiswa anak-anak, bantuan PPRT dan lain-lain, antara syaratnya ibubapa penyokong UMNO/BN atau pembangkang, ahli UMNO/BN atau BA. Kalau inilah wajah kepimpinan yang ada di Malaysia 10 tahun lagi, sistem demokrasi di Malaysia pasti akan mati. Bayangkan murid-murid di TADIKA pun mahu dikontrol oleh kementerian pendidikan. Apa akan jadi dengan Malaysia selepas ini, sekiranya rakyat Malaysia tidak bertindak dari sekarang untuk merubah kepimpinan politik negara ini.

Jangan Menyesal Dikemudian Hari

'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' begitulah bunyi peribahasa kita. Jadi sebelum sistem negara ini bertambah teruk seteruk-teruknya. Marilah kita selamatkan dengan merubah kepimpinan negara sekarang daripada UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah kepada kepimpinan BA yang lebih baik, telus dan kepimpinan berwajah demokrasi, terbuka dan Malaysia sebenar. Jangan tunggu Malaysia sampai ke tahap bangkrapsi angkara kepimpinan UMNO/BN/Mahathir, jangan tunggu sampai amalan demokrasi dikuburmatikan, jangan tunggu seluruh sistem kehakiman negara dikontrolisasikan oleh penguasa berjiwa diktator, jangan tunggu Aziz pendek terus-terusan merosakkan sistem pendidikan yang ada, jangan tunggu Rais anak Yatim menjadikan sistem kehakiman negara ini menjadi syarikat sendirian berhad, jangan tunggu Pak Lah Badwi menjadikan polis menjadi polis menjada UMNO/BN, Mahathir dan dirinya serta anak bini mereka baru rakyat Malaysia mahu tersedar dan insaf.

Akhirnya, kita mengharapkan rakyat sendirilah yang wajar memutihkan yang sedia putih dan memutihkan yang telah dihitamkan oleh UMNO/BN/Mahathir and Kroni's dalam sistem negara ini. Sekarang pilihan raya kecil N8 Indera Kayangan bakal diadakan, atas dasar kemanusiaan kita ucapkan takziah kepada keluarga wakil rakyat MCA/BN yang telah mati dan dapat bersabar. Demi tuntutan kehidupan dan politik demokrasi kita hendaklah bersiap sedia untuk merebut kerusi Indera Kayangan agar tidak lagi diwakili oleh BN. Pastikan kali ini calon KeADILan/BA berjaya menawannya sebagai satu landasan menawan Perlis pada pilihanraya umum ke 11 nanti. Seterusnya menutup mulut takbur, pengampu dan celupar DS Shahidan Kassim. Kita harap dengan mulut pengampunya itu kali ini dia dapatlah merayu kepada bapak kaki ampunya Dr Mahathir untuk meletakkan calon dari UMNO dan calon itu pula adalah adiknya sendiri atau bini atau suku sakatnya.

Sekian.
Ibn Sabah,
29.12.2001M.

Hits: